Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menawarkan penurunan bayaran kompaun kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan trafik di Kuala Lumpur hanya serendah RM5 dan RM10 sahaja.
Berikut adalah info lanjut mengenai bayaran kompaun trafik ini.

Mengenai Pengurangan Kompaun Trafik DBKL
Tawaran pengurangan kompaun trafik DBKL ini dilakukan bagi meringankan beban kewangan pemilik kenderaan yang berhasrat mahu membersihkan rekod kesalahan lalu lintas.
Kompaun trafik ini dibuat oleh pihak DBKL selaras dengan kesalahan trafik di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959, dan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016.
Menerusi pengurangan kompaun yang ditawarkan, pembayaran kompaun tersebut akan bergantung kepada tahun kompaun dilakukan sama ada kompaun tersebut dikeluarkan sebelum tahun 2021 atau selepas 2021.
Kesalahan Trafik Di Kuala Lumpur
Kesalahan trafik di Kuala Lumpur di bawah bidang DBKL lazimnya merujuk kepada 3 undang-undang iaitu Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959, dan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016.
Untuk Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), DBKL akan melaksanakan kuasa dan penguatkuasaan berdasarkan akta ini serta perundangan subsidiari (perintah dan kaedah lalu lintas) yang diwartakan di bawahnya seperti:
- Pengurusan dan pengawalan tempat letak kereta.
- Pengalihan dan penahanan kenderaan.
- Penguatkuasaan lalu lintas dan peraturan jalan raya.
- Pelbagai perintah pengangkutan jalan lain seperti kawalan kenderaan berat, had laju tertentu, dan zon khas.
Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 pula, DBKL bertanggungjawab untuk mengawal selia kelancaran trafik, keselamatan pejalan kaki, dan ketenteraman awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Antara kesalahan yang sering dilakukan di bawah undang-undang ini adalah seperti berikut:
- Halangan lalu lintas / meletak kenderaan secara haram
- Melanggar isyarat & tanda lalu lintas
- Penyalahgunaan lorong khas
Bagi Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016 pula, undang-undang ini mengawal peraturan parkir tepi jalan dan awam, bayaran, dan penalti yang dikuatkuasakan oleh DBKL di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Di Kuala Lumpur, kadar caj parkir seperti yang tertakluk dalam undang-undang terbahagi kepada 3 Zon iaitu :
- Zon A (kawasan pusat bandar) RM 1.50 satu jam pertama dan RM2.50 bagi setiap satu jam berikutnya.
- Zon B (Kawasan luar pusat bandar dan beraktiviti) RM 1.00 bagi setiap satu jam.
- Zon C (Kawasan luar pusat bandar) RM0.80 bagi setiap satu jam.
Jumlah Bayaran Kompaun Sebelum Pengurangan
Sebelum ini, mulai 1 Julai 2024 kadar kompaun kategori motosikal adalah seperti berikut:
- RM30 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari
- RM50 bagi tempoh bayaran 16 hingga 30 hari
- RM80 bagi tempoh bayaran 31 hingga 60 hari.
Bagi kategori kereta, kompaun yang dikenakan pula adalah seperti berikut:
- RM50 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari
- RM80 bagi tempoh bayaran 16 hingga 30 hari
- RM100 bagi tempoh bayaran 31 hingga 60 hari
Untuk kenderaan berat, kadar kompaun yang dikenakan adalah seperti berikut:
- RM200 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari
- RM250 bagi tempoh 16 hingga 30 hari
- RM300 bagi tempoh 31 hingga 60 hari
Kadar Selepas Pengurangan Kompaun Trafik DBKL
Pemilik kereta dan motosikal boleh menyelesaikan kompaun trafik DBKL pada kadar berikut:
- RM5.00 – Kompaun sebelum tahun 2021
- RM10.00 – Kompaun selepas tahun 2021
Cara Pembayaran
Untuk membuat pembayaran, terdapat 4 kaedah pembayaran ditawarkan iaitu:
Soalan Lazim
Pengurangan kompaun trafik ini dilaksanakan bagi meringankan beban kewangan pemilik kenderaan yang berhasrat mahu membersihkan rekod kesalahan lalu lintas.
Ya. Pengurangan kompaun ini hanya layak untuk kesalahan yang dikompaun oleh DBKL sahaja.
Pengurangan kompaun trafik ini dilaksanakan berkuat kuasa serta-merta.
a) RM5.00 – Kompaun sebelum tahun 2021
b) RM10.00 – Kompaun selepas tahun 2021
Info Lanjut
Untuk info selanjutnya mengenai pengurangan kompaun trafik DBKL, sila layari laman web DBKL iaitu
Baca juga: Bolehkah Renew Road Tax / Lesen Kalau Tak Bayar Saman? Ini Jawapan Sebenar Ramai Tak Tahu
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
Streaming Film
Nonton Film gratis
Jasa Backlink
Download Anime Batch















