Kemasukan Anak Berkeperluan Khas 5-6 Tahun 2027

Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) mempelawa ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas berumur 5 hingga 6 tahun untuk memohon kemasukan ke Prasekolah Pusat ANIS yang boleh dipohon menerusi pautan Berikut adalah maklumat dan info selanjutnya mengenai prasekolah ini. Mengenai Prasekolah Pusat ANIS Prasekolah Pusat ANIS merupakan inisiatif pendidikan khas yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri…

Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) mempelawa ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas berumur 5 hingga 6 tahun untuk memohon kemasukan ke Prasekolah Pusat ANIS yang boleh dipohon menerusi pautan

Berikut adalah maklumat dan info selanjutnya mengenai prasekolah ini.

Mengenai Prasekolah Pusat ANIS

Prasekolah Pusat ANIS merupakan inisiatif pendidikan khas yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Prasekolah ini khusus kepada anak istimewa kelahiran Selangor bagi kategori kurang upaya pembelajaran antaranya lewat perkembangan secara umum atau global developmental delay (GDD), sindrom Down dan gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) yang berumur 5 hingga 6 tahun tanpa sebarang yuran.

Objektif prasekolah ini diwujudkan adalah untuk:

  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid bekeperluan khas seiring dengan perkembangan murid
  • Membina penanda aras kepada pengusaha-pengusaha tadika khusus di Negeri Selangor dalam menyediakan fasiliti pendidikan bagi murid bekeperluan khas.
  • Membantu Ibu Bapa melibatkan diri bersama rangkaian kumpulan sokongan Anak Istimewa

Prasekolah ini telah mula beroperasi sejak 22 Nov 2022 itu dilihat sebagai penanda aras kepada pengusaha tadika khususnya di Selangor dalam menyediakan fasiliti pendidikan bagi murid berkeperluan khas.

Pelaksanaan Pendidikan

Prasekolah ini akan beroperasi seperti berikut:

HARI SESI MASA
Isnin – Khamis 1 8:30am – 12:30pm
2 1:30pm – 5:30pm

Setiap murid akan mengikuti kelas 4 hari seminggu dan tempoh masa bagi setiap hari ialah selama 4 jam. Setiap sesi peserta akan diatur oleh pihak Pusat ANIS.

Sepanjang di prasekolah ini, murid akan menjalani sesi Intervensi Awal di Pusat ANIS dan akan mendapat laporan lengkap prestasi semasa pada pertengahan dan penghujung tahun sesi.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon kemasukan ke prasekolah ini adalah seperti berikut:

  1. Anak berumur 5-6 tahun.
  2. Anak telah mendapat pengesahan diagnosis:
    – Autism
    – Global Developmental Delay
    – Down Syndrome
    – ADHD
  3. Ibu atau bapa merupakan penduduk sah ATAU pengundi berdaftar di Negeri Selangor.

Kemahiran Asas Anak

Anak-anak yang bakal menyertai prasekolah ini perlulah menguasai kemahiran berikut:

  • Telah menguasai latihan tandas
  • Boleh mengikut arahan mudah
  • Boleh berada dalam kumpulan kecil (sekurang-kurangnya 4 orang)

Cara Mendaftar

Untuk membuat pendaftaran, sila layari pautan

Untuk melengkapkan pendaftaran, sila muat naik dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan IC anak
  • Salinan Kad OKU anak (jika ada)
  • Salinan laporan diagnosis anak
  • Salinan IC ibu bapa
  • Salinan sijil nikah
  • Salinan slip gaji terkini
  • Salinan slip semakan SPR

Kemasukan tertakluk kepada syarat kelayakan, penilaian kesediaan anak dan kekosongan tempat.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Prasekolah Pusat ANIS?

Prasekolah Pusat ANIS merupakan inisiatif pendidikan khas yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Apakah kemahiran yang perlu dikuasai kanak-kanak bagi melayakkan menyertai prasekolah ini?

– Telah menguasai latihan tandas
– Boleh mengikut arahan mudah
– Boleh berada dalam kumpulan kecil (sekurang-kurangnya 4 orang)

Apakah dokumen sokongan yang perlu dikemukakan untuk permohonan ini?

– Salinan IC anak
– Salinan Kad OKU anak (jika ada)
– Salinan laporan diagnosis anak
– Salinan IC ibu bapa
– Salinan sijil nikah
– Salinan slip gaji terkini
– Salinan slip semakan SPR

Anak saya berumur 7 tahun, adakah boleh memohon?

Tidak boleh. Anak mestilah berumur 5 hingga 6 tahun.

Saya mempunyai 2 orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak saya?

Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan.

Saya dan isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Terengganu, bolehkah saya memohon bantuan untuk anak OKU saya?

Tidak boleh. Pemohon mestilah sedang menetap di Selangor sahaja.

    Pertanyaan Lanjut

    Untuk pertanyaan lanjut mengenai Prasekolah Pusat ANIS, sila hubungi 011-5562 6381.

    Baca juga: Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK) JKM 2026

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Streaming Film

Nonton Film gratis

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About the Author

Easy WordPress Websites Builder: Versatile Demos for Blogs, News, eCommerce and More – One-Click Import, No Coding! 1000+ Ready-made Templates for Stunning Newspaper, Magazine, Blog, and Publishing Websites.

BlockSpare — News, Magazine and Blog Addons for (Gutenberg) Block Editor