Aplikasi Carian & Aduan Syarikat Pinjaman Wang Berlesen

Orang ramai yang ingin membuat pinjaman kredit melalui Pinjaman Wang Berlesen digalakkan untuk menyemak terlebih dahulu maklumat syarikat berkenaan menerusi Aplikasi i-KrediKom yang dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai aplikasi ini. Apa Itu i-KrediKom? Aplikasi i-KrediKom merupakan aplikasi yang telah diwujudkan sejak 2019 secara in-house yang…

Orang ramai yang ingin membuat pinjaman kredit melalui Pinjaman Wang Berlesen digalakkan untuk menyemak terlebih dahulu maklumat syarikat berkenaan menerusi Aplikasi i-KrediKom yang dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai aplikasi ini.

Apa Itu i-KrediKom?

Aplikasi i-KrediKom merupakan aplikasi yang telah diwujudkan sejak 2019 secara in-house yang dibangunkan oleh KPKT bagi memudahkan orang awam mendapatkan maklumat berkaitan Pinjaman Wang Berlesen.

Dalam erti kata yang lain, aplikasi ini berfungsi sebagai medium untuk membolehkan orang awam mendapatkan informasi yang berkaitan dengan Pinjaman Wang Berlesen dan jenis-jenis kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Pemberi Pinjam Wang 1951.

Secara tidak langsung, aplikasi ini dapat mengelakkan masyarakat daripada terjerat dengan sindiket pinjaman wang tidak berlesen.

Untuk makluman, menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sebanyak 1,452 kes pinjaman wang tanpa lesen atau ‘Ah Long’ dilaporkan di seluruh negara sehingga Oktober 2025.

Jumlah kes berkenaan mencecah kerugian lebih RM4.89 juta dengan 450 kes atau 31 peratus berjaya diselesaikan.

Fungsi i-KrediKom

Fungsi aplikasi ini diwujudkan adalah untuk:

  • Membuat carian syarikat Kredit Komuniti yang berlesen di Semenanjung Malaysia
  • Membuat aduan dan semakan nombor aduan
  • Memberi penerangan mengenai hak peminjam serta jenis-jenis kesalahan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951

Perbezaan Kredit Komuniti & Ah Long

Terdapat perbezaan antara Kredit Komuniti iaitu yang berdaftar dengan Ah Long iaitu:

Kredit Komuniti Ah Long
Perianiian pinjaman wang mengikut borang yang ditetapkan Dibuat hanya secara lisan dan tiada perjanjian bertulis
Kadar faedah ditetapkan tidak melebihi 12% setahun bagi pinjaman bercagar dan tidak melebihi 18% setahun bagi pinjaman tidak bercagar Kadar faedah yang berubah-ubah mengikut kehendak Ah Long
Kadar denda lewat bayar ansuran bulanan iaitu 8% setahun Denda lewat bayar yang sangat tinggi serta tempoh yang pendek untuk menyelesaikan ansuran yang tertunggak dan jika gagal, denda menjadi berganda
Keingkaran peminjam bayar balik hutang hanya bole melalui tuntutan di mahkamah Ah Long akan menggunakan kekerasan
terhadap peminjam yang ingkar
Setiap transaksi wang hanya bole dilakukan di premis yang diluluskan sahaja Tidak mempunyai alamat yang tetap atau berubah-ubah
Kredit Komuniti perlu menghantar Rekod Transaksi Tahunan kepada KPKT Tiada apa-apa laporan pinjaman yang dikemukakan

Hak Peminjam

Untuk membuat pinjaman, ketahui hak-hak anda sebagai peminjam iaitu:

  • Setiap peminjam hendaklah diberikan penyataan atau maklumat yang tidak mengelirukan bagi setiap pinjaman yang dibuat.
  • Setiap perjanjian pinjaman hendaklah menggunakan borang pinjaman yang ditetapkan oleh di bawah Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Pelesenan) 2003 iaitu Jadual J (pinjaman tanpa cagaran) atau Jadual K (pinjaman bercagar).
  • Peminjam berhak untuk diberikan satu (1) salinan perjanjian secara percuma. Peminjam juga hendaklah mendapatkan resit bayaran bagi setiap bayaran balik pinjaman yang dibuat.
  • Peminjam hendaklah mendapatkan resit bayaran bagi setiap bayaran balik pinjaman yang dibuat.
  • Peminjam turut diingatkan supaya tidak menandatangani borang perjanjian yang kosong.
  • Sebarang transaksi pembayaran pinjaman hendaklah diterima selepas perjanjian diisi penuh, dimatikan setem dan pembayaran dibuat di premis Pemberi Pinjam Wang yang berkenaan.

Panduan Meminjam

Untuk membuat pinjaman, berikut merupakan panduan untuk meminjam daripada Kredit Komuniti:

Muat Turun Aplikasi i-KrediKom

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi ini iaitu:

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan aplikasi i-KrediKom?

Aplikasi i-KrediKom merupakan aplikasi secara in-house yang dibangunkan oleh KPKT bagi memudahkan orang awam mendapatkan maklumat berkaitan Pinjaman Wang Berlesen.

Apakah fungsi aplikasi ini?

– Membuat carian syarikat Kredit Komuniti yang berlesen di Semenanjung Malaysia
– Membuat aduan dan semakan nombor aduan
– Memberi penerangan mengenai hak peminjam serta jenis-jenis kesalahan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951

Jika saya ingin membuat pinjaman, apakah hak-hak saya sebagai peminjam?

– Setiap peminjam hendaklah diberikan penyataan atau maklumat yang tidak mengelirukan bagi setiap pinjaman yang dibuat.
– Setiap perjanjian pinjaman hendaklah menggunakan borang pinjaman yang ditetapkan oleh di bawah Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Pelesenan) 2003 iaitu Jadual J (pinjaman tanpa cagaran) atau Jadual K (pinjaman bercagar).
– Peminjam berhak untuk diberikan satu (1) salinan perjanjian secara percuma. Peminjam juga hendaklah mendapatkan resit bayaran bagi setiap bayaran balik pinjaman yang dibuat.
– Peminjam hendaklah mendapatkan resit bayaran bagi setiap bayaran balik pinjaman yang dibuat.
– Peminjam turut diingatkan supaya tidak menandatangani borang perjanjian yang kosong.
– Sebarang transaksi pembayaran pinjaman hendaklah diterima selepas perjanjian diisi penuh, dimatikan setem dan pembayaran dibuat di premis Pemberi Pinjam Wang yang berkenaan.

Berapakah kadar faedah yang ditetapkan bagi pinjaman di Kredit Komuniti?

Kadar faedah ditetapkan tidak melebihi 12% setahun bagi pinjaman bercagar dan tidak melebihi 18% setahun bagi pinjaman tidak bercagar

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web KPKT iaitu

Baca juga: Skuad Kita Pengguna (SKiP): Manfaat & Syarat Kelayakan

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Streaming Film

Nonton Film gratis

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About the Author

Easy WordPress Websites Builder: Versatile Demos for Blogs, News, eCommerce and More – One-Click Import, No Coding! 1000+ Ready-made Templates for Stunning Newspaper, Magazine, Blog, and Publishing Websites.

BlockSpare — News, Magazine and Blog Addons for (Gutenberg) Block Editor