Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan STPM 2025/2026 dibuka bermula 15 Oktober 2025 sehingga 15 Disember 2025. Untuk memohon, sila layari pautan berikut:
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) membuka tawaran sebagai sukarelawan pengawas peperiksaan STPM kepada individu yang berminat untuk berkhidmat bagi menjayakan proses peperiksaan besar ini.
Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh rujuk info lebih terperinci di bawah.
BACA JUGA: Sekolah Model Khas KPM 2026 – Senarai Sekolah & Permohonan
Iklan Tawaran Sebagai Sukarelawan Pengawas Peperiksaan STPM 2025/2026
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) kini membuka peluang kepada individu warganegara Malaysia untuk menyertai program sukarelawan pengawas peperiksaan STPM bagi sesi 2025/2026.
Program ini bukan sahaja membuka peluang kepada pelajar, pesara, dan pekerja bukan kerajaan untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti produktif, malah ia memberi pengalaman berharga serta elaun harian sepanjang tempoh bertugas.
Rujuk poster hebahan di bawah:

Kelayakan
Tawaran ini terbuka kepada:
- Pesara Kerajaan (Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
- Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)/Pekerja Kontrak Kerajaan
Kakitangan Bukan Kerajaan/Pesara kerajaan/ Pesara Swasta - Pelajar lnstitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), lnstitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Lepasan IPTA/IPTS/Asasi/Matrikulasi
- Guru Sekolah Menengah Agama (SMA) Kerajaan Negeri/Sekolah swasta/Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Syarat Lantikan
Selain itu, bagi memastikan calon pengawas dapat menjalankan tugas dengan baik, MPM menetapkan beberapa syarat kelayakan asas yang perlu dipenuhi. Secara umumnya, calon mestilah:
- Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidsk lebih 65 tahun.
- Tidak menduduki peperiksaan semasa bertugas sebagai pengawas.
- Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan SPM atau setaraf.
- Dapat memberikan komitmen sepenuhnya dan boleh mematuhi arahan.
- Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik.
- Bagi pesara, keutamaan kepada yang mendapat pengesahan kesihatan dari Pegawai Perubatan.
- Tidak mempunyai rekod jenayah atau disiplin.
- Berperwatakan kemas, berdisiplin dan beretika tinggi.
- Keutamaan bagi yang boleh memand, mempunyai lesen kenderaan yang sah dan kenderaan sendiri.
- Pelantikan petugas peperiksaan adalah sebagai pegawas peperiksaan sahaja, dan;
- Pelantikan adalah tertakhluk pada kekosongan dan kelulusan adalah hak mutlak MPM.
Calon yang mempunyai pengalaman sebagai pengawas peperiksaan di mana-mana institusi sebelum ini amat digalakkan untuk memohon, namun pengalaman bukanlah syarat wajib.
Cara Mohon Sukarelawan Pengawas Peperiksaan STPM 2025/2026
Untuk memohon, sila layari pautan berikut: A.
Isi borang dengan lengkap. Sila baca arahan dengan teliti;
- Sila lengkapkan borang ini dengan huruf besar.
- Sila lampirkan salinan kad pengenalan dan dokumen/sijil berkaitan.
- Sila tandakan (/) di petak berkenaan.
- Kelayakan: Lepasan IPT/AKP/Bersara
Tempoh Permohonan Dibuka
Permohonan untuk menjadi sukarelawan pengawas peperiksaan STPM 2025/2026 dibuka mulai 15 Oktober sehingga 15 Disember 2025.
Tarikh dan Masa Bertugas
Tarikh dan masa bertugas bagi sukarelawan pengawas peperiksaan STPM tahun 2025/2026 dijadualkan berlangsung dari 20 Januari 2026 hingga 26 Februari 2026 mengikut jadual rasmi peperiksaan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Sepanjang tempoh ini, sukarelawan akan menjalankan tugas mengawal dan memantau peperiksaan STPM di lokasi yang telah ditetapkan.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP, JPN) di negeri pilihan yang dikemukakan permohonan.
Maklumat SPP, JPN boleh diperolehi di:
Soalan Lazim Pengawas Peperiksaan STPM 2025/2026
Pengawas peperiksaan STPM akan bertugas dari 20 Januari hingga 26 Februari 2026 mengikut jadual rasmi Peperiksaan STPM 2025/2026 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
– Pesara Kerajaan (Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
– Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)/Pekerja Kontrak Kerajaan
– Kakitangan Bukan Kerajaan/Pesara kerajaan/ Pesara Swasta
– Pelajar lnstitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), lnstitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Lepasan IPTA/IPTS/Asasi/Matrikulasi
– Guru Sekolah Menengah Agama (SMA) Kerajaan Negeri/Sekolah swasta/Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Tugas utama termasuk mengawasi perjalanan peperiksaan di dalam dewan, mengedarkan bahan peperiksaan, memungut kertas jawapan, mengawal pergerakan calon semasa peperiksaan berlangsung, dan membantu ketua pengawas dalam pelaksanaan tugas.
Pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui e-mel atau telefon dalam tempoh tertentu. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas sebulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.
Ya, elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dan bayaran akan dibuat selepas tamat tempoh peperiksaan. Ia turut termasuk elaun perjalanan dan elaun harian mengikut kadar semasa.
Lokasi bertugas akan di lokasi peperiksaan yang telah ditetapkan oleh pihak lembaga peperiksaan di negeri masing-masing, termasuk pusat-pusat peperiksaan di seluruh Malaysia.
Ya, asalkan berumur 18 tahun ke atas dan memenuhi kriteria lain seperti sihat tubuh badan, tiada rekod jenayah, serta mampu menjalankan tugas dengan baik, mereka layak memohon.
Pemohon perlu menyediakan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan, bukti kelayakan akademik dan dokumen sokongan lain yang diperlukan semasa proses permohonan online.
Real Estate
Agen Togel Terpercaya
Bandar Togel
Sabung Ayam Online
Berita Terkini
Artikel Terbaru
Berita Terbaru
Penerbangan
Berita Politik
Berita Politik
Software
Software Download
Download Aplikasi
Berita Terkini
News
Jasa PBN
Jasa Artikel
