Hari Kelepasan Am & Cuti Sekolah

Hari Kelepasan Am & Cuti Sekolah

Tarikh cuti Sarawak 2026 telah dikeluarkan secara rasmi oleh kerajaan negeri Sarawak. Untuk mengetahui Hari Kelepasan Am dan Cuti Sekolah Negeri Sarawak bagi tahun 2026, sila rujuk Portal Rasmi
Kerajaan Negeri Sarawak di pautan berikut,

Dengan adanya kalendar cuti umum dan cuti sekolah Sarawak, ia dapat memudahkan banyak pihak membuat perancangan lebih awal bagi tahun 2026 kelak.

Rujuk info penuh Cuti Umum Sarawak 2026 di bawah.

Kalendar Almanac Sarawak 2026

Berikut ialah kalendar Almanac Sarawak 2026 mengikut bulan:

Tarikh Cuti Umum Sarawak 2026

Rujuk senarai cuti umum di Sarawak bagi tahun 2026 berikut:

Tarikh Hari Cuti Umum
1 Januari Khamis Tahun Baru 2026
17 Februari Selasa Tahun Baru Cina
18 Februari Rabu Tahun Baru Cina (Hari Kedua)
21 Mac Sabtu Hari Raya Aidilfitri*
22 Mac Ahad Hari Raya Aidilfitri (Hari Kedua)*
23 Mac Isnin Cuti Hari Raya Aidilfitri (Gantian)
3 April Jumaat Good Friday
1 Mei Jumaat Hari Pekerja
27 Mei Rabu Hari Raya Haji*
31 Mei Ahad Hari Wesak
1 Jun Isnin Hari Gawai Dayak
1 Jun Isnin Hari Keputeraan YDP Agong
2 Jun Selasa Hari Gawai Dayak (Hari Kedua)
17 Jun Rabu Awal Muharram (Maal Hijrah)
22 Julai Rabu Hari Sarawak
25 Ogos Selasa Maulidur Rasul
31 Ogos Isnin Hari Kebangsaan
16 September Rabu Hari Malaysia
10 Oktober Sabtu Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak
25 Disember Jumaat Hari Krismas

Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah KPM 2026

Berikut pula dikongsikan senarai penuh tarikh-tarikh cuti umum bagi tahun 2026 untuk setiap negeri di Malaysia seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Perdana Menteri melalui www.kabinet.gov.my/hari-kelepasan-am/

JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2026

Bagi negeri Sarawak, Cuti Hari Kelepasan Am Persekutuan 2026 adalah pada:

  • Tahun Baru Cina – 17 & 18 Februari
  • Hari Raya Puasa – 21 & 22 Mac
  • Hari Pekerja – 1 Mei
  • Hari Raya Qurban – 27 Mei
  • Hari Wesak – 31 Mei
  • Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong – 1 Jun
  • Awal Muharram – 17 Jun
  • Maulidur Rasul – 25 Ogos
  • Hari Kebangsaan – 31 Ogos
  • Hari Malaysia – 16 September
  • Hari Krismas – 25 Disember

JADUAL HARI KELEPASAN AM NEGERI 2026

Bagi negeri Selangor, Cuti Hari Kelepasan Am Negeri 2026 pula adalah pada:

  • Tahun Baharu 2026 – 1 Januari
  • Good Friday – 3 April
  • Pesta Keamatan – 30 & 31 Mei
  • Perayaan Gawai Dayak – 1 & 2 Jun
  • Hari Kemerdekaan Sarawak – 22 Julai
  • Hari Jadi Yang Dipertua Sarawak – 10 Oktober

Tarikh Cuti Sekolah Sarawak 2026

Berikut pula adalah takwim persekolahan dan tarikh cuti sekolah bagi sekolah-sekolah di seluruh Sarawak seperti yang telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Cuti Penggal 1: 21 Mac – 29 Mac 2026
  • Cuti Pertengahan Tahun 2026: 23 Mei – 7 Jun 2026
  • Cuti Penggal 2: 29 Ogos – 6 September 2026
  • Cuti Akhir Persekolahan Tahun 2026: 5 Disember – 31 Disember 2026

Sarawak termasuk dalam Kumpulan B yang mana sekolah-sekolah di negeri ini cuti hujung minggu mereka jatuh pada hari Sabtu dan Ahad. Negeri-negeri dalam kumpulan ini adalah:

  • Perlis
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Selangor
  • Johor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Pahang
  • Sarawak
  • Sabah
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Manakala, kalendar cuti perayaan pula adalah seperti berikut:

Soalan Lazim Cuti Umum Sarawak 2026

Adakah Deepavali merupakan cuti umum di Sarawak pada tahun 2026?

Tidak. Berbeza dengan negeri-negeri di Semenanjung, Deepavali (8 November 2026) bukan merupakan hari kelepasan am rasmi bagi negeri Sarawak. Walau bagaimanapun, sekolah di Sarawak biasanya akan mendapat cuti tambahan perayaan yang diperuntukkan oleh KPM.

Apakah yang berlaku jika Hari Gawai Dayak bertindih dengan Cuti Umum lain?

Pada tahun 2026, Hari Gawai Dayak (1 Jun) jatuh pada hari yang sama dengan Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong. Mengikut amalan biasa, jika dua cuti umum jatuh pada hari yang sama, hanya satu hari itu sahaja yang dikira cuti. Walau bagaimanapun, memandangkan Gawai mempunyai hari kedua (2 Jun), rakyat Sarawak tetap akan menikmati cuti pada 1 dan 2 Jun tersebut.

Adakah cuti sekolah berbeza dengan cuti umum?

Ya, cuti sekolah berbeza daripada cuti umum. Cuti sekolah di Sarawak 2026 termasuk cuti penggal, cuti pertengahan tahun, dan cuti akhir tahun, manakala cuti umum adalah tarikh kelepasan am yang ditetapkan kerajaan.

Adakah cuti umum Sarawak termasuk cuti keagamaan tertentu?

Ya, Sarawak mempunyai cuti keagamaan seperti Good Friday (Kristian), Hari Raya Aidilfitri (Islam), Hari Wesak (Buddha), dan Maulidur Rasul (Islam).

Bilakah Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak disambut?

Bagi tahun 2026, ia dijadualkan pada 10 Oktober (Sabtu). Memandangkan ia jatuh pada hari Sabtu, biasanya tiada cuti gantian pada hari Isnin untuk cuti negeri ini.

Bila cuti panjang di Sarawak?

Ini adalah cuti utama bagi tahun 2026.
Tarikh: 5 Disember 2026 hingga 3 Januari 2027
Tempoh: Kira-kira 30 hari (1 bulan).
Sesi persekolahan baru (2027) akan bermula pada 4 Januari 2027.

Bila cuti sekolah Sarawak 2026?

Cuti Penggal 1: 21 Mac – 29 Mac 2026 (9 hari)
Cuti Pertengahan Tahun: 23 Mei – 7 Jun 2026 (16 hari)
Cuti Penggal 2: 29 Ogos – 6 Sept 2026 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun: 5 Dis – 3 Jan 2027 (30 hari)

Berita Terkini

Berita Terbaru

Daftar Terbaru

News

Berita Terbaru

Flash News

RuangJP

Pemilu

Berita Terkini

Prediksi Bola

Technology

Otomotif

Berita Terbaru

Teknologi

Berita terkini

Berita Pemilu

Berita Teknologi

Hiburan

master Slote

Berita Terkini

Pendidikan

Resep

Cek Ongkir Cargo

Togel Deposit Pulsa

Daftar Judi Slot Online Terpercaya

Slot yang lagi gacor

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *