Cara Daftar & Semak Kelayakan Bantuan

Cara Daftar & Semak Kelayakan Bantuan


Portal Ihsan MADANI adalah satu platform lengkap untuk orang ramai untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan inisiatif dan bantuan Kerajaan dalam mengimbangi kos sara hidup rakyat. Portal ini boleh di akses melalui pautan berikut:

Pengguna boleh menyemak kelayakan dan mengenal pasti bantuan yang sesuai berdasarkan maklumat asas yang diisi.

Rujuk info lebih terperinci mengenai Portal Ihsan MADANI di bawah.

Apa itu Portal Ihsan Madani?

Portal Ihsan Madani dibangunkan atas usaha kerajaan untuk menghebahkan inisiatif dan bantuan yang disediakan di bawah satu platform agar rakyat dapat mengakses inisiatif khusus sara sidup di hujung jari.

Melalui portal ini, pengguna boleh mengakses info terkini mengenai bantuan sara hidup yang disediakan oleh kerajaan.

Portal Ihsan MADANI
Portal Ihsan MADANI

Setiap inisiatif dan bantuan telah dikategorikan di bawah tujuh kluster utama Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) iaitu Kluster Kesihatan, Makanan, Pendapatan, Pendidikan, Pengangkutan, Perumahan dan Utiliti serta termasuk inisiatif-inisiatif umum yang lain.

Pengguna dapat menelusuri maklumat tersebut dengan mudah, cepat dan terperinci. Pengguna juga boleh membuat semakan untuk mengenal pasti bantuan khusus mengikut kelayakan mereka.

Pengisian maklumat yang telah lengkap akan disepadankan dengan senarai inisiatif dan bantuan yang tersedia di dalam portal ini.

Portal Ihsan MadaniPortal Ihsan Madani
Portal Ihsan MADANI

Fungsi

Fungsi utama Portal Ihsan MADANI adalah:

  1. Menyediakan platform sehenti untuk maklumat bantuan dan inisiatif kerajaan berkaitan kos sara hidup.
  2. Membolehkan rakyat menyemak kelayakan bantuan berdasarkan maklumat asas pengguna.
  3. Mengumpulkan pelbagai program bantuan dalam 7 kluster utama seperti kesihatan, makanan, pendapatan, pendidikan, pengangkutan, perumahan, dan utiliti.
  4. Memudahkan permohonan bantuan.
Portal Ihsan MadaniPortal Ihsan Madani
Portal Ihsan MADANI

7 Kategori Inisiatif Bantuan

Berikut ialah 7 kategori inisiatif yang terdapat dalam portal ini:

  • Kluster Kesihatan
  • Kluster Makanan
  • Kluster Pendapatan
  • Kluster Pendidikan
  • Kluster Pengangkutan
  • Kluster Perumahan
  • Kluster Utiliti
Portal Ihsan MADANI

Cara Daftar & Semak Kelayakan Bantuan

Untuk mendaftar dan membuat semakan bantuan khusus yang boleh dilayak:

1. Layari laman rasmi Portal Ihsan MADANI di www.ihsanmadani.gov.my atau muat turun aplikasi mudah alih secara percuma dari Google Play Store, Apps Store dan Apps Gallery (Huawei).

2. Klik “SEMAK BANTAN KHUSUS”

    3. Lengkapkan borang pendaftaran dengan mengisi maklumat asas seperti:

    • Tahun lahir;
    • Jantina;
    • Negeri tempat tinggal;
    • Kumpulan etnik;
    • Status pekerjaan;
    • Taraf pendidikan;
    • Taraf perkahwinan;
    • Jumlah pendapatan bulanan individu dan isi rumah;
    • Status OKU;
    • Tanggungan kanak-kanak (17 tahun dan ke bawah);
    • Tanggungan warga emas (60 tahun dan ke atas);
    • Tanggungan OKU;
    • Tanggungan pesakit terlantar atau pesakit kronik; dan
    • Pemilikan kediaman semasa.

    4. Setelah maklumat asas lengkap, portal akan memadankan anda dengan senarai inisiatif dan bantuan kerajaan yang sesuai dengan kelayakan anda.

    5. Untuk mohon bantuan, pengguna akan dibawa terus ke laman rasmi kementerian atau jabatan yang menyediakan bantuan tersebut menerusi pautan “Mohon di sini” dalam portal.

    6. Semakan status bantuan khusus boleh dibuat di portal yang sama atau portal rasmi program bantuan berkaitan seperti MySTR untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

    Portal Ihsan MADANIPortal Ihsan MADANI
    Portal Ihsan MADANI

    Muat Turun Aplikasi Portal Ihsan MADANI

    Anda boleh muat turun secara percuma aplikasi Portal Ihsan MADANI di :

    Portal Ihsan MADANIPortal Ihsan MADANI
    Portal Ihsan MADANIPortal Ihsan MADANI
    Portal Ihsan MADANIPortal Ihsan MADANI
    Portal Ihsan MADANIPortal Ihsan MADANI

    Maklumat Lanjut

    Sebarang maklumat lanjut berkaitan Portal Ihsan MADANI, anda boleh layari laman sesawang berikut : www.ihsanmadani.gov.my atau boleh kemukakan e-mel ke [email protected].

    Portal Ihsan MADANIPortal Ihsan MADANI
    Portal Ihsan MADANI

    Soalan Lazim Portal Ihsan MADANI

    1. Apakah itu Portal Ihsan MADANI?

    Portal Ihsan MADANI adalah merupakan satu usaha kerajaan untuk menyediakan satu platform khusus di hujung jari kepada pengguna untuk mendapatkan serta mengenal pasti pelbagai program dan inisiatif kerajaan dengan lebih cepat dan mudah terutama dalam aspek meringankan beban sara hidup rakyat.

    Portal ini juga akan membantu pengguna mengenal pasti program dan inisiatif yang layak dan sesuai kepada pengguna berdasarkan maklumat yang telah diisi di ruangan Maklumat Asas.

    2. Siapakah yang sesuai untuk menggunakan Portal Ihsan MADANI?

    Portal ini sesuai digunakan oleh semua warganegara Malaysia pada semua peringkat umur.

    3. Adakah maklumat saya selamat di Portal Ihsan MADANI?

    Portal Ihsan MADANI TIDAK menyimpan sebarang maklumat yang dikongsikan oleh pengguna sama ada di dalam pangkalan data portal mahupun pangkalan data kerajaan. Maklumat yang dikongsikan oleh pengguna hanya bertujuan untuk penentuan inisiatif yang bersesuaian dengan pengguna sahaja.

    4. Adakah maklumat peribadi saya akan dikongsikan dengan pihak ketiga?

    Maklumat yang diisi di portal ini adalah bersifat umum sahaja dan tidak melibatkan sebarang maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, alamat rumah, perincian pekerjaan dan sebagainya.

    Maklumat-maklumat ini TIDAK akan disimpan di dalam pangkalan data portal mahupun pangkalan data kerajaan.

    5. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk inisiatif-inisiatif tersebut?

    Setiap inisiatif mempunyai syarat kelayakan yang tersendiri. Pengguna boleh menyemak “Syarat Permohonan” bagi sesuatu inisiatif atau pengguna juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dan terperinci melalui pautan FAQ inisiatif.

    6. Mengapa saya tidak dipadankan dengan sebarang inisiatif?

    Pengguna perlu memastikan semua Maklumat Asas telah diisi. Terdapat indikator peratusan selesai di sebelah atas skrin sebagai rujukan pengguna. Pengguna juga boleh menekan butang Isi Semula jika ingin memulakan pengisian borang yang baharu.

    7. Di mana semak status bantuan seperti STR?

    Status boleh disemak di portal rasmi program seperti MySTR.

    8. Adakah semua bantuan dalam satu portal?

    Ya, portal mengumpulkan pelbagai bantuan dalam tujuh kategori utama untuk kemudahan pengguna.



Real Estate

Agen Togel Terpercaya

Bandar Togel

Sabung Ayam Online

Berita Terkini

Artikel Terbaru

Berita Terbaru

Penerbangan

Berita Politik

Berita Politik

Software

Software Download

Download Aplikasi

Berita Terkini

News

Jasa PBN

Jasa Artikel

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *