Chazynash: Biodata & Pernikahan Baru

Chazynash: Biodata & Pernikahan Baru

Chazynash adalah seorang pempengaruh yang tidak asing lagi di media sosial. Pada 8 Januari 2026, beliau telah rasmi mendirikan rumah tangga barunya bersama isterinya, Sity Rosli.

Sebelum ini, Chazynash diterpa isu penceraian bersama bekas isterinya, Fatin Morat, termasuk konflik berkaitan hak penjagaan dan nafkah anak yang hangat diperkatakan di media.

Dalam artikel kali ini, ayuh kita kenali Chazynash dengan lebih dekat lagi.

Siapa Chazynash?

Chazynash, atau nama penuhnya Syed Fernarsh bin Syed Badlishah, merupakan seorang influencer, pelakon, model, dan penyanyi popular di Malaysia yang terkenal melalui kandungan media sosial yang menghiburkan.

Beliau berasal dari Perlis, berumur 37 tahun (kelahiran 1 Mei), dan merupakan kerabat diraja Perlis. Chazynash berkahwin pertama kali dengan Fatin Morat pada 2014, mempunyai tiga anak perempuan, dan bercerai secara baik pada 23 Januari 2025.

Terkini, beliau telah mendirikan rumah tangga sekaligus menamatkan status dudanya bersama pilihan hatinya, Sity Rosli pada 8 Januari 2026 dalam sebuah majlis tertutup di Pulau Pinang.

Biodata Chazynash

Nama Penuh​ Syed Fernarsh bin Syed Badlishah / YM Syed Fernarsh Ibni Dato’ Seri Syed Badlishah Jamalullail
Nama Komersial Chazynash
Asal​ Perlis
Umur​ 37 tahun (kelahiran 1 Mei)
Kerjaya​ Influencer, model, pelakon, penyanyi
Isteri​ Sity Rosli (berkahwin 8 Januari 2026)
Bekas Isteri Fatin Morat (perceraian 23 Januari 2025)
Anak ​ Tiga anak perempuan
Akaun media sosial Instagram(@chazynash), TikTok (@iamchazynash), Facebook (Chazynash)

Perjalanan Karier

Chazynash pada awalnya mula menghasilkan video pendek yang lucu dan menghiburkan menerusi aplikasi media sosial Vine bersama bekas isteri iaitu Fatin dan rakan terdekat.

Lama-kelamaan, beliau mula menghasilkan konten di platform lain seperti Facebook dan Instagram.

Setelah beberapa tahun membina nama di media sosial, beliau mendapat tawaran untuk berlakon dalam sebuah drama bersiri bertajuk S.O.S! terbitan ntv7.

Selain itu, beliau turut membintangi drama bersiri Kudeta (2022) serta filem Returning Home : Kembalinya Wiraku (2023) dan Eidolon : Bayangan Dendam (2023).

Tidak hanya berbakat dalam lakonan, malah pempengaruh ini turut mengeluarkan beberapa lagu single dengan rentak yang catchy antaranya :

  • Jika Aku Pergi – Dani Kurama ft Chazynash
  • Lima Lima Waktu – Chazynash
  • Sendiri – Dani Kurama ft Chazynash

Pencapaian Lain

Pada Disember 2024, Chazynash turut mendapat perhatian warganet apabila beliau dan rakan-rakan menerima penghargaan khas daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Tanda penghargaan ini diberikan kepada pempengaruh popular ini dan rakan-rakannya yang menyelamatkan empat orang warga Indonesia yang juga merupakan mangsa bot karam selepas dilanggar kapal tangki di sekitar perairan antarabangsa.

Menurut laporan, kumpulan nelayan tersebut hanyut dan terapung di perairan Pulau Jarak, Perak.

chazynashchazynash
Sumber : remaja.my

Kehidupan Peribadi

Chazynash yang juga merupakan salah seorang kerabat diraja Perlis telah mendirikan rumah tangga bersama Fatin Morat pada tahun 2014 dan telah dikurniakan dengan 3 orang anak perempuan. Dua daripadanya adalah kembar seiras.

Walau bagaimanapun, status rumah tangga pempengaruh ini menjadi teka teki dalam kalangan netizen sejak awal tahun memandangkan beliau dilihat tidak lagi menghasilkan content bersama Fatin.

Bagi mengelakkan sebarang spekulasi, Chazynash baru-baru ini telah bersuara mengenai situasi dirinya bersama isteri.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, beliau akui sudah berpisah dengan Fatin Morat secara baik pada 23 Januari 2025.

Meskipun sudah tidak lagi tinggal sebumbung dan telah membawa haluan masing-masing, beliau dan bekas isteri masih berhubungan baik demi anak-anak.

Dalam satu lagi hantaran, Chazynash juga akui telah mula berkenalan dengan seorang individu dan mula rapat sejak Mei tahun ini.

Beliau juga berharap supaya warganet tidak lagi mencetuskan sebarang spekulasi yang boleh mencemarkan nama baik beliau dan bekas isteri.

Terbaru, beliau membuat satu lagi kenyataan tegas berhubung kemelut penceraiannya dengan bekas isteri, Fatin Morat.

Dalam kenyataan yang penuh emosi itu, Chazynash memaklumkan bahawa beliau telah mengambil keputusan drastik untuk menarik semula segala kemudahan yang telah diberikan kepada bekas isterinya sebelum ini.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau “bukanlah Chef Wan” yang mempunyai tahap kesabaran setinggi itu dan kini memilih untuk menyelesaikan segala pertikaian mengenai harta dan hak penjagaan anak sepenuhnya melalui saluran mahkamah.

Chazynash Berkahwin Baru

Chazynash baru sahaja menamatkan zaman dudanya pada hari Khamis, 8 Januari 2026. Majlis pernikahan berlangsung secara sederhana di Pulau Pinang, dihadiri keluarga serta kenalan rapat.

Pasangan ini kelihatan sangat secocok mengenakan busana tradisi serba putih, sambil ditemani oleh ketiga-tiga anak perempuan Chazynash yang turut hadir memeriahkan hari bahagia bapa mereka.

Beberapa hari sebelum pernikahan berlangsung, nama Chazynash menjadi tular disebabkan isu tuntutan nafkah dan mutaah daripada bekas isterinya, Fatin Morat, yang mendakwa beliau gagal melunaskan tanggungjawab tersebut selepas setahun bercerai.

Meskipun dihimpit dengan pelbagai kritikan di media sosial, Chazynash memilih untuk terus melangkah ke hadapan dengan fasa baru dalam kehidupannya bersama Sity Rosli.

Siapa Isteri Chazynash?

Isteri terbaru Chazynash (Syed Fernarsh bin Syed Badlishah) adalah seorang wanita yang dikenali sebagai Sity Rosli.

Sity Rosli merupakan wanita pilihan Chazynash dan telah melangsungkan pertunangan mereka pada akhir tahun 2025 sebelum bernikah pada 8 Januari 2026.

Pada hari bahagia tersebut, beliau tampil anggun dalam busana tradisi berwarna putih, sedondon dengan Chazynash dan anak-anak suaminya yang turut hadir memeriahkan majlis.

Fakta Menarik

  • Kerabat diraja Perlis dengan nama penuh Syed Fernarsh bin Syed Badlishah.​
  • Terkenal melalui 250 video pendek di Vine, Facebook, dan Instagram bersama bekas isteri Fatin Morat.​
  • Membintangi drama S.O.S! (ntv7), Kudeta (2022), serta filem Returning Home dan Eidolon (2023).​
  • Menyanyi single seperti “Lima Lima Waktu” dan “Jika Aku Pergi” hasil kolaborasi dengan Dani Kurama.​
  • Berkahwin pertama 2014, bercerai 23 Januari 2025 selepas punya tiga anak perempuan; berkahwin semula dengan Sity Rosli pada 8 Januari 2026.​

Anda boleh ikuti perkembangan lanjut influencer terkenal ini menerusi platform media sosialnya. Akhir kata, selamat pengantin baru diucapkan kepada Chazynash dan isterinya!

BACA JUGA: Kamal Adli – Biodata, Karier & Isu Terkini



Berita Terkini

Berita Terbaru

Daftar Terbaru

News

Berita Terbaru

Flash News

RuangJP

Pemilu

Berita Terkini

Prediksi Bola

Technology

Otomotif

Berita Terbaru

Teknologi

Berita terkini

Berita Pemilu

Berita Teknologi

Hiburan

master Slote

Berita Terkini

Pendidikan

Resep

Cek Ongkir Cargo

Togel Deposit Pulsa

Daftar Judi Slot Online Terpercaya

Slot yang lagi gacor

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *