Piala Malaysia 2026 akan bermula pada 17 Januari 2026 dengan pusingan 16 selepas undian diadakan pada 2 Januari 2026 yang lepas. Penganjuran kali ini adalah untuk edisi ke 99 kejohanan yang sangat berprestij di Malaysia. Layari malaysianfootballleague.com untuk jadual penuh perlawanan dan semak keputusan terkini.
Kejohanan ini berlangsung dari 17 Januari 2026 hingga 23 Mei 2026 (Final Piala Malaysia). Terdapat 16 pasukan akan berentap termasuk 13 daripada Liga Super dan tiga daripada Liga A1 Semi-Pro.
Memandangkan Uifi merupakan penaja rasmi untuk penganjuran edisi kali ini, maka kejohanan ini juga dikenali sebagai Unifi Piala Malaysia 2026.
Rujuk info penuh kejohanan Piala Malaysia 2026 di bawah.

Pengenalan Piala Malaysia 2026
Piala Malaysia merupakan edisi ke-99 bagi kejohanan bola sepak paling berprestij dan tertua di Asia Tenggara.
Untuk musim ini, kejohanan ini mengekalkan format kalah mati sepenuhnya (knockout) yang bermula terus dari Pusingan 16.
Kejohanan ini dimulakan dengan pusingan 16 secara dua leg pada 17-25 Januari 2026, diikuti suku akhir, separuh akhir, dan final pada 23 Mei 2026 di Stadium Bukit Jalil.
Pasukan yang tersingkir di Pusingan 16 Piala Malaysia tidak akan pulang kosong, sebaliknya mereka akan secara automatik diletakkan ke dalam saingan MFL Challenge Cup 2025/2026 untuk merebut kejuaraan tersebut.
BACA JUGA: Piala Dunia 2026: Tarikh, Pasukan, Format & Jadual Perlawanan
Jadual Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2025-2026
Aksi Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2025–2026 akan bermula Sabtu ini, 14 Februari 2026.
Sementara itu, perlawanan Suku Akhir Pertama melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Melaka dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 13 Februari 2026, berikutan penglibatan JDT dalam Shopee Cup dan AFC Champions League Elite (ACLE).


Muat turun jadual Piala Malaysia dalam PDF:
Keputusan Terkini Piala Malaysia 2025-2026
SUKU AKHIR PERTAMA
Suku akhir pertama Piala Malaysia 2025-2026 sudah berlangsung pada 6-8 Februari 2026, kecuali perlawanan JDT vs Melaka FC yang dijadualkan malam ini, 13 Februari 2026.
Berikut ialah keputusan SUKU AKHIR PERTAMA Piala Malaysia 2025-2026:
| Tarikh | Masa | Tuan Rumah | Skor | Pelawat |
|---|---|---|---|---|
| 6 Feb | 9:00 PM | Terengganu FC | 1–1 | KL City FC |
| 7 Feb | 8:15 PM | DPMM FC | 1–3 | Kuching City FC |
| 8 Feb | 9:00 PM | Negeri Sembilan FC | 0–1 | Selangor FC |
| 13 Feb | 8:15 PM | JDT | BELUM | Melaka FC |
Format Kejohanan
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan format Piala Malaysia kali ini dengan penglibatan 16 pasukan, iaitu 13 kelab dari Liga Super 2025-2026 dan tiga pasukan teratas Liga A1 Semi-Pro 2025-2026 selepas hari perlawanan minggu ke-13.
Cabaran bermula pada pusingan 16 yang dijadualkan 17-19 Januari 2026 (leg pertama) dan 23-25 Januari 2026 (leg kedua), diikuti suku akhir serta separuh akhir dalam format timbal balik di tempat sendiri dan lawan.
Perlawanan akhir akan diadakan pada 23 Mei 2026 di Stadium Bukit Jalil.








Pasukan Bertanding
Berikut merupakan senarai pasukan yang bertanding bagi penganjuran Piala Malaysia 2025-2026:
| Pasukan Seeded (Balang A) | Pasukan Unseeded (Balang B) |
| 1. Johor Darul Ta’zim (JDT) | 9. Imigresen FC |
| 2. Kuching City FC | 10. Kelantan The Real Warriors (TRW) |
| 3. Selangor FC | 11. Penang FC |
| 4. Kuala Lumpur City FC | 12. Melaka FC |
| 5. Terengganu FC | 13. PDRM FC |
| 6. Negeri Sembilan FC | 14. Perak FA (Liga A1) |
| 7. DPMM FC (Brunei) | 15. UM-Damansara United (Liga A1) |
| 8. Sabah FC | 16. Kelantan Red Warrior FC (Liga A1) |




Keputusan Undian
Berikut ialah hasil undian yang dijalankan pada 2 Januari 2026 yang lepas:
- RHB1: Selangor FC vs Sabah FC
- RHB2: Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Terengganu FC
- RHB3: Kuala Lumpur City FC vs Negeri Sembilan FC
- RHB4: PDRM FC vs Kelantan Darul Naim FC
- RHB5: Melaka FC vs Kuching City FC
- RHB6: Penang FC vs Imigresen FC
- RHB7: Perak FC vs DPMM FC
- RHB8: Kedah Darul Aman FC vs Kelantan United


Road To Final: Perlawanan, Masa & Tempat
Piala Malaysia 2025-2026 akan berlangsung dari 17 Januari 2026 sehingga 23 Mei 2026 dengan 29 perlawanan.
Kejohanan kali ini akan memulakan perlawanan pusingan 16 pada 17-19 Januari 2026 (leg pertama), diikuti leg kedua pada 23-25 Januari 2026, dengan masa dan tempat spesifik bergantung kepada pasangan undian rasmi yang diadakan pada 2 Januari 2026.
Rujuk jadual perlawanan terdekat berikut:
Pusingan 16 (Pusingan Kalah Mati)
| Perlawanan | Tarikh | Waktu Sepak Mula | Tempat (Venue Utama) |
| Pusingan 16 (Leg 1) | 17 – 19 Januari 2026 | 5:00 PM / 8:15 PM / 9:00 PM | Stadium pasukan tuan rumah (Balang B) |
| Pusingan 16 (Leg 2) | 23 – 25 Januari 2026 | 5:00 PM / 8:15 PM / 9:00 PM | Stadium pasukan tuan rumah (Balang A) |




Tarikh Penting Piala Malaysia 2025-2026
| Peringkat | Tarikh (Jangkaan/Rasmi) |
| Majlis Undian | 2 Januari 2026 |
| Pusingan 16 (Leg 1) | 17 – 19 Januari 2026 |
| Pusingan 16 (Leg 2) | 23 – 25 Januari 2026 |
| Suku Akhir | Februari – Mac 2026 |
| Separuh Akhir | Mac – April 2026 |
| Perlawanan Akhir | 23 Mei 2026 |
Tonton LIVE Perlawanan Final Piala Malaysia 2026
Anda boleh menyaksikan LIVE perlawanan Piala Malaysia 2025-2026 2024-2025 yang disiarkan secara langsung melalui platform rasmi penyiar Astro dan RTM.
Untuk memuat turun aplikasi Sooka, sila klik pautan rasmi di bawah:
Untuk pembelian tiket online, info terkini akan dikemas kini menerusi laman web
Maklumat Lanjut
Untuk perkembangan terkini mengenai kejohanan Unifi Piala Malaysia 2025-2026 ini, sila ikuti laman sosial MFL berikut:
Soalan Lazim Piala Malaysia 2026
Pusingan 16 leg pertama dijadualkan pada 17-19 Januari 2026, manakala final pada 23 Mei 2026.
Kejohanan ini melibatkan 16 pasukan, iaitu 13 daripada Liga Super dan 3 teratas Liga A1 Semi-Pro.
Format kalah mati timbal balik untuk pusingan 16, suku akhir, dan separuh akhir; final satu leg di Stadium Bukit Jalil.
Melalui Astro Arena, Sooka, Astro GO, RTM Sukan, dan YouTube Astro Arena.
Johor Darul Ta’zim (JDT) memenangi edisi 2024-2025.
Unifi menjadi penaja utama (Unifi Piala Malaysia 2025-2026), dengan sokongan MFL, Toyo Tires, Coca-Cola, PUMA, dan lain-lain.
Final Piala Malaysia dijadualkan di Stadium Bukit Jalil pada 23 Mei 2026.
Berita Terkini
Berita Terbaru
Daftar Terbaru
News
Berita Terbaru
Flash News
RuangJP
Pemilu
Berita Terkini
Prediksi Bola
Technology
Otomotif
Berita Terbaru
Teknologi
Berita terkini
Berita Pemilu
Berita Teknologi
Hiburan
master Slote
Berita Terkini
Pendidikan
Resep
Cek Ongkir Cargo
Togel Deposit Pulsa
Daftar Judi Slot Online Terpercaya
Slot yang lagi gacor
![[LIVE] Piala Malaysia 2025-2026: Jadual Perlawanan & Keputusan](https://165612.com/storage/2026/02/image-45-1024x605.png)
