Program Khusus Bertugas Ke Luar Negara 2026 KPM

Program Khusus Bertugas Ke Luar Negara 2026 KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah membuka permohonan Program Khusus Bertugas Ke Luar Negara yang boleh dipohon menerusi borang permohonan di pautan

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai program ini.

Mengenai Program Khusus Bertugas Ke Luar Negara

Program Khusus Bertugas Ke Luar Negara merupakan program yang dianjurkan khas untuk Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) yang berminat untuk menyertai kursus jangka pendek di luar negara.

Untuk makluman, program dilaksanakan untuk menghantar penjawat awam bukan guru ke luar negara bagi tujuan mesyuarat, kursus, seminar, penambahbaikan ilmu (peningkatan profesional), atau pembinaan hubungan dua hala/pelbagai hala.

Ini bagi memenuhi keperluan tugasan atau pembangunan kerjaya mereka, contohnya seperti kajian antarabangsa, mesyuarat serantau, lawatan rasmi penting dan lain-lain lagi.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka sehingga 6 Februari 2026 (Jumaat).

Kemudahan Disediakan

Bagi mereka yang berjaya dipilih di bawah Program Khusus Bertugas ke Luar Negara Tahun 2026 anjuran BPSM, mereka akan mendapat kemudahan seperti yang diperuntukkan di dalam pekeliling WP1.4 (Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi) dan tuntutan pegawai akan diselaraskan oleh Bahagian/Jabatan masing-masing.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan.
  2. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 9 – 14 daripada skim Perkhidmataan Bukan Guru yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun di KPM.
  3. Mempunyai baki tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya lima (5) tahun;
  4. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/MyPerformance purata 90 markah ke atas bagi tempoh genap tiga (3) tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2023, 2024 dan 2025). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.
  5. Bersih daripada pertuduhan/ tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah.
  6. Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh lima (5) tahun terkini.
  7. Tidak mengikuti kursus jangka pendek luar negara dalam tempoh dua (2) tahun kebelakang (2024 dan 2025) atau kursus jangka panjang dalam tempoh tiga (3) tahun kebelakang (2023, 2024 dan
  8. 2025).
  9. Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dan mampu berbincang dalam Bahasa Inggeris;
  10. Bagi calon yang mengandung, usia kandungan hendaklah tidak melebihi enam (6) bulan atas tujuan keselamatan.
  11. Kursus yang dimohon hendaklah bersesuaian dengan Senarai Tugas / Deskripsi Tugas (JD) pegawai.
  12. Permohonan disokong oleh Ketua Jabatan.

Proses Permohonan

Proses permohonan adalah seperti berikut:

  1. Penerimaan Tawaran
    Mendapat tawaran untuk menyertai kursus di luar negara dan penyertaan kursus telah diluluskan oleh Ketua Jabatan
  2. Penyediaan Dokumen
    Mengisi dokumen permohonan kelulusan ke luar negara:
    – Lampiran A, B, C, E, F dan I;
    – Justifikasi lewat (sekiranya kurang daripada 21 hari); dan
    – Jadual Penerbangan
  3. Penyerahan Dokumen
    Menghantar dokumen permohonan yang lengkap ke Cawangan Latihan dan Kompetensi (CLK), BPSM selaku Bahagian Penelaras
  4. Semakan Dokumen
    CLK, BPSM akan membuat semakan dan menghantar permohonan ke Bahagian Kewangan (BKew)
  5. Proses Kelulusan
    BKew akan memproses permohonan dan mendapatkan kelulusan daripada Pegawai Pengawal
  6. Keputusan Permohonan
    BKew akan memaklumkan keputusan permohonan kepada pemohon melalui CLK, BPSM.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di pautan

Soalan Lazim

Apakah itu Program Khusus Bertugas Ke Luar Negara?

Program Khusus Bertugas Ke Luar Negara merupakan program yang dianjurkan khas untuk Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) yang berminat untuk menyertai kursus jangka pendek di luar negara.

Adakah penyertaan kursus perlu mendapat kelulusan ketua jabatan?

Ya. Penyertaan kursus tersebut perlu mendapat kelulusan ketua jabatan.

Bilakah tarikh permohonan ditutup?

Tarikh permohonan ditutup pada 6 Februari 2026.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan borang permohonan?

Borang permohonan boleh diperoleh melalui pautan

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai program ini, sila hubungi:

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
Cawangan Latihan dan Kompetensi,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan
No. Tel: 03-8884 7796

Baca juga: SSKP – Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran PBD

Berita Terkini

Berita Terbaru

Daftar Terbaru

News

Berita Terbaru

Flash News

RuangJP

Pemilu

Berita Terkini

Prediksi Bola

Technology

Otomotif

Berita Terbaru

Teknologi

Berita terkini

Berita Pemilu

Berita Teknologi

Hiburan

master Slote

Berita Terkini

Pendidikan

Resep

Cek Ongkir Cargo

Togel Deposit Pulsa

Daftar Judi Slot Online Terpercaya

Slot yang lagi gacor

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *