Program Pendidikan Khas Integrasi Ke Kolej Vokasional 2026

Program Pendidikan Khas Integrasi Ke Kolej Vokasional 2026


Permohonan Kemasukan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Integrasi Ke Kolej Vokasional Ambilan Tahun 2026 Secara Dalam Talian menerusi pautan:
– https://forms.gle/2QovVm1dXgnHfE5MA
– https://forms.gle/aC5WDaXZ31LL3qVX9
– https://forms.gle/nBUmSEUMHQB7cfJS7

Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.

Mengenai Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas Integrasi merupakan program pendidikan khas yang dilaksanakan di sekolah harian biasa untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK).

MBK tersebut terdiri daripada seperti masalah:

  • Pembelajaran
  • Pendengaran
  • Penglihatan

Menerusi program ini, sekolah yang terlibat akan mempunyai kelas khas yang diubahsuai dan mengintegrasikan murid ke dalam kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu.

Tujuan Program Pendidikan Khas Integrasi

Tujuan utama program ini diwujudkan adalah untuk:

  • Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada MBK.
  • Mengembangkan potensi murid dengan mencungkil bakat dan minat murid.
  • Menyediakan bahan pengajaran yang sesuai dan terkini kepada MBK.
  • Meningkatkan kemahiran bersosial MBK bersama murid arus perdana.

Ciri-Ciri Murid MBK

Antara ciri-ciri murid MBK adalah seperti berikut:

  • Autisme
  • Epilepsi
  • Lembam
  • Cerebral Palsy
  • Acalculia
  • Discalculia
  • Disgrafia
  • Sindrom Down
  • Disleksia

Syarat Umum

Syarat umum untuk memohon ke program ini adalah seperti berikut:

  1. Calon ialah warganegara Malaysia.
  2. Bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
  3. Mempunyai surat pengesahan daripada pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan/swasta; atau
    Pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan permohonan Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK).
  4. Calon mestilah sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan dan lain-lain penyakit) yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali.
  5. Berkeupayaan mengurus diri.
  6. Tidak mempunyai rekod salah laku disiplin berat seperti:
    i. Laporan murid daripada Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM); dan
    ii. Laporan kehadiran melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Syarat Khusus

Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus seperti:

  1. Calon Akhir Persijilan Kemahiran Malaysia Program Micro Credential di PPKI; atau MBPK lepasan menengah dan telah menduduki Penilaian Akhir Persijilan Kemahiran Micro Credential.
  2. Menguasai kemahiran asas membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M).
  3. Mengemukakan Transkrip Penyata Pencapaian bagi Persijilan Kemahiran Malaysia Program Micro Credential bidang Asas Tanaman; atau/dan Mengemukakan Penyata Pencapaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi tiga Competency Unit dalam bidang Asas Tanaman (bagi kemasukan ke Kolej Vokasional Pagoh dan Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor)
  4. Mengemukakan Transkrip Penyata Pencapaian bagi Persijilan Kemahiran Malaysia Program Micro Credential bidang Asas Jahitan Pakaian atau/dan Mengemukakan Penyata Pencapaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi tiga Competency Unit dalam bidang Asas Jahitan Pakaian (bagi kemasukan ke Kolej Vokasional Sungai Petani 2)
  5. Mengemukakan Transkrip Penyata Pencapaian bagi Persijilan Kemahiran Malaysia Program Micro Credential bidang Asas Perabot atau/dan mengemukakan Penyata Pencapaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi tiga Competency Unit dalam bidang Asas Perabot (bagi kemasukan Kolej Vokasional Muadzam Shah).

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan berikut:

Garis Panduan Pengoperasian

Garis panduan pengoperasian boleh dirujuk melalui file di bawah:

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Program Pendidikan Khas Integrasi ini?

Program ini merupakan program pendidikan khas yang dilaksanakan di sekolah harian biasa untuk MBK.

Dimanakah sekolah bagi kemasukan untuk program ini?

Terdapat 4 buah sekolah ditawarkan iaitu:
– Kolej Vokasional Pagoh
– Kolej Vokasional Muadzam Shah
– Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor
– Kolej Vokasional Sungai Petani 2

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari laman web Kementerian Pendidikan di pautan

Baca juga: ePenawaran: Permohonan HLP, CBBPTB, HLPS Ambilan 2026 – 18 Disember



Real Estate

Agen Togel Terpercaya

Bandar Togel

Sabung Ayam Online

Berita Terkini

Artikel Terbaru

Berita Terbaru

Penerbangan

Berita Politik

Berita Politik

Software

Software Download

Download Aplikasi

Berita Terkini

News

Jasa PBN

Jasa Artikel

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *