Tarikh Akhir Permohonan Baharu/ Rayuan Bagi Kelayakan Fasa 2 STR 2026 ialah 13 Februari 2026 (Jumaat). Pembayaran STR Fasa 2 tahun 2026 dijangka dibuat pada bulan April 2026. Layari portal rasmi LHDN untuk membuat permohonan dan rayuan di
Bagi permohonan yang Tidak Lulus Fasa 1, permohonan rayuan boleh dilakukan mulai 12 Januari sehingga 13 Februari 2026.
Bagi yang belum memohon pula, anda boleh membuat permohonan baru sebelum 13 Februari untuk melayakkan anda dapat STR Fasa 2.
Selain itu, bagi permohonan STR 2026 Fasa 1 yang berstatus Lulus, Permohonan Rayuan seperti perubahan status perkahwinan, perubahan maklumat pendapatan dan penambahan maklumat anak boleh dikemukakan pada permohonan Fasa 3 mulai 16 Februari 2026.
Rujuk info penuh di bawah.
Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2
Kerajaan dengan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai BSH, BKM, BPN, BPR.
Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025).
Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.
STR akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
Permohonan Rayuan/Baru untuk STR Fasa 2
Tarikh akhir untuk permohonan baharu dan rayuan STR bagi kelayakan Fasa 2 2026 ialah 13 Februari 2026.
Anda boleh membuat permohonan baharu atau rayuan secara online melalui portal MySTR sehingga 13 Februari untuk layak Fasa 2.
RAYUAN STR FASA 2
Rujuk cara-cara membuat rayuan STR di bawah:
- Layari portal rasmi STR di
- Log masuk menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Klik Borang, pilih Borang Rayuan.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan (format PDF/JPEG) mengikut kod alasan tidak lulus yang dipaparkan.
- Isi borang, sahkan dan hantar.
Sekiranya masih belum mendaftar MySTR, pastikan anda mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru/rayuan.
Untuk membuat permohonan baru, layari portal MySTR dan klik Permohonan Baru.

Tarikh Bayaran STR Fasa 2 2026
Setakat maklumat rasmi terkini, tarikh tepat bayaran STR Fasa 2 2026 belum diumumkan. Walaubagaimanapun, ia dijangka akan diagihkan pada bulan Apil 2026.
Info ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Jumlah Bayaran STR Fasa 2
Kadar bayaran STR 2026 adalah bergantung kepada kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan.
Amaun kelayakan mengikut kategori kelayakan adalah seperti berikut:


Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2025 seperti berikut:




Kaedah Bayaran STR Fasa 2
- Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Cara Semakan Status STR Fasa 2
Semakan status STR boleh dibuat melalui pautan berikut:
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah untuk semakan STR:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan dan klik, Log Masuk.
- Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti gambar di bawah:


Untuk mengetahui sama ada wang anda telah dikreditkan, sila klik di butang SEMAKAN STATUS.
Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan. Anda akan mendapati paparan seperti berikut:




Sila rujuk STATUS KREDIT. Jika dinyatakan DALAM PROSES PENGKREDITAN, bermakna bantuan tunai tersebut dalam proses untuk dikreditkan ke dalam akaun anda.
Lupa Kata Laluan STR
Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.
Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:
- Layari laman web STR di pautan
- Klik “Terlupa Kata Laluan“
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.


Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi dan semakan mengenai program STR.


Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
Soalan Lazim STR FASA 2 2026
Secara rasminya, tarikh spesifik bagi Fasa 2 belum lagi diumumkan. Pembayaran Fasa 2 dijangka akan disalurkan sekitar bulan April 2026 berdasarkan tahun sebelum ini.
Jumlah bayaran Fasa 2 adalah berbeza mengikut kategori kelayakan. Berikut adalah anggaran berdasarkan struktur STR 2026:
12 Januari hingga 13 Februari 2026 (Jumaat)
Anda boleh menyemak status kelayakan dan bayaran secara dalam talian melalui portal rasmi MySTR:
1. Layari laman web MySTR.
2. Log masuk menggunakan No. MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
3. Klik pada menu ‘Semakan Status’.
Jika status semakan menunjukkan “Gagal Kredit”, anda boleh hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran untuk membuat tuntutan secara tunai dengan membawa MyKad asal.
Ya boleh sebelum 13 Februari 2026.
Berita Terkini
Berita Terbaru
Daftar Terbaru
News
Berita Terbaru
Flash News
RuangJP
Pemilu
Berita Terkini
Prediksi Bola
Technology
Otomotif
Berita Terbaru
Teknologi
Berita terkini
Berita Pemilu
Berita Teknologi
Hiburan
master Slote
Berita Terkini
Pendidikan
Resep
Cek Ongkir Cargo
Togel Deposit Pulsa
Daftar Judi Slot Online Terpercaya
Slot yang lagi gacor

![[LIVE] Piala Malaysia 2025-2026: Jadual Perlawanan & Keputusan](https://165612.com/storage/2026/02/image-45-150x150.png)