Semakan Sekatan Perjalanan Akibat PTPTN & 3 Tindakan Segera

Semakan Sekatan Perjalanan Akibat PTPTN & 3 Tindakan Segera

Bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), anda dinasihatkan untuk membuat semakan perjalanan di pautan bagi mengetahui status sekatan perjalanan ke luar negara.

Berikut adalah langkah dan info mengenai perkara ini.

Sekatan Perjalanan Akibat PTPTN

Selaras dengan pembentangan Belanjawan 2026, sekatan bagi perjalanan ke luar negara akan mula berkuat kuasa pada Januari 2026 kepada mereka yang gagal membayar pinjaman balik PTPTN.

Namun, sekatan ini hanya akan dikenakan terhadap peminjam berpendapatan tinggi yang benar-benar culas serta memenuhi kriteria tertentu yang ditetapkan oleh PTPTN.

Mereka yang baharu menamatkan pengajian atau mereka yang masih belum mempunyai pendapatan tetap adalah masih terkecuali dalam tindakan sekatan ini.

Jika individu tersebut dikenakan sekatan perjalanan tersebut, mereka tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia dan adalah tertakluk kepada sekatan permohonan serta pembaharuan pasport oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Individu Dikenakan Sekatan Perjalanan

Sekatan perjalanan ke luar negara akan dikenakan kepada peminjam yang berikut:

  • Mempunyai tunggakan melebihi 5 tahun dan berkemampuan membuat bayaran balik pinjaman; dan/atau
  • Telah direkodkan penghakiman di mahkamah; dan/atau
  • Bekerja di luar negara.

Semakan Sekatan Perjalanan

Untuk membuat semakan status sekatan perjalanan ke luar negara boleh dilakukan melalui Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui pautan .

3 Langkah Boleh Diambil Jika Mengalami Sekatan Perjalanan

Terdapat beberapa langkah boleh diambil jika mengalami sekatan perjalanan seperti berikut:

  1. Hubungi Pegawai PTPTN: Hubungi Careline di 03-2193 3000 atau nombor telefon pegawai PTPTN yang diletakkan di kaunter AKPS.
  2. Jalankan Rundingan Segera: Berbincang dengan pegawai PTPTN yang bertugas untuk menetapkan jumlah bayaran pelepasan yang dipersetujui.
  3. Bayar & Kemuka Resit: Lakukan pembayaran dan tunjukkan bukti resit kepada pegawai PTPTN untuk proses pelepasan sekatan serta-merta.

Prosedur Rundingan & Penyelesaian

Bagi rundingan dan penyelesaian, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil iaitu:

  1. Rundingan Awal (5 Hari Sebelum): Berunding dengan PTPTN sekurang- kurangnya 5 hari sebelum tarikh perjalanan untuk mengelakkan kesulitan di sempadan.
  2. Jumlah Bayaran Pelepasan: Perlu membayar keseluruhan tunggakan atau membuat rundingan penstrukturan semula melalui aplikasi myPTPTN (Versi Web).
  3. Semakan Status Imigresen: Pastikan status perjalanan disemak terlebih dahulu melaiui Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Soalan Lazim

 Siapakah yang akan dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara?

– Mempunyai tunggakan melebihi 5 tahun dan berkemampuan membuat bayaran balik pinjaman; dan/atau
– Telah direkodkan penghakiman di mahkamah; dan/atau
– Bekerja di luar negara.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya peminjam telah disekat perjalanan ke luar negara?

Peminjam hendaklah berunding dengan PTPTN dalam tempoh lima (5) hari sebelum ke luar negara bagi mengelakkan sekatan semasa di lapangan terbang atau di pintu keluar masuk sempadan negara.

Berapakah jumlah bayaran yang perlu dijelaskan untuk mengeluarkan nama peminjam daripada sekatan perjalanan ke luar negara?

Peminjam dikehendaki membayar keseluruhan tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada sekatan perjalanan. Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh membuat rundingan melalui Aplikasi myPTPTN (Versi Web).

Bagaimanakah peminjam boleh membuat semakan status sekatan perjalanan ke luar negara?

Semakan boleh dilakukan melalui Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui pautan .

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai sekatan perjalanan ini, sila hubungi:

Baca juga: Cara Bayar Pinjaman PTPTN Guna Duit KWSP (2026)

Berita Terkini

Berita Terbaru

Daftar Terbaru

News

Berita Terbaru

Flash News

RuangJP

Pemilu

Berita Terkini

Prediksi Bola

Technology

Otomotif

Berita Terbaru

Teknologi

Berita terkini

Berita Pemilu

Berita Teknologi

Hiburan

master Slote

Berita Terkini

Pendidikan

Resep

Cek Ongkir Cargo

Togel Deposit Pulsa

Daftar Judi Slot Online Terpercaya

Slot yang lagi gacor

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *