Wanita di Negeri di dalam Wilayah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) adalah dialu-alukan untuk memohon Geran Women Biz Entrepreneurship KEDA menerusi pautan
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai geran ini.

Mengenai Geran Women Biz Entrepreneurship
Geran Women Biz Entrepreneurship ialah inisiatif pembiayaan daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) khusus kepada usahawan wanita.
Untuk makluman, KEDA ialah agensi persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan pembangunan sosioekonomi, infrastruktur, dan fizikal bagi memajukan kawasan luar bandar di negeri Kedah.
Bagi geran ini, ia diwujudkan untuk memperkasakan wanita di kawasan luar bandar melalui keusahawanan.
Program ini bertujuan membina usahawan wanita yang berdaya saing, sistematik, dan berkumpulan.
Tarikh Permohonan
Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 20 Mei 2026 (Rabu).
Nilai Geran
Setiap kumpulan wanita yang memohon akan menerima bantuan bernilai sehingga RM200,000.
Kriteria Rancangan Perniagaan
Pemohon perlu mengemukakan rancangan perniagaan mereka seperti berikut:
- Ringkasan Eksekutif: Ringkasan padat mengenai keseluruhan rancangan. Perihal Perniagaan: Visi, misi, objektif, dan bentuk perniagaan.
- Organisasi & Pengurusan: Struktur organisasi, pasukan pengurusan, dan peranan mereka.
- Analisis Pasaran: Kajian pesaing, pelanggan sasaran, dan trend pasaran.
- Strategi Pemasaran & Jualan: Pelan untuk menarik dan mengekalkan pelanggan (4P: Product, Price, Place, Promotion).
- Perancangan Operasi: Pengurusan harian, lokasi, dan proses pengeluaran/penyediaan perkhidmatan.
- Perancangan Kewangan: Ramalan jualan, penyata untung rugi, kunci kira-kira, aliran tunai, dan keperluan pembiayaan.
- Analisis SWOT: Kekuatan (Strengths). Kelemahan (Weaknesses). Peluang (Opportunities). dan Ancaman (Threats).


Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Wanita berumur 18 tahun dan ke atas.
- Setiap kelompok mempunyai 3 hingga 5 orang wanita.
- Berada dalam kawasan Operasi Perniagaan di dalam Wilayah KEDA atau luar bandar.
- Berdaftar SSM secara Perkongsian / Sdn. Bhd.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat seperti langkah-langkah berikut:
- Sediakan rancangan perniagaan seperti kriteria yang ditetapkan.
- Pastikan rancangan perniagaan tidak melebihi 100MB dan dalam format PDF @ Powerpoint.
- Layari pautan
- Isi maklumat dan muat naik rancangan perniagaan.
- Klik “Submit” untuk menghantar permohonan.
Soalan Lazim
Geran Women Biz Entrepreneurship ialah inisiatif pembiayaan daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) khusus kepada usahawan wanita dalam memperkasakan wanita di kawasan luar bandar melalui keusahawanan.
Tarikh permohonan ditutup adalah pada 20 Mei 2026 (Rabu).
Ya. Pemohon mestilah menghantar rancangan perniagaan mengikut kriteria yang ditetapkan.
– Ringkasan Eksekutif: Ringkasan padat mengenai keseluruhan rancangan. Perihal Perniagaan: Visi, misi, objektif, dan bentuk perniagaan.
– Organisasi & Pengurusan: Struktur organisasi, pasukan pengurusan, dan peranan mereka.
– Analisis Pasaran: Kajian pesaing, pelanggan sasaran, dan trend pasaran.
– Strategi Pemasaran & Jualan: Pelan untuk menarik dan mengekalkan pelanggan (4P: Product, Price, Place, Promotion).
– Perancangan Operasi: Pengurusan harian, lokasi, dan proses pengeluaran/penyediaan perkhidmatan.
– Perancangan Kewangan: Ramalan jualan, penyata untung rugi, kunci kira-kira, aliran tunai, dan keperluan pembiayaan.
– Analisis SWOT: Kekuatan (Strengths). Kelemahan (Weaknesses). Peluang (Opportunities). dan Ancaman (Threats).
3 hingga 5 orang wanita.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Geran Women Biz Entrepreneurship, sila hubungi:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) KM 17.5, Lebuhraya Utara Selatan,
Pekan Napoh, 06000 Jitra, Kedah.
Tel: 04-7205 300 ext 8855 (Puan Nurul Jazilah)
Baca juga: SME SRF: Permohonan Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
