MyDigital ID – Cara Daftar & Login Semua App Kerajaan (2026)

MyDigital ID – Cara Daftar & Login Semua App Kerajaan (2026)

Bermula 15 Januari 2026, MyDigital ID jadi log masuk utama untuk pelbagai aplikasi kerajaan. Terbaharu, mulai 1 Mei 2026, MyJPJ juga wajib guna MyDigital ID untuk akses servis seperti lesen dan cukai jalan digital.

Proses daftar hanya ambil beberapa minit sahaja. Ikuti infografik dan teruskan baca artikel ini untuk panduan lengkap!

Apa itu MyDigital ID

MyDigital ID adalah adalah inisiatif kerajaan bagi penyelesaian identiti digital yang selamat dan dipercayai. Pengesahan identiti merujuk terus ke pangkalan data kerajaan, tanpa menyimpan sebarang data peribadi serta tidak menggantikan sistem MyKad.

Ia juga memudahkan akses ke aplikasi dan portal dalam talian dengan menggunakan hanya satu kata laluan.

Untuk Individu:

  • Memudahkan urusan dengan menyediakan akses kepada perkhidmatan dalam talian menggunakan satu kata laluan untuk pelbagai aplikasi.

Untuk Perniagaan:

  • Meningkatkan pengalaman pelanggan dengan proses pendaftaran yang selamat dan tanpa dokumen.
mydigital id
Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara

Kelebihan Daftar MyDigital ID & Kegunaannya

Antara kelebihan ID digital ini bagi rakyat Malaysia adalah:

  1. Pengesahan diri yang tepat dan dipercayai
  2. Menghapuskan pertindihan data identiti
  3. Kurangkan risiko penipuan identiti atas talian
  4. Kemudahan log masuk tunggal untuk pelbagai aplikasi
  5. Selamat, pantas dan mudah bagi tujuan transaksi atas talian
  6. Memudahkan akses perkhidmatan kerajaan di atas talian (JPJ, PDRM, JPN, SPRM dan LHDN)
mydigital id MY DIGITAL ID MALAYSIAmydigital id MY DIGITAL ID MALAYSIA
mydigital id MY DIGITAL ID MALAYSIAmydigital id MY DIGITAL ID MALAYSIA

Selain itu, ID Digital diperlukan bagi membantu kerajaan melaksanakan program subsidi bersasar serta program-program lain yang dirancang untuk rakyat.

Kegunaan MyDigital ID Semakin Meluas

Kelebihan MyDigital ID

MyDigital ID diperkenalkan bukan sekadar untuk memudahkan log masuk, tetapi juga meningkatkan keselamatan identiti digital pengguna.

Masih ramai yang keliru tentang fungsinya, jadi berikut merupakan beberapa kelebihan dan fakta penting yang anda perlu tahu:

1. Bukan pengganti MyKad, tapi lebih memudahkan
MyDigital ID bukan untuk gantikan MyKad, sebaliknya melengkapkan urusan digital anda. Dengan konsep Single Sign-On (SSO), anda hanya perlukan satu akaun untuk akses pelbagai portal kerajaan tanpa perlu ingat banyak ID dan password. Lebih mudah, cepat dan selamat.

2. Bukan alat untuk pantau rakyat
MyDigital ID tidak menjejak lokasi atau aktiviti online anda. Ia hanya digunakan bila anda sendiri log masuk untuk sahkan identiti — sekadar bukti bahawa “anda adalah anda”.

3. Tiada simpanan data biometrik
Aplikasi ini tidak menyimpan cap jari atau data wajah. Semua fungsi seperti face unlock datang daripada sistem telefon anda, bukan MyDigital ID. Data kekal selamat dalam peranti sendiri.

4. Tak guna cip atau implan
Tiada sebarang cip, implan atau benda pelik. MyDigital ID berfungsi sepenuhnya secara digital dengan pengesahan data daripada JPN sahaja.

5. Satu identiti untuk satu individu
Setiap orang hanya boleh ada satu MyDigital ID yang unik dan aktif pada satu peranti dalam satu masa. Ini bantu elak penyalahgunaan dan pastikan identiti lebih terjamin.

6. Peranti hilang? Akaun masih selamat
Kalau telefon hilang atau rosak, anda boleh batalkan sijil digital melalui peranti lain atau kiosk. Akaun tak boleh diakses tanpa pengesahan anda, jadi masih selamat.

7. Tahap keselamatan tinggi, sukar digodam
MyDigital ID guna sistem seperti imbasan QR tanpa dedahkan password, jadi lebih terlindung daripada phishing. Risiko digodam sangat rendah selagi anda jaga keselamatan peranti dan akaun.

    Cara Daftar MyDigital ID Online

    Ini cara daftar online tanpa perlu pergi ke kiosk:

    1. Muat turun aplikasi MyDigital ID daripada App Store, Google Play, atau Huawei AppGallery melalui pautan
    2. Sediakan MyKad anda sebelum memulakan proses pendaftaran.
    3. Buka aplikasi dan pilih “Daftar Online.”
    4. Masukkan alamat e-mel yang sah. Anda akan menerima One-Time Password (OTP) di e-mel tersebut.
    5. Masukkan OTP dengan tepat untuk pengesahan.
    6. Isi nama dan nombor kad pengenalan seperti yang tertera pada MyKad anda.
    7. Ambil gambar MyKad anda; bahagian hadapan dan belakang, serta swafoto wajah yang jelas untuk tujuan pengesahan identiti.
    8. Cipta kata laluan dan jangan lupa aktifkan pengesahan biometrik untuk nikmati kaedah log masuk yang lebih pantas dan mudah.
    9. Selesai! Pendaftaran anda kini berjaya dan MyDigital ID siap digunakan.

    Cara Daftar Di Kios

    Pendaftaran juga boleh dibuat melalui Kios.

    Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum mendaftar di kios IDN:

    1. Muat turun aplikasi MyDigital ID dalam peranti / telefon mudah alih
    2. Tetapkan kata laluan (8 aksara) yang akan digunakan untuk log masuk
    3. Bawa bersama kad pengenalan untuk proses verifikasi di Kios IDN
    mydigital idmydigital id
    mydigital idmydigital id
    daftar mydigital iddaftar mydigital id
    daftar mydigital iddaftar mydigital id

    Tutorial Cara Daftar / Login MyDigital ID

    Cara Daftar MyDigital ID Secara Online

    Cara Daftar MyDigital ID Melalui Kiosk

    Log Masuk ke BUDI95

    Log Masuk ke Aplikasi Telco

    Log Masuk ke eCOSS

    Log Masuk MyJPJ Jika Ada MyDigital ID

    Log Masuk ke MyJPJ Jika Tiada MyDigital ID

    Log Masuk ke MyNIISE

    Log Masuk ke MyPTPTN

    Log Masuk ke MyBayar

    Muat Turun Aplikasi MyDigital ID

    Untuk memudahkan urusan anda, kini anda boleh memuat turun aplikasi MyDigital ID menerusi telefon masing-masing di pautan berikut:

    Maklumat Lanjut

    MyDigital ID adalah salah satu inisiatif kerajaan. Rakyat disarankan untuk mendaftar dan menggunakan MyDigital ID demi menjamin keselamatan dari ancaman siber ke atas maklumat diri dan juga akses ke aplikasi-aplikasi yang digunakan.

    Untuk info terkini, sila rujuk saluran berikut:

    Apa itu My Digital ID?

    MyDigital ID adalah inisiatif kerajaan bagi penyelesaian identiti digital yang selamat dan dipercayai. Pengesahan identiti merujuk terus ke pangkalan data kerajaan tanpa menyimpan sebarang data peribadi. Ia juga memudahkan akses ke pelbagai aplikasi dan portal dalam talian dengan hanya satu kata laluan dan satu ID digital.

    Apakah yang dimaksudkan dengan log masuk menggunakan MyDigital ID?

    Ini bermaksud anda boleh menggunakan MyDigital ID untuk log masuk ke pelbagai aplikasi dan portal dalam talian tanpa memerlukan nama pengguna dan kata laluan yang berbeza.

    Adakah MyDigital ID akan menggantikan MyKad?

    Tidak. MyDigital ID tidak menggantikan MyKad untuk urusan di kaunter fizikal. Ia hanya digunakan sebagai pengenalan diri untuk transaksi dalam talian.

    Apa yang menjadikan MyDigital ID unik?

    MyDigital ID adalah satu-satunya platform pengenalan diri dalam talian di Malaysia yang diperakui dan dijamin selamat. Dengan satu kata laluan dan satu ID digital, ia memudahkan akses ke pelbagai aplikasi dan portal dalam talian. Pengesahan identiti dilakukan sepenuhnya secara dalam talian dan merujuk terus ke pangkalan data kerajaan tanpa menyimpan sebarang data peribadi pengguna.

    Bagaimana cara untuk mendaftar MyDigital ID?

    Dalam Talian

    Anda boleh log masuk ke mana-mana aplikasi yang mempunyai pilihan log masuk MyDigital ID dengan memasukkan kata laluan yang sah. Akses di portal: Untuk akses di portal yang mempunyai pilihan log masuk MyDigital ID, buka aplikasi MyDigital ID di peranti, klik “Imbas QR”, imbas kod QR yang tertera di portal dan masukkan kata laluan yang sah. Pelayar mudah alih (mobile browser): Klik kod QR pada halaman log masuk (yang akan membawa anda ke aplikasi MyDigital ID), masukkan kata laluan yang sah, dan kemudian anda akan dilog masuk secara automatik dan kembali ke laman portal.

    Kios

    Untuk pendaftaran secara fizikal, sila kunjungi kios MyDigital ID berhampiran anda. Pastikan bawa bersama MyKad/ MyTentera beserta peranti mudah alih yang mempunyai sambungan internet. Ikuti langkah-langkah yang dipaparkan di kios.

    Bagaimana cara menggunakan MyDigital ID?

    Anda boleh log masuk ke mana-mana aplikasi yang mempunyai pilihan log masuk MyDigital ID dengan memasukkan kata laluan yang sah. Akses di portal: Untuk akses di portal yang mempunyai pilihan log masuk MyDigital ID, buka aplikasi MyDigital ID di peranti, klik “Imbas QR”, imbas kod QR yang tertera di portal dan masukkan kata laluan yang sah. Pelayar mudah alih (mobile browser): Klik kod QR pada halaman log masuk (yang akan membawa anda ke aplikasi MyDigital ID), masukkan kata laluan yang sah, dan kemudian anda akan dilog masuk secara automatik dan kembali ke laman portal.

    Apakah maksud log masuk tunggal (Single Sign-on) dalam konteks MyDigital ID?

    Ini bermaksud anda boleh menggunakan MyDigital ID untuk log masuk ke pelbagai aplikasi dan portal dalam talian yang telah berintegrasi tanpa memerlukan nama pengguna dan kata laluan yang berbeza.

    Adakah pengguna masih boleh mengakses perkhidmatan kerajaan dalam talian tanpa menggunakan MyDigital ID?

    Buat masa ini kaedah log masuk lain masih boleh digunakan untuk mengakses perkhidmatan Kerajaan dalam talian. Walau bagaimanapun, penggunaan MyDigital ID adalah disarankan untuk menjamin keselamatan urusan dalam talian.

    Adakah teknologi MyDigital ID menggunakan sebarang cip atau implan ke atas pengguna?

    Tidak. MyDigital ID tidak perlu dan tidak akan menggunakan sebarang cip atau implan ke atas pengguna. Sistem ini memperoleh rujukan dan maklumat secara terus daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

    Adakah MyDigital ID menyimpan data biometrik seperti cap jari, maklumat iris mata, atau pengecaman wajah?

    Tidak, MyDigital ID tidak menyimpan sebarang data biometrik pengguna.

    Adakah MyDigital ID mengumpul data peribadi atau memantau pengguna secara dalam talian?

    Tidak, MyDigital ID tidak mengumpul data peribadi atau memantau aktiviti pengguna dalam talian.

    Bolehkah pengguna mempunyai lebih daripada satu identiti digital?

    Tidak. MyDigital ID hanya membenarkan satu identiti digital bagi setiap pengguna dalam satu peranti sahaja.

    Adakah MyDigital ID mempunyai tarikh luput atau tempoh sah?

    Ya, Sijil MyDigital ID mempunyai tempoh sah selama 1 tahun dari tarikh pendaftaran. Setelah tamat tempoh, pengguna boleh memperbaharui sijil digital melalui aplikasi MyDigital ID.

    Apa yang berlaku jika telefon pintar pengguna hilang atau rosak?

    Sekiranya peranti mudah alih pengguna hilang atau rosak, pengguna hanya perlu membatalkan MyDigital ID di kios berdekatan, atau menggunakan fungsi ‘Batal Digital ID’ di menu aplikasi mana-mana peranti yang mempunyai aplikasi MyDigital ID. Kemudian, pengguna perlu mendaftar semula di telefon pintar yang baru. Aplikasi MyDigital ID tidak boleh diakses oleh orang lain tanpa kata laluan pengguna sebenar.

    Apakah kemungkinan akaun pengguna digodam sekiranya menggunakan MyDigital ID sebagai akses log masuk?

    Kaedah log masuk menggunakan MyDigital ID tidak memerlukan penghantaran sebarang kunci rahsia atau kata laluan pengguna kepada penyedia perkhidmatan. Sebaliknya, ia menggunakan imbasan kod QR melalui aplikasi MyDigital ID, menggunakan peranti mudah alih pengguna tersebut. Kaedah ini akan menghalang aktiviti pengumpulan kata laluan pengguna melalui laman web palsu. Walau bagaimanapun, keselamatan akaun pengguna dalam sebarang perkhidmatan dalam talian adalah bergantung kepada penyedia perkhidmatan tersebut.

    Baca juga:

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *