Perbezaan DG, DH, DS – Gred Jawatan Pendidikan di Malaysia

Perbezaan DG, DH, DS – Gred Jawatan Pendidikan di Malaysia

Apabila bercakap tentang kerjaya dalam sektor perkhidmatan awam di Malaysia, bidang pendidikan merupakan antara sektor yang menawarkan peluang pekerjaan terbesar.

Walau bagaimanapun, ramai yang masih keliru dengan pecahan gred dan skim jawatan yang wujud, terutamanya Skim DG, DH, dan DS.

Walaupun ketiga-tiga skim ini berada di bawah payung dunia keguruan dan akademik, setiap satu mempunyai peranan, tempat bertugas, kementerian, dan laluan kerjaya yang berbeza secara ketara.

Jom ketahui perbezaan utama antara skim DG, DH, dan DS untuk membantu anda memahami haluan kerjaya pendidikan di Malaysia dengan lebih jelas.

Apa itu Skim DG, DH, DS?

DG, DH, dan DS ini adalah gred jawatan dan skim perkhidmatan rasmi bagi sektor pendidikan di bawah Sistem Perkhidmatan Awam Malaysia.

Di dalam struktur Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kesemua gred ini diletakkan di bawah Klasifikasi Perkhidmatan Pendidikan (Kod D).

Huruf pertama “D” mewakili klasifikasi Pendidikan, manakala huruf kedua (G, H, S) menentukan skim dan institusi khusus tempat pegawai tersebut berkhidmat.

Perbezaan DG, DH, DS - Gred Jawatan Pendidikan di Malaysia
Sumber: MOF

Perubahan Gred SSM – SSPA

Peralihan daripada Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah menukarkan kod gred berangka lama kepada kod gred sepunya yang baharu.

Skim Perkhidmatan SSM Skim Perkhidmatan SSPA
Pensyarah Universiti
Gred DS45, DS51/52, DS53/54, Khas C, Khas B, Khas A, Khas Turus III, Khas Turus II, Khas Turus I
Pensyarah Universiti
Gred DS11, DS13, DS14, Khas
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Gred DG29, DG32, DG34, DG38, DG40, DG41/42, DG44, DG48, DG52, DG54
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Gred DG5, DG6, DG7, DG8, DG9, DG10, DG12, DG13, DG14
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
Gred DH29, DH31/32, DH33/34, DH39/40, DH41/42, DH43/44, DH47/48, DH51/52, DH53/54
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
Gred DH5, DH6, DH8, DH9, DH10, DH12, DH13, DH14
Sumber: Lampiran B Skim Perkhidmatan PPPT Jabatan Perkhidmatan Awam

Skim DG: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

Skim DG (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) ialah skim perkhidmatan awam terbesar di Malaysia yang dikhususkan untuk warga pendidik di bawah kawal selia Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Pegawai di bawah skim ini tidak hanya mengajar di sekolah, malah meliputi beberapa institusi lain:

  • Sekolah Rendah (SK, SJKC, SJKT)
  • Sekolah Menengah (SMK, SMKA, SBP, KV)
  • Kolej Matrikulasi KPM
  • Institut Pendidikan Guru (IPG)
  • Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
  • Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) (sebagai pegawai pentadbir pendidikan)

Di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) terbahagi kepada dua kumpulan kelayakan baharu:

1. Kumpulan Pelaksana (Lepasan Diploma)

2. Kumpulan Pengurusan & Profesional (Lepasan Ijazah)

  • DG9 (Lantikan awal Ijazah / sebelum ini dikenali DG41)
  • DG10 (Naik pangkat / sebelum ini dikenali DG44)
  • DG12 (Naik pangkat / sebelum ini dikenali DG48)
  • DG13 (Naik pangkat / sebelum ini dikenali DG52)
  • DG14 (Gred Tertinggi / sebelum ini dikenali DG54)

Gaji permulaan bagi lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan diletakkan pada Gred DG9.

Laluan Kenaikan Pangkat Skim DG

Kelebihan utama skim DG ialah sistem Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK).

Seseorang guru boleh naik pangkat (contohnya dari DG9 ke DG10, kemudian ke DG12) secara automatik selepas berkhidmat dalam tempoh tahun yang ditetapkan, asalkan mencapai prestasi yang baik.

Skim DH: Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)

Skim DH (Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi) ialah skim perkhidmatan awam khusus yang diwujudkan untuk warga pendidik yang mengajar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) peringkat pengajian tinggi.

Skim ini berada di bawah kawal selia Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), manakala urusan lantikan diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Pegawai di bawah skim ini bertugas di institusi-institusi TVET awam berikut:

  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)

Di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), skim perkhidmatan bersepadu PPPT ini dibahagikan kepada kumpulan kelayakan berikut:

1. Kumpulan Pelaksana (Kelayakan Lantikan Diploma / Sijil)

  • Gred DH5, Gred DH6, dan Gred DH8
  • Dikhususkan untuk penolong pensyarah atau pengajar teknikal kemahiran

2. Kumpulan Pengurusan & Profesional (Kelayakan Lantikan Ijazah)

  • Gred DH9: Lantikan awal Ijazah / Sarjana / PhD (sebelum ini dikenali sebagai DH41)
  • Gred DH10: Naik pangkat (sebelum ini dikenali sebagai DH44)
  • Gred DH12: Naik pangkat (sebelum ini dikenali sebagai DH48)
  • Gred DH13: Naik pangkat (sebelum ini dikenali sebagai DH52)
  • Gred DH14: Gred Hakiki Tertinggi (sebelum ini dikenali sebagai DH54)
Laluan Kenaikan Pangkat Skim DH

Laluan kenaikan pangkat bagi pensyarah Skim DH adalah berasaskan merit permohonan dan pemenuhan kriteria kecemerlangan khusus.

Seseorang pensyarah boleh memohon naik gred (contohnya dari DH9 ke DH10) apabila memenuhi syarat minimum tempoh perkhidmatan dalam gred semasa. Penilaian dibuat secara kompetitif berdasarkan portfolio kriteria yang merangkumi:

  • Prestasi Tahunan: Markah penilaian prestasi tahunan (MyPerformance) yang cemerlang.
  • Penyelidikan & Inovasi: Penghasilan produk teknikal gunaan atau penulisan ilmiah/kajian kes.
  • Sumbangan Industri & Komuniti: Keaktifan pensyarah dalam menjalinkan jaringan kerjasama strategik bersama pihak luar atau industri.

3. Skim DS: Pensyarah Universiti

Skim DS ialah skim profesional akademik peringkat tertinggi yang dikhususkan untuk warga pendidik di menara gading atau institusi penyelidikan universiti.

Skim ini berada di bawah kawal selia Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), manakala urusan pelantikan diuruskan oleh Pejabat Pendaftar Universiti masing-masing melalui autonomi universiti.

Pegawai di bawah skim ini bertugas di institusi pengajian tinggi berikut:

  • Universiti Awam (UA) (Contoh: UM, UKM, UPM, USM, UTM, UiTM, dan lain-lain)
  • Hospital Universiti / Pusat Perubatan Akademik (Bagi pensyarah dalam bidang perubatan/klinikal)

Berbeza dengan Skim DG dan DH yang merupakan skim bersepadu (mempunyai Kumpulan Pelaksana), Skim DS bermula secara mutlak pada Kumpulan Pengurusan & Profesional kerana syarat wajib pelantikan tetap memerlukan kelayakan akademik yang tinggi (minimum Sarjana atau PhD).

Di bawah penstrukturan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), struktur gred bagi Skim DS adalah seperti berikut:

1. Kumpulan Pengurusan & Profesional

  • Gred DS11 (Pensyarah): Gred lantikan awal bagi pemegang Ijazah Sarjana (Master) atau Doktor Falsafah (PhD) (sebelum ini dikenali sebagai gred SSM DS45 atau DS51).
  • Gred DS13 (Pensyarah Kanan): Peringkat Kanan / Pensyarah Kanan (sebelum ini dikenali sebagai gred SSM DS52).
  • Gred DS14 (Profesor Madya): Peringkat Profesor Madya (sebelum ini dikenali sebagai gred SSM DS53 atau DS54).

2. Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Gelaran Profesor)

  • Gred Khas C, Gred Khas B, Gred Khas A serta Gred Khas Turus III, Turus II, dan Turus I.
  • Di peringkat universiti, pensyarah yang berjaya dinaikkan pangkat ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Gred Khas) secara rasminya dianugerahkan gelaran akademik tertinggi negara iaitu Profesor (Full Professor).
Laluan Kenaikan Pangkat Skim DS

Kenaikan pangkat bagi skim DS dinilai secara merit akademik yang sangat teliti. Ia tidak bergantung kepada tempoh masa (time-based).

Sebaliknya diukur melalui jumlah penyelidikan (research), penerbitan jurnal berimpak tinggi (Scopus/WOS), penyeliaan pelajar pascasiswazah (Master/PhD), serta rujukan industri.

Perbezaan: DG vs DH vs DS

Bagi memudahkan pemahaman anda, berikut adalah jadual ringkasan perbezaan ketiga-tiga skim perkhidmatan pendidikan ini:

Ciri-Ciri Skim DG (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) Skim DH (Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi) Skim DS (Pensyarah Universiti Awam)
Institusi Tempat Bertugas Sekolah Rendah/Menengah, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG) Politeknik & Kolej Komuniti Universiti Awam (UA) & Hospital Universiti
Kementerian Pengawal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
Struktur Gred SSPA (Pelaksana) Gred DG5, DG6, DG7, DG8 Gred DH5, DH6, DH8 Tiada
Struktur Gred SSPA (Profesional) Gred DG9, DG10, DG12, DG13, DG14 Gred DH9, DH10, DH12, DH13, DH14 Gred DS11, DS13, DS14
Sistem Kenaikan Pangkat Dominan Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK) Berasaskan permohonan portfolio Kriteria Kecemerlangan Berasaskan Merit & Kecemerlangan Akademik
Fokus & Kriteria Utama Pengajaran kurikulum kebangsaan, hal ehwal murid (HEM), & kokurikulum Latihan kemahiran amali (hands-on TVET), projek pelajar, & jaringan industri Penyelidikan (Geran), Penerbitan Jurnal (Scopus/WOS), & Penyeliaan (Master/PhD)

Berapa Gaji Pokok DG, DH dan DS?D

Gaji pokok permulaan bagi calon baharu (Kumpulan Pengurusan & Profesional) di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dibezakan mengikut gred lantikan awal dan kelayakan akademik tertinggi yang dimiliki.

Berikut adalah kadar gaji pokok permulaan (terendah) bagi Skim DG, DH, dan DS mengikut dokumen rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA):

1. Skim DG: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Sekolah / Kolej Matrikulasi / IPG)

Lantikan awal bagi skim guru diletakkan di bawah Gred DG9 (Ijazah) dan kadar gaji ditentukan mengikut jenis ijazah serta kelayakan ikhtisas pendidikan:

  • Ijazah Sarjana Muda + Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan: RM2,360.00
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian: RM2,580.00
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian + Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah: RM2,580.00
  • Ijazah Sarjana (Master) + Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah: RM3,130.00
  • Ijazah Kedoktoran (PhD) + Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah: RM3,460.00
Perbezaan DG, DH, DS (2)Perbezaan DG, DH, DS (2)
Sumber: Portal SPA

2. Skim DH: Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (Politeknik / Kolej Komuniti)

Lantikan awal bagi skim pensyarah TVET ini juga diletakkan di bawah Gred DH9 (Ijazah), namun mempunyai sedikit perbezaan mengikut pemilikan sijil ikhtisas:

A. Kategori Ijazah Sarjana Muda Umum (Sains / Sastera / Sosial)

  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan: RM2,470.00.
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Atau Ijazah Kepujian + Diploma Pendidikan): RM2,580.00.
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang: RM2,580.00 (RM2,690.00 jika bersama Diploma Pendidikan).
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dengan Kepujian: RM2,580.00 (RM2,690.00 jika bersama Diploma Pendidikan).

B. Kategori Bidang Teknikal, Ukur & Seni Bina

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan / Ukur Bahan / Ukur Tanah / Ukur Bangunan / Seni Bina Landskap / Perancangan Bandar: RM2,690.00.
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan / Ukur / Seni Bina Landskap + Diploma Pendidikan: RM2,800.00.
  • Ijazah Sarjana Muda Seni Bina: RM2,910.00 (RM3,020.00 jika bersama Diploma Pendidikan).

C. Kategori Bidang Perakaunan & Ikhtisas (MIA)

  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan: RM3,130.00 (RM3,240.00 jika bersama Diploma Pendidikan / Ahli Penuh Ikhtisas).
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia (MIA): RM3,350.00 (RM3,460.00 jika bersama Diploma Pendidikan).

D. Kategori Ijazah Lanjutan (Sarjana & PhD)

  • Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang berkaitan: RM3,020.00 (RM3,130.00 jika bersama Diploma Pendidikan).
  • Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang berkaitan: RM3,350.00 (RM3,460.00 jika bersama Diploma Pendidikan).

Rujukan: (muka surat: 87-89)

3. Skim DS: Pensyarah Universiti Awam

Bagi Skim DS, syarat pelantikan akademik adalah lebih tinggi. Kelayakan minimum kemasukan adalah Ijazah Sarjana (Master) dan tiada lantikan tetap bagi lulusan Ijazah Sarjana Muda biasa:

  • Lantikan Awal Ijazah Sarjana (Master) – Gred DS11 (Pensyarah): RM3,320.00
  • Lantikan Awal Ijazah Kedoktoran (PhD Baru) – Gred DS11 (Pensyarah): RM3,650.00
  • Lantikan Terus Ijazah Kedoktoran (PhD) – Gred DS13 (Pensyarah Kanan): RM6,210.00
Perbezaan DG, DH, DS - Gred Jawatan Pendidikan di MalaysiaPerbezaan DG, DH, DS - Gred Jawatan Pendidikan di Malaysia
Sumber: Lampiran B SSPA (m/s: 93-94)

Nota Tambahan:

Kadar di atas merupakan gaji pokok permulaan (basic salary) sahaja. Apabila calon melapor diri, amaun ini akan ditambah dengan elaun-elaun bulanan wajib mengikut skim masing-masin. Contohnya seperti:

  • Imbuhan Tetap Perumahan (ITP): RM300.00
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) / Insentif Akademik: RM300.00 – RM400.00
  • Bantuan Sara Hidup (COLA): RM100.00 – RM300.00 (mengikut lokaliti daerah)

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Perbezaan DG, DH, DS

Untuk maklumat lanjut mengenai perbezaan DG, DH, DS, anda boleh rujuk:

  1. Lampiran B Senarai Kod Skim Perkhidmatan
  2. Pekeliling Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  3. Maklumat Lanjut Skim PPP Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
  4. Lampiran B Skim Perkhidmatan PPPT Jabatan Perkhidmatan Awam
  5. Portal SPA
Bolehkah seorang guru sekolah (Skim DG) bertukar secara automatik ke Skim DS (Pensyarah Universiti)?

Tidak boleh. Pertukaran ini tidak berlaku secara automatik kerana kedua-duanya mempunyai Ketua Perkhidmatan dan kementerian yang berbeza.

Mengapa gaji permulaan Skim DS (Gred DS11) lebih tinggi berbanding Skim DG dan DH (Gred 9)?

Hal ini disebabkan oleh syarat kelayakan masuk minimum. Skim DG dan DH menerima lantikan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Gred 9). Manakala Skim DS menetapkan syarat wajib pelantikan tetap bermula dengan kelayakan Ijazah Sarjana (Master) atau Doktor Falsafah (PhD)

Apakah beza ketara dari segi beban tugas harian antara skim DH (Politeknik) dan DS (Universiti)?

okus utama pensyarah Skim DH adalah pada pengajaran amali (hands-on TVET) untuk melahirkan tenaga kerja industri peringkat diploma/sijil. Manakala pensyarah Skim DS pula mempunyai beban tugas bercorak akademik.

Apakah perbezaan utama tempat bertugas bagi skim DG, DH, dan DS?

DG: Pegawai mengajar di sekolah rendah, sekolah menengah, Kolej Matrikulasi, atau Institut Pendidikan Guru (IPG
DH: Pensyarah mengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti (fokus kepada bidang TVET).
DS: Pensyarah mengajar di Universiti Awam (UA) atau Pusat Perubatan Universiti (bagi bidang klinikal)

Di bawah SSPA, adakah kod gred lama seperti DG41 dan DH41 masih digunakan?

Tidak. Di bawah struktur SSPA yang baharu, kod berangka telah diubah.
– Gred lantikan ijazah DG41 dan DH41 (SSM) kini ditukarkan kepada DG9 dan DH9 (SSPA).
– Gred lantikan sarjana/PhD DS45 dan DS51 (SSM) kini ditukarkan kepada DS11 dan DS13 (SSPA).

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *