Kanak-kanak di Malaysia yang disahkan mengalami disleksia, autisme, dan ADHD (di bawah kategori OKU Pembelajaran) layak menerima pelbagai bantuan kewangan, kelebihan pendidikan, serta pelepasan cukai daripada pihak kerajaan dan agensi berkaitan.
Pelbagai manfaat ini boleh dinikmati apabila anak anda mendaftar dan memiliki Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Oleh itu, ibu bapa jangan ragu-ragu nak daftar kad OKU bagi memastikan anak jagaan anda mendapatkan kemudahan dan bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan.
Jom ketahui apa manfaat untuk anak Disleksia, Autisme dan ADHD serta golongan OKU lain yang boleh dapat jika memiliki kad OKU.
Kad OKU untuk Disleksia, Autisme dan ADHD
Kad OKU (Orang Kurang Upaya) bagi kanak-kanak yang disahkan mengalami disleksia, autisme, atau ADHD diletakkan di bawah Kategori Kurang Upaya Pembelajaran oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pendaftaran Kad OKU sangat digalakkan bagi membolehkan anak-anak dalam kategori ini mendapat akses kepada sistem pendidikan khas dan bantuan kerajaan secara sah.
Terdapat 6 sub kategori di bawah kategori OKU Pembelajaran, iaitu:
- Global Developmental Delay (GDD),
- Sindrom Down
- Intelektual.
- Autisme (Autism Spectrum Disorder),
- Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD);
- Masalah pembelajaran spesifik (Spesific LD) seperti dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia.

Nak tahu cara daftar kad OKU, rujuk: Ada Kad OKU, Banyak Kelebihannya. Ini Cara Daftar Online JKM
Manfaat untuk Anak Disleksia, Autisme & ADHD Jika Ada Kad OKU
1. Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK)
Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBK / EMK) ialah bantuan kewangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bernilai RM150 sebulan (RM1,800 setahun) untuk murid OKU warganegara Malaysia di sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah KPM.
Permohonan diuruskan terus secara dalam talian oleh pihak sekolah melalui sistem data murid (APDM/APB).
2. Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme
Bantuan kewangan secara sekali beri (one-off) berjumlah RM1,000 kepada kanak-kanak autisme yang dihantar ke pusat yang memberikan perkhidmatan terapi atau Program Intervensi Awal (EIP).


3. TASKA OKU
Ibu bapa yang mempunyai anak Disleksia, Autisme, ADHD ataupun termasuk dalam kategori OKU Pembelajaran, anda boleh cuba mohon Taska OKU yang disediakan oleh JKM ini:
| TASKA | KATEGORI OKU | LOKASI | PENGENDALI |
|---|---|---|---|
| TASKA ANISD (Anak Istimewa Sindrom Down) | Sindrom Down | Presint 11, Putrajaya | Persatuan Taska Anak Istimewa Sindrom Down |
| TASKA Mesra Cheshire Kota Kinabalu | Fizikal | Kota Kinabalu, Sabah | Persatuan Rumah Dan Perkhidmatan Cheshire Sabah |
| TASKA Semangat Maju | Pembelajaran | Ipoh, Perak | Persatuan Untuk Insan Bermasalah Intelek Perak |
| TASKA Autisme Sibu | Autisme | Sibu, Sarawak | Persatuan Autisme Sibu |
| TASKA Istika Jaya | Pendengaran | Puchong Jaya, Selangor | Persekutuan Orang Pekak Malaysia |
| Little Leaders Childcare Centre | Pembelajaran | Shah Alam, Selangor | Persatuan Taska Tadika dan Pusat Jagaan Negeri Selangor |
| Taska Mesra Chesire Sandakan | Pembelajaran | Sandakan, Sabah | Persatuan Rumah Dan Perkhidmatan Cheshire Sabah |
| Taska Istimewa (OKU) Rumah Amal Kulim | Pembelajaran | Kulim, Kedah | Rumah Amal Kulim |
| Taska Ikhlas (OKU) | Pembelajaran | Ayer Keroh, Melaka | Persatuan Insan Berkeperluan Khas |
| Taska OKU Auliya | Pembelajaran | Kubang Kerian, Kelantan | Pertubuhan Cakna Orang Kurang Upaya (OKU) Kelantan |
| Taska OKU Aulad | Pembelajaran | Kota Bharu, Kelantan | Persatuan Intervensi Awak dan Pendidikan Sindrom Down Kota Baru |
4. Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA)
Seterusnya, JKM turut menyediakan Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) untuk saringan dan pengesanan awal, intervensi multidisiplin, sokongan keluarga serta pusat informasi untuk Autisme.
Pusat ini membantu ibubapa membuat saringan asal dan juga mendapatkan bantuan lebih lanjut mengenai Autisme.


5. Pusat Perkhidmatan (3PK)
Selain itu, terdapat juga Pusat Perkhidmatan (3PK) yang menyediakan khidmat saringan, penilaian, dan terapi (psikologi, terapi cara kerja, pertuturan, audiologi, fisioterapi) untuk anak berusia 4 tahun ke atas.


6. Pusat PERMATA Kurnia
Pusat PERMATA Kurnia (kini sebahagian daripada Bahagian GENIUS di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia) ialah pusat intervensi awal kerajaan yang khusus menyediakan pendidikan, latihan, dan sokongan komprehensif untuk kanak-kanak autisme berumur 2 hingga 6 tahun serta keluarga mereka.


7. Pendidikan & Kebajikan Pelajar OKU
Pelajar OKU (berumur 17 hingga 35 tahun) yang menyertai kursus di Kolej Teknologi Termaju (ADTEC), JMTI (Institut Teknikal Jepun Malaysia), atau Proton Institute layak menerima keistimewaan berikut:
- Elaun Sara Hidup: Diberikan sebanyak RM300 sebulan sepanjang tempoh pengajian.
- Yuran & Kemudahan Percuma: Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk yuran pengajian, asrama, serta makan dan minum (semuanya disediakan secara percuma)
8. Diskaun Yuran Universiti Swasta
Potongan yuran pengajian sebanyak 50% daripada Open University Malaysia (OUM), Wawasan Open University, dan Asia e-University.
9. Pelepasan Cukai Pendapatan
- Pelepasan Individu OKU: Pelepasan cukai tambahan sebanyak RM7,000 bagi pembayar cukai individu OKU.
- Pelepasan Anak OKU: Pelepasan cukai sebanyak RM8,000 bagi anak OKU yang belum berkahwin.
- Pelepasan Anak OKU Melanjutkan Pengajian: Pelepasan tambahan sehingga RM16,000 jika anak OKU berumur 18 tahun ke atas melanjutkan pengajian tinggi sepenuh masa di dalam atau luar negara.
- Pelepasan Alat Sokongan Asas: Pelepasan cukai sehingga RM6,000 bagi pembelian alat sokongan (seperti kerusi roda, alat pendengaran, mesin hemodialisis) untuk kegunaan diri sendiri, pasangan, anak, atau ibu bapa OKU yang berdaftar dengan JKM.
10. Pengecualian Caj Rawatan
Pengecualian bayaran rawatan pesakit luar dan pesakit dalam bagi wad Kelas Tiga di hospital kerajaan, termasuk pengecualian caj pendaftaran kes rujukan serta bayaran pakar dan ubatubatan.
11. Pengecualian Cukai Jalan
Pengecualian bayaran cukai jalan bagi kenderaan milik OKU ibu/bapa/penjaga/pasangan OKU.
12. Diskaun Bas
- Diskaun 50% bagi bas henti-henti (stage bus) sama ada perjalanan dalam bandar/luar bandar.
- Diskaun Bas Ekspres: Diskaun 10% hingga 50% tertakluk kepada polisi syarikat bas masing-masing untuk perjalanan jarak jauh antara bandar/bahagian.
13. Perkhidmatan Penerbangan
Malaysia Airlines dan Firefly telah melaksanakan inisiatif khas antaranya seperti, tawaran diskaun istimewa kepada penumpang dengan kad OKU yang sah semasa proses pembelian tiket melalui pusat panggilan (call center) dan pejabat tiket bagi perjalanan dalam Malaysia.
Maklumat lanjut:
14. Percuma Bayaran Pasport
Pengecualian penuh daripada bayaran permohonan dan memperbaharui Paspot Malaysia ke luar negara.
Semua warganegara Malaysia yang memegang Kad OKU berdaftar di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 layak memperoleh Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) tanpa dikenakan sebarang yuran permohonan atau pembaharuan.


15. Pengecualian bayaran MyKad
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar secara sah dengan JKM dikecualikan sepenuhnya daripada sebarang caj atau denda kompaun apabila membuat kad pengenalan baharu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
16.Tiket masuk percuma/diskaun
Golongan OKU juga layak menikmati diskaun atau potongan harga untuk kemasukan ke beberapa tempat pelancongan. Salah satu contohnya ialah:
- Keretapi Bukit Bendera, Pulau Pinang: Tiket masuk percuma untuk laluan biasa mahupun laluan pantas (fastlane) bagi warganegara.
17. Tambang Percuma Pengangkutan Awam
- Pas MyRailLife: Perjalanan percuma KTM Komuter (Lembah Klang, Utara) dan KTM Shuttle Timuran.
- Pas OKU SMILE: Tambang percuma di semua jenis kereta api dan bas kendalian Prasarana (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan, LRT, MRT, Monorel).


18. Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU)
Bantuan bernilai RM3,100 bagi semua mod pengajian, peringkat pengajian dan Institusi Pengajian.
19. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) & Susu
Makanan dan susu percuma untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 6 (pemegang kad OKU, kecuali murid asrama).
20. Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
Elaun sebanyak RM450 sebulan untuk OKU yang bekerja.
21. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
Bantuan sebanyak RM300 sebulan untuk OKU yang tidak berupaya bekerja.
Bantuan ini adalah untuk meringankan beban sara hidup Orang Kurang Upaya (OKU) serta menggalakkan mereka terus tinggal bersama keluarga.
22. Pusat Kehidupan Berdikari atau Independent Living Centre (ILC)
Pusat Kehidupan Berdikari atau Independent Living Centre (ILC) menyediakan perkhidmatan untuk memperkasa OKU bertujuan memastikan kesediaan OKU untuk hidup lebih berdikari.
Perkhidmatan yang disediakan adalah:
- Kaunseling Rakan Sebaya (Peer Counseling).
- Program Hidup Berdikari (Independent Living Programme).
- Pembantu Peribadi (Personal Assistant).
- Perkhidmatan Sokongan, Informasi Dan Advokasi.
23. KWAPM
Bantuan tambahan untuk Murid Berkeperluan Khas (MBPK) dalam kategori miskin tegar bagi mengelakkan keciciran.
24. Masa Tambahan Jawab Peperiksaan
Kelonggaran masa menjawab peperiksaan merupakan salah satu Keistimewaan Menduduki Peperiksaan Awam bagi Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) atau Calon Berkeperluan Khas (CBK) yang telah diluluskan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) bagi peperiksaan peringkat sekolah/kebangsaan (seperti SPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bagi peperiksaan peringkat pra-universiti (seperti STPM/MUET).
25. Alatan Sokongan Peperiksaan
Akses kepada mesin Braille, kertas soalan cetakan besar, komputer, CCTV, kanta, khidmat pembaca/jurutulis atau guru pendamping mengikut keperluan individu
26. Pemeriksaan OKU Percuma
Pemeriksaan kesihatan tanpa bayaran untuk pengesahan pendaftaran OKU bagi individu yang mempunyai rekod rawatan sedia ada, penerima bantuan kerajaan, rujukan program outreach, atau yang mempunyai kecacatan fizikal yang jelas.
27. Saluran Khas Pengambilan ke IPTA
Kemasukan ke universiti awam melalui saluran khas berlandaskan syarat kelayakan minimum (tanpa perlu bersaing dalam kategori biasa) serta penyesuaian kemudahan pengajian di universiti.
28. Inisiatif The Butterfly Effect KLIA
Jika anda terbang melalui KLIA (Terminal 1 atau Terminal 2), anda boleh menikmati inisiatif The Butterfly Effect Malaysia Airports.
- Laluan Pintas (Priority Lane): Akses kaunter khas untuk urusan check-in, imigresen, dan pemeriksaan keselamatan tanpa perlu beratur panjang.
- Bilik Tenang (Calm Rooms) & Sensory Kits: Kemudahan ruang khas yang mesra sensori untuk membantu anak bertenang sebelum menaiki pesawat.
- Sokongan CARE Ambassadors: Bantuan panduan langkah-demi-langkah daripada kakitangan terlatih sepanjang berada di terminal.


29. Kemudahan Penjawat Awam/Pesara yang Mempunyai Anak OKU
Untuk ibubapa/pesara yang bekerja sebagai penjawat awam dan mempunyai anak OKU, layak menikmati manfaat berikut:
- Pelepasan Waktu Bekerja: Pelepasan selama 1 jam sehari kepada penjawat awam yang mempunyai anak OKU bagi urusan harian anak.
- Waktu Bekerja Fleksi (WBF): Kelonggaran mengatur jadual kerja bagi menguruskan sesi terapi atau intervensi anak OKU.
- Bekerja Dari Rumah (BDR): Kemudahan bertugas dari rumah bagi pegawai OKU atau yang menjaga anak OKU yang memerlukan penjagaan rapi.
- Kebenaran Tinggal Pejabat: Kebenaran meninggalkan pejabat seketika dalam waktu bekerja untuk tujuan rawatan, terapi atau penyelenggaraan alat sokongan.
- Pembiayaan Alat Bantuan: Kemudahan permohonan kos alat bantuan kesihatan (implan koklea, kerusi roda, anggota palsu, alat bantuan pernafasan) untuk diri sendiri atau anak OKU tanggungan tanpa had umur.
- Pencen Terbitan Sepanjang Hayat: Pemberian pencen terbitan sepanjang hayat kepada anak OKU tanggungan penjawat awam/pesara yang meninggal dunia (tertakluk kepada syarat ketidakupayaan kekal berlaku sebelum berumur 21 tahun).
- Insurans Perjalanan Luar Negara: Perlindungan insurans ke luar negara (persendirian) dengan perlindungan pampasan sehingga RM300,000 bagi hilang upaya kekal akibat kemalangan.
- Peluang Pekerjaan: Dasar peruntukan 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam khusus untuk OKU.
Muat Turun PDF Bantuan untuk OKU
Untuk mengetahui lebih banyak manfaat, bantuan atau inisiatif yang disediakan untuk golongan Kurang Upaya (OKU) di Malaysia, sila rujuk:
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Manfaat Anak Disleksia, Autisme dan ADHD
Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai manfaat anak Disleksia, Autisme, ADHD dan kategori yang lain, sila rujuk:
- Portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Senarai Kemudahan dan Keistimewaan OKU
- Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat
Soalan Lazim
Ya. Di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ketiga-tiga diagnosis ini diklasifikasikan secara rasmi di bawah kategori Kurang Upaya Pembelajaran. Ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka selepas mendapat pengesahan bertulis daripada pakar perubatan atau doktor yang bertauliah.
– BTB (Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja): Untuk anak berumur 16 tahun ke atas yang disahkan tidak mampu bekerja akibat kekangan kesihatan atau perkembangan.
– BPT (Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Kronik): Diberikan kepada ibu bapa/penjaga jika keadaan anak adalah kronik atau memerlukan penjagaan penuh di rumah secara terlantar.
– Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK/EMK): Bantuan bernilai RM150 sebulan (RM1,800 setahun) untuk murid warganegara yang memegang Kad OKU JKM dan bersekolah di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.
– Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI): Akses ke kelas khas yang disesuaikan dengan tahap pembelajaran anak (seperti kelas disleksia atau autisme) dengan guru pendidikan khas yang terlatih.
– Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA): Percuma sepenuhnya (pengecualian yuran bagi tempoh sah laku 5 atau 10 tahun).
– Gantian MyKid/MyKad: Dikecualikan daripada denda atau caj sekiranya kad rosak atau hilang akibat kecuaian.
– Cukai Pendapatan (LHDN): Pelepasan cukai tambahan bagi ibu bapa yang mempunyai anak OKU, dan tambahan pelepasan yuran pengajian/rawatan pemulihan khas.
– Penerbangan Domestik (Malaysia Airlines & Firefly): Diskaun sehingga 50% daripada tambang asas untuk anak OKU (dan seorang pengiring bagi Malaysia Airlines) melalui tempahan pusat panggilan atau pejabat tiket.
– Inisiatif “The Butterfly Effect” (KLIA): Akses laluan pintas (Priority Lane) untuk imigresen/check-in serta kemudahan Bilik Tenang (Calm Rooms) yang mesra sensori.
– Keretapi Bukit Bendera (Pulau Pinang): Tiket masuk percuma untuk laluan biasa (Normal Lane) mahupun laluan pantas (Fast Lane).
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
