Sukan Komanwel Glasgow 2026 dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos 2026 di Glasgow, Scotland. Layari portal rasmi Glasgow 2026 Commonwealth Games untuk mengetahui jadual penuh perlawanan.
Kontinjen Malaysia sah bakal menghantar seramai 81 orang atlet keseluruhan, merangkumi 59 atlet elit dan 22 atlet para untuk menggalas cabaran negara dalam lapan daripada 10 jenis sukan yang dipertandingkan.
Meskipun saiz kontinjen edisi kali ini lebih kecil disebabkan pengguguran beberapa sukan tradisi seperti badminton, skuasy, dan hoki oleh tuan rumah, tumpuan Malaysia kekal tinggi terhadap kualiti dan sasaran pingat emas.
Jom rujuk senarai sukan dan atlet Malaysia yang terlibat dalam Sukan Komanwel 2026 kali ini.

Apa Itu Sukan Komanwel 2026?
Sukan Komanwel 2026 ialah temasya sukan pelbagai acara peringkat antarabangsa ke-23 yang bakal berlangsung di Glasgow, Scotland, bermula dari 23 Julai hingga 2 Ogos 2026.
Glasgow dipilih semula sebagai tuan rumah bagi menggantikan wilayah Victoria, Australia.
Bagi mengurangkan kos, penganjur telah mengecilkan saiz kejohanan dengan hanya mempertandingkan 10 jenis sukan sahaja, berbanding 19 jenis sukan semasa edisi Birmingham 2022.
Malaysia akan menghantar seramai 81 orang atlet (gabungan 59 atlet standard dan 22 atlet para) untuk menggalas cabaran negara.
Walaupun saiz kontinjen kali ini lebih kecil dan menghadapi laluan berliku ekoran pengguguran sukan-sukan kegemaran negara, fokus utama Majlis Sukan Negara (MSN) tetap terarah kepada kualiti.
Malaysia akan bertanding dalam 8 daripada 10 sukan yang ditawarkan, dengan sandaran pingat kini diletakkan di bahu skuad angkat berat, berbasikal trek, boling padang, serta jaguh-jaguh olahraga para yang lain.


Berapa Sukan Dipertandingkan?
Terdapat 10 sukan dipertandingkan kali ini dalam Sukan Komanwel 2026, iaitu:
- Olahraga
- Renang
- Gimnastik artistik
- Basikal trek
- Bola jaring
- Angkat berat
- Tinju
- Judo
- Boling
- Bola Keranjang 3×3
Malaysia akan mengambil bahagian dalam 8 daripada 10 sukan yang dipertandingkan, dengan mengecualikan sukan tinju dan bola jaring.
Berbeza dengan edisi Birmingham 2022 yang mempertandingkan 19 jenis sukan sebelum ini. Keputusan ini menyaksikan pengguguran sukan tradisi berpotensi pingat bagi Malaysia seperti badminton, terjun, hoki, dan skuasy.


Penglibatan Atlet & Kontinjen Malaysia
Malaysia menghantar kontinjen yang dipimpin oleh Ketua Kontinjen (Chef de Mission), Datuk Awalan Abdul Aziz.
Mengambil kira ketiadaan Perkampungan Sukan berpusat, para atlet negara akan ditempatkan mengikut kluster hotel yang berhampiran dengan venue pertandingan.
Jumlah Kontinjen Malaysia:
- 59 Atlet Standard (Bukan Para)
- 22 Atlet Para
- Jumlah Keseluruhan Kontinjen: 81 Atlet
Sasaran kontinjen negara tahun ini untuk membawa pulang lima pingat emas, dua pingat perak dan empat pingat gangsa, berdasarkan potensi atlet serta prestasi semasa yang dipamerkan menjelang temasya.


Keputusan Terkini Sukan Komanwel 2026
Kontinjen Australia kini mendahului kedudukan pingat Sukan Komanwel Glasgow 2026 dengan dominasi hebat dalam acara renang dan olahraga.
Manakala, kontinjen Malaysia berada di kedudukan kesepuluh (ke-10) dalam carta pungutan pingat Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Kontinjen negara telah mengumpul 8 pingat emas, 3 perak, dan 3 gangsa dengan jumlah keseluruhan 43 pingat, sekali gus berjaya melepasi sasaran awal iaitu 5 pingat emas.


Senarai Penyumbang Pingat Kontinjen Malaysia
Pingat Emas (7 emas)
- Mohamad Syahmi Nor Ghazali (Angkat Berat): Menyumbang emas keenam negara dalam kategori 94kg lelaki dengan rekod baharu temasya (angkatan keseluruhan 347kg).
- Datuk Abdul Latif Romly (Olahraga Para): Menepati ramalan menyumbang emas kelima dalam acara lompat jauh T20 lelaki (lompatan 7.17 meter).
- Muhammad Hafizuddin Roslin (Angkat Berat): Meraih emas keempat menerusi kategori 88kg lelaki dengan rekod baharu temasya (345kg).
- Muhammad Erry Hidayat (Angkat Berat): Mengungguli kategori 79kg lelaki dengan angkatan keseluruhan 331kg.
- Muhamad Aznil Bidin (Angkat Berat): Melakar sejarah mendapat emas Komanwel berturut-turut dalam kategori 65kg lelaki.
- Mohamad Aniq Kasdan (Angkat Berat): Menghadiahkan emas sulung Malaysia dalam kategori 60kg lelaki serta memecahkan rekod temasya (273kg). Menghadiahkan emas sulung Malaysia dalam kategori 60kg lelaki serta memecahkan rekod temasya (273kg).
- Dato’ Mohd Azizulhasni Awang (Men’s Keirin): Memenangi pingat emas pertamanya dalam acara keirin lelaki di temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026.
- Amir Daniel Abdul Majeed (Judo): Memenangi pingat emas dalam Judo Men’s 81 kg
















Pingat Perak (2 Perak)
- Izzat Shameer Dzulkeple (Boling Padang): Meraih perak dalam acara perseorangan lelaki.
- Aleena Ahmad Nawawi & Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman (Boling Padang): Menyumbang perak dalam acara berpasangan (pairs) wanita.
- Siti Aqilah Farhana Draman (Weightlifting): Menyumbang perak dalam acara angkat berat wanit 86kg






Pingat Gangsa (3 Gangsa)
- Eljoe Gotuoh (Olahraga Para): Meraih gangsa dalam acara lompat jauh T20 lelaki (mengiringi kejayaan emas Abdul Latif).
- Irene Jane Henry (Angkat Berat): Menyumbang pingat gangsa tunggal wanita dalam kategori 48kg.
- Bonnie Bunyau Gustin (Para Powerlifting): Menyumbang pingat gangsa setelah melakukan angkatan terbaik seberat 220 kg.






Jadual Atlet Malaysia – 31 Julai (Jumaat)
Berikut ialah jadual pasukan Malaysia untuk hari Ahad, 2 Ogos 2026:




Jadual Penuh Perlawanan
Berikut ialah jadual penuh perlawanan Sukan Komanwel 2026:




LIVE (Siaran Langsung) Sukan Komanwel 2026
Anda boleh menonton siaran langsung Sukan Komanwel Glasgow 2026 secara rasmi melalui:
- RTMKlik
- Sukan+ (CH 806)
- Berita RTM (CH 505)
- OKEY (CH 146)
- Sukan+ MYTV 111
Secara keseluruhannya, RTM akan menyiarkan hampir 100 jam jumlah siaran bagi membolehkan penonton mengikuti acara-acara yang berlangsung di Glasgow, Scotland.
Siaran Langsung Acara Pembukaan Sukan Komanwel 2026
- Tarikh: 24 Julai 2026
- Masa: 2.30 hingga 5.30 pagi
- Saluran: Sukan+ di platform MYTV 111, RTMKlik dan saluran Sukan+ di platform Astro 806.
Siaran Langsung Grandstand Upacara Penutup Sukan Komanwel Glasgow 2026
- Tarikh: 2 Ogos 2026
- Masa: 2.30 hingga 5.30 pagi
- Saluran: Sukan+ di platform MYTV 111, RTMKlik dan saluran Sukan+ di platform Astro 806.
Inilah Atlet yang Mewakili Malaysia
Seramai 81 orang atlet disahkan bakal menggalas cabaran membawa nama Malaysia ke pentas Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Anyara atlet Malaysia yang terlibat ialah:
1. Datuk Abdul Latif Romly (Para Olahraga)
Jaguh lompat jauh para dunia ini menjadi sandaran emas terbesar Malaysia, Beliau menyasarkan untuk mempertahankan dominasi dan memecahkan rekod dunia miliknya sendiri dalam acara Lompat Jauh T20.


2. Mohamad Aniq Kasdan (Angkat Berat)
Selepas meraih kedudukan terbaik dalam ranking Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF), Mohamad Aniq Kasdan yang bertanding dalam kategori 60kg ini menjadi prospek pingat emas yang sangat cerah buat kontinjen Malaysia.


3. Muhamad Aznil Bidin (Angkat Berat)
Pemenang pingat emas Sukan Komanwel edisi lalu yang berjaya melayakkan diri secara automatik dalam kategori 65kg, membawa misi besar untuk mengekalkan kejuaraannya di pentas Komanwel.


4. Khiew Hoe Yean (Renang)
Khiew Hoe Yean ialah perenang jarak jauh utama negara yang mengetuai kuartet renang lelaki Malaysia. Beliau menjadi tumpuan untuk menembusi slot ke peringkat akhir dan menaiki podium dalam acara individu serta berganti-ganti.


5. Muhammad Erry Hidayat (Angkat Berat)
Bertanding dalam kategori 79kg melalui kelayakan ranking IWF, beliau tekad untuk menjelmakan pingat buat negara dan meneruskan legasi sukan angkat berat sebagai lubuk pingat Malaysia.


Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Sukan Komanwel 2026
Rujuk Laman Rasmi Glasgow 2026 untuk mendapatkan maklumat mengenai jadual penuh perlawanan, senarai venue utama dan info berkaitan.
Temasya sukan ini dijadualkan berlangsung selama 11 hari, bermula dari 23 Julai sehingga 2 Ogos 2026.
Sukan Komanwel edisi ke-23 ini akan diadakan di Glasgow, Scotland. Ini merupakan kali kedua Glasgow menjadi tuan rumah selepas kali pertama pada tahun 2014.
Tuan rumah asal iaitu wilayah Victoria, Australia, terpaksa menarik diri daripada hak penganjuran pada Julai 2023 disebabkan oleh peningkatan mendadak kos operasi dan kekangan bajet.
Hanya 10 jenis sukan dipertandingkan di Glasgow 2026 berbanding 19 jenis sukan pada edisi Birmingham 2022.
Beberapa sukan popular dan lubuk pingat Malaysia telah digugurkan, termasuk badminton, terjun, hoki, skuasy, ping pong, lumba basikal lebuh raya, dan gimnastik berirama
Malaysia menghantar seramai 81 orang atlet ke Glasgow. Kontinjen ini terdiri daripada pecahan 59 atlet standard dan 22 atlet para.
Kontinjen negara menyertai 8 daripada 10 jenis sukan keseluruhan.
Tugas penting sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2026 digalas oleh Datuk Awalan Abdul Aziz.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
![Sukan Komanwel 2026 [LIVE] RTM / Jadual Kontinjen Malaysia](https://165612.com/storage/2026/08/sukan-komanwel-2026-4-1024x1024.jpg)