Bantuan Berhenti Kerja untuk individu yang kehilangan pekerjaan di Malaysia adalah sangat penting untuk kelangsungan hidup.
Kehilangan sumber pendapatan utama secara mengejut boleh menjejaskan kestabilan kewangan sesebuah keluarga.
Sekiranya anda diberhentikan kerja secara tiba-tiba, rujuk senarai bantuan di Malaysia untuk tahun 2026 yang anda boleh cuba dapatkan bagi membantu beban kewangan sementara anda mencari kerja lain.
Senarai Bantuan Berhenti Kerja/Diberhentikan di Malaysia
Berikut adalah senarai inisiatif dan bantuan di Malaysia yang boleh dimohon oleh individu yang kehilangan pekerjaan.
Senarai ini merangkumi bantuan kewangan, program penempatan semula kerjaya, dan latihan peningkatan kemahiran yang disediakan oleh agensi kerajaan.
1. Sistem Insurans Pekerjaan – SIP PERKESO
Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah PERKESO (juga dikenali sebagai LINDUNG KERJAYA) adalah bantuan untuk pekerja swasta yang diberhentikan (BUKAN BERHENTI SECARA SUKARELA).
Faedah Sistem Insurans Pekerjaan (LINDUNG KERJAYA)
Anda boleh menuntut faedah kewangan berikut sekiranya diberhentikan secara paksa atau menerima VSS/MSS:
- Elaun Mencari Pekerjaan (EMP): Penerima faedah yang layak akan menerima elaun untuk 3-6 bulan. Tempoh bayaran faedah adalah berdasarkan Syarat Kelayakan Caruman.
- Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB): Bantuan kewangan bagi individu yang mempunyai beberapa pekerjaan (multi-jobbing) tetapi telah kehilangan sekurang-kurangnya satu daripada pekerjaan tersebut.
- Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA): Insentif tunai sebanyak 25% daripada baki EMP yang belum dibayar, sekiranya anda berjaya mendapat pekerjaan baharu lebih awal daripada tempoh jangkaan.
Selain bantuan dari segi elaun, SIP juga menyediakan faedah bantuan latihan percuma untuk memudahkan anda menukar bidang kerjaya (Upskilling/Reskilling) seperti berikut:
- Fi Latihan (FL): Pembiayaan penuh kos yuran kursus kemahiran sehingga RM4,000. Bayaran ini disalurkan terus oleh PERKESO kepada penyedia latihan berdaftar.
- Elaun Latihan (EL): Insentif tambahan berupa wang saku bernilai RM10 hingga RM20 sehari yang diberikan kepada anda sepanjang tempoh menghadiri latihan.

Syarat
- Memohon dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan
- Memenuhi syarat kelayakan caruman seperti mempunyai bilangan caruman yang mencukupi
- Tidak bekerja mengikut definisi kehilangan pekerjaan di bawah Akta SIP
Rujuk cara memohon dengan lebih terperinci di EIS PERKESO Login: Daftar & Mohon Elaun Kehilangan Pekerjaan (SIP)
2. Faedah Penamatan Kerja Sentiasa (Bawah Akta Kerja 1955)
Jika anda merupakan pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 (Semenanjung Malaysia & Labuan), majikan wajib membayar Faedah Penamatan Kerja (Retrenchment Benefits) sekiranya anda diberhentikan atas sebab pengecilan syarikat, VSS, atau penutupan operasi.
Kadar minimum bayaran pampasan adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan anda dengan majikan tersebut:
- Bekerja kurang dari 2 tahun: 10 hari gaji untuk setiap tahun perkhidmatan.
- Bekerja antara 2 hingga 5 tahun: 15 hari gaji untuk setiap tahun perkhidmatan.
- Bekerja lebih dari 5 tahun: 20 hari gaji untuk setiap tahun perkhidmatan.
Nota: Jumlah hari gaji bagi tahun yang tidak genap akan dikira secara pro-rata mengikut bulan terdekat.
Selain itu, jika anda mempunyai baki cuti tahunan yang telah layak (entitled) tetapi belum digunakan sehingga hari terakhir bekerja, majikan wajib membayar ganti rugi tunai untuk baki cuti tersebut.
Semua baki gaji bulanan, bayaran kerja lebih masa (overtime), elaun tetap, dan komisyen yang telah anda usahakan sehingga tarikh penamatan kerja juga wajib diselesaikan sepenuhnya oleh majikan.
Undang-undang Malaysia menetapkan bahawa majikan mesti menyerahkan semua bayaran faedah penamatan kerja ini kepada anda dalam tempoh tidak lewat daripada 7 hari dari tarikh rasmi penamatan perkhidmatan anda.
Siapa Yang Layak Dapat Pampasan Duit daripada Majikan?
- Anda mestilah sudah bekerja di syarikat itu secara rasmi selama 1 tahun (12 bulan) ke atas tanpa putus. Kalau baru kerja 6 bulan kemudian kilang tutup, majikan tidak wajib bayar pampasan ini.
- Gaji pokok anda adalah RM4,000 ke bawah sebulan. Golongan ini dilindungi sepenuhnya oleh undang-undang kerajaan (Peraturan Kerja 1980). Majikan tiada pilihan melainkan kena bayar ikut formula rasmi.
- Jika kerja anda jenis buruh kasar (contohnya pemandu lori, operator mesin, tukang cuci), anda tetap layak dapat pampasan ini walaupun gaji anda lebih daripada RM4,000 sebulan.
Jika anda bukan buruh kasar dan gaji anda RM4,001 ke atas, ia bergantung kepada apa yang tertulis dalam surat tawaran kerja (Offer Letter) atau Company Handbook anda.
Jika dalam kontrak kata “ada pampasan”, majikan kena bayar. Jika sebaliknya, majikan tidak wajib bayar dari segi undang-undang peraturan 1980.


Pengecualian (Situasi Di Mana Majikan Tidak Perlu Bayar)
Majikan tidak wajib membayar faedah penamatan kerja ini jika penamatan berpunca daripada:
- Pekerja meletak jawatan secara sukarela tanpa paksaan.
- Penamatan kontrak atas salah laku disiplin (setelah siasatan dalaman/domestic inquiry dijalankan).
- Pekerja bersara wajib mengikut umur yang ditetapkan dalam kontrak.
Jika anda mendapati majikan gagal membayar pampasan yang sepatutnya dalam tempoh 7 hari, anda boleh membuat aduan rasmi kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) terdekat untuk menuntut hak anda.
Rujukan:
3. Perkhidmatan Sokongan Penempatan Pekerjaan
Selain itu, anda juga boleh manfaatkan Portal MYFutureJobs untuk mencari pekerjaan agar tidak menganggur terlalu lama.
Melalui MYFutureJobs, anda akan dipadankan dengan kekosongan jawatan yang bersesuaian di bawah pemantauan Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (ESO) PERKESO.
4. Bantuan Khas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Sekiranya anda tergolong sebagai Orang Kurang Upaya yang berdaftar dengan JKM, anda boleh mohon bantuan Bantuan OKU tidak berupaya bekerja (BTB).
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) merupakan bantuan bulanan kewangan yang disediakan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak mampu bekerja secara sepenuh masa disebabkan oleh ketidakupayaan fizikal atau mental yang kekal.
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16-59 tahun
- Berdaftar sebagai OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Tidak berupaya bekerja sepenuh masa dan disahkan melalui temu duga/penilaian JKM - Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa
- Tidak tinggal di institusi di bawah kendalian JKM
Kadar bantuan
- RM300 sebulan
- Dibayar secara bulanan kepada penerima (OKU)
Hadapi Masalah Kewangan? Cuba Cara Ini
Jika anda menghadapi masalah kewangan selepas berhenti kerja atau diberhentikan kerja, anda boleh lakukan tindakan di bawah:
1. Semak Simpanan KWSP (Akaun Fleksibel)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan Akaun 3 (Akaun Fleksibel) yang membenarkan pencarun mengeluarkan wang pada bila-bila masa untuk keperluan kecemasan jangka pendek.
Log masuk ke aplikasi i-Akaun untuk menyemak baki sedia ada dalam Akaun Fleksibel anda.
Pengeluaran ini boleh digunakan sebagai dana kecemasan segera sementara menunggu anda mendapat pekerjaan baharu atau menerima bayaran faedah bulanan daripada SIP PERKESO.
2. Hubungi Pihak Bank (Penstrukturan Semula Pinjaman)
Jangan tunggu sehingga akaun anda tertunggak. Hubungi pegawai khidmat pelanggan bank anda dan maklumkan situasi anda.
Minta pilihan penstrukturan semula (loan restructuring/rescheduling) untuk mengurangkan bayaran bulanan atau menangguhkan bayaran secara sementara.
3. Dapatkan Bantuan AKPK (Pengurusan Hutang Percuma)
Daftar secara dalam talian di portal rasmi AKPK untuk mendapatkan khidmat nasihat kewangan. Jika anda layak, anda boleh menyertai Program Pengurusan Kredit (PPK).
Di bawah program ini, kadar faedah pinjaman biasanya akan dikurangkan dan pihak bank tidak dibenarkan mengganggu anda dengan panggilan tuntutan hutang.
4. Semak Urusan Percukaian Dengan LHDN
Pampasan pembuangan kerja atau skim VSS/MSS mempunyai peraturan cukai yang khusus.
Di bawah undang-undang Malaysia, sebahagian atau keseluruhan pampasan kehilangan pekerjaan boleh mendapat pelepasan cukai (tax exemption) tertakluk kepada tempoh tahun anda berkhidmat dengan syarikat tersebut.
Pastikan majikan anda menghantar borang nyata penamatan ke LHDN untuk mendapatkan Surat Penyelesaian Cukai (Tax Clearance Letter).
Apa Perlu Dilakukan Selepas Diberhentikan Kerja?
Apabila anda diberhentikan kerja, fasa pertama yang paling penting adalah tempoh 60 hari pertama. Pastikan anda:
- Terima surat pemberhentian kerja bertulis rasmi yang menyatakan alasan penamatan (seperti pengecilan syarikat, VSS, atau MSS) dengan jelas.
- Semak jumlah pampasan majikan. Pastikan majikan membayar faedah penamatan kerja, bayaran ganti notis, dan ganti rugi baki cuti tahunan ke akaun anda dalam tempoh 7 hari dari tarikh akhir bekerja.
- Ingatkan bahagian Sumber Manusia (HR) untuk menghantar borang e-SPC ke LHDN dengan segera bagi mendapatkan Surat Penyelesaian Cukai (SPC) supaya wang pampasan anda tidak ditahan terlalu lama.
Jangan bertangguh untuk memohon bantuan yang anda boleh pohon seperti yang dikongsikan di atas, iaitu:
- Mohon SIP PERKESO Online (dalam tempoh 60 hari).
- Tuntut Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) untuk mendapatkan bantuan wang tunai bulanan selama 3 hingga 6 bulan.
- Daftar Portal MYFutureJobs. Ini adalah syarat wajib bagi memastikan bayaran elaun bulanan PERKESO anda berjalan lancar dan diluluskan.
- Ambil peluang menghadiri kursus kemahiran (upskilling) di bawah PERKESO. Kos yuran ditanggung sehingga RM4,000 dan anda akan dibayar elaun poket harian semasa menghadiri latihan.
Selepas itu, uruskan hal kewangan anda;
- Semak baki Akaun 3 (Akaun Fleksibel) anda melalui aplikasi i-Akaun. Anda boleh mengeluarkan simpanan ini pada bila-bila masa sebagai dana kecemasan tambahan untuk keperluan mendesak.
- Hubungi pihak bank yang menguruskan pinjaman perumahan atau kereta anda. Mohon penstrukturan semula bayaran bulanan (loan restructuring) sebelum akaun anda tersangkut.
- Jika komitmen hutang terlalu banyak, daftar di portal AKPK untuk menyertai Program Pengurusan Kredit (PPK) secara percuma bagi menstrukturkan semua hutang bank anda mengikut kemampuan semasa.
Apa-apa pun, jangan berputus asa dan buat tindakan yang perlu secepat mungkin.
Maklumat Lanjut
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan apabila diberhentikan kerja, anda boleh rujuk Portal Rasmi PERKESO dan laman web utama JTKSM untuk sebarang aduan rasmi berkaitan.
Soalan Lazim Bantuan Berhenti Kerja
Tidak layak. Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO hanya dibayar kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan secara tidak sukarela (pemberhentian paksa, syarikat muflis, atau menerima VSS/MSS). Peletakan jawatan secara sukarela atas pilihan sendiri tidak memenuhi syarat kelayakan bantuan kewangan ini.
Anda wajib mengemukakan permohonan dalam tempoh 60 hari dari tarikh rasmi penamatan perkhidmatan anda. Jika anda menghantar permohonan pada hari ke-61, sistem PERKESO akan menolak permohonan tersebut secara automatik.
Tidak wajib. Di bawah Peraturan Kerja 1980, majikan hanya wajib membayar pampasan berkanun kepada pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah, atau pekerja buruh kasar tanpa mengira had gaji. Bagi pekerja pejabat bergaji melebihi RM4,000, hak pampasan anda adalah 100% bergantung kepada terma yang tertulis dalam Kontrak Pekerjaan atau polisi syarikat anda.
Anda layak mendapat pelepasan cukai sebanyak RM20,000 bagi setiap tahun genap perkhidmatan yang lengkap dengan majikan yang sama. Sebagai contoh, jika anda sudah bekerja selama 5 tahun, jumlah pampasan sehingga RM100,000 adalah bebas cukai sepenuhnya. Cukai hanya akan dikira atas baki amaun yang melebihi had tersebut.
Di bawah undang-undang (Peraturan Kerja 1980), majikan tidak wajib membayar pampasan penamatan kerja sekiranya tempoh perkhidmatan anda kurang daripada 12 bulan berterusan. Bagaimanapun, anda tetap layak untuk memohon bantuan SIP PERKESO bagi mendapatkan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) asalkan anda memenuhi syarat minimum bilangan caruman bulanan bulanan SIP.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
