Perdana Menteri mengumumkan bahawa RM100 penghargaan SARA akan diberi kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas pada 9 Februari 2026! Semakan status boleh dibuat melalui laman web rasmi atau laman web MyKasih pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Perkara itu diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2026 dan tarikhnya dimuktamadkan dalam Perutusan Tahun Baru oleh PMX pada 5 Januari 2026.
Selain itu, kerajaan meningkatkan jumlah keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM15 bilion bagi tahun 2026, sebagai langkah meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Tahukah anda apa itu Bantuan Penghargaan SARA Untuk Semua? Ayuh kami kongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini.

Pengenalan Bantuan Penghargaan SARA
Ramai yang tertanya-tanya: Apa sebenarnya Bantuan Penghargaan SARA Untuk Semua ni?
Mari kami share!
- Bantuan Penghargaan SARA ialah bantuan tunai yang diberikan melalui MyKad penerima untuk beli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara.
- Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai di seluruh negara — contohnya macam Giant, Mydin, HeroMarket dan banyak kedai lain. Kedai runcit “Pak Mat” pun ada!
- Barang yang boleh beli ada 14 kategori yang meliputi 90,000 barangan. Memang banyak. Contoh – beras, telur, roti, minyak masak, pampers, panadol, alat tulis, sabun mandi dan sebagainya.
- Nak tahu apa yang paling ‘best’? Tunjuk MyKad je untuk beli barang di bawah SARA. Mudah kata, ‘cashless’!
- Penghargaan SARA RM100 ‘one-off’ ni diberikan kepada individu berusia 18 tahun ke atas.
Rujuk infografik rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF):






Semakan Penghargaan SARA 2026
Semakan status boleh dibuat melalui laman web rasmi atau MyKasih .
Baca juga: STR & SARA 2026 – Bayaran Kategori Bujang, Isi Rumah, Warga Emas
Maklumat Lanjut & FAQ
Ia merupakan bantuan RM100 untuk semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas secara one-off
Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak secara automatik. Ini juga termasuk bagi penerima SARA yang sedia ada.
Tiada permohonan diperlukan.
Bantuan Penghargaan SARA ialah bantuan tunai secara one-off (sekali dapat sahaja) untuk semua warga negara Malaysia berusia 18 tahun ke atas, manakala SARA adalah program lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang merupakan program bantuan tunai secara bulanan kepada mereka yang layak.
Walaupun begitu, kedua-duanya mempunyai mekanisme pemberian yang sama, iaitu secara cashless menggunakan MyKad.
Berita Terkini
Berita Terbaru
Daftar Terbaru
News
Berita Terbaru
Flash News
RuangJP
Pemilu
Berita Terkini
Prediksi Bola
Technology
Otomotif
Berita Terbaru
Teknologi
Berita terkini
Berita Pemilu
Berita Teknologi
Hiburan
master Slote
Berita Terkini
Pendidikan
Resep
Cek Ongkir Cargo
Togel Deposit Pulsa
Daftar Judi Slot Online Terpercaya
Slot yang lagi gacor

