Bola Sepak – Sukan SEA 2025 [LIVE] Malaysia vs Vietnam)

Bola Sepak – Sukan SEA 2025 [LIVE] Malaysia vs Vietnam)


Bola Sepak Sukan SEA 2025, Malaysia (Harimau Malaya B-23) bakal menentang Vietnam pada Khamis ini, 11 Disember 2025 di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand. Untuk jadual penuh perlawanan, layari portal rasmi SEA GAMES Thailand, www.seagames2025.org/

Perlawanan ini sangat penting buat Malaysia bagi melayakkan diri menembusi sasaran ke pusingan separuh akhir Sukan SEA Thailand 2025. Sama-sama kita beri sokongan!

Rujuk info lanjut dan siaran langsung (Live Streaming) Malaysia vs Vietnam di bawah.

Bola Sepak Sukan SEA 2025 (Malaysia vs Vietnam)

  • Tarikh: 11 Disember 2025
  • Venue: Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand

Perlawanan bola sepak Sukan SEA 2025 antara Malaysia dan Vietnam dijadualkan pada 11 Disember 2025 di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, bermula jam 5 petang waktu tempatan.

Perlawanan ini merupakan perlawanan penentu kumpulan bagi kedua-dua pasukan untuk layak ke pusingan separuh akhir.

Malaysia diwakili oleh skuad B-23 (Harimau Malaya B-23) manakala Vietnam juga turun dengan skuad B-23 mereka.​

Perlawanan ini dijangka sengit kerana kedua-dua pasukan mempunyai rekod prestasi yang baik dan bertanding untuk tiket separuh akhir Sukan SEA 2025.

  • Malaysia B-23: Berada di tangga teratas Kumpulan B selepas menang 4-1 ke atas Laos.
  • Vietnam B-23: Berada di tempat kedua, berkongsi mata yang sama dengan Malaysia, selepas menewaskan Laos 2-1.

Perbezaan jaringan gol menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan, menjadikan perlawanan ini amat penting untuk menentukan slot ke separuh akhir.

Siaran langsung perlawanan ini boleh diikuti melalui platform penstriman Astro Go atau Sooka. Untuk menonton di Astro, saluran akan dimaklumkan kelak.

Senarai Kumpulan Bola Sepak Sukan SEA 2025

Acara bola sepak di Sukan SEA 2025 Thailand melibatkan kategori berikut:

  • Bola Sepak Wanita (Women’s Tournament)
  • Bola Sepak Lelaki (Men’s Tournament)

Berdasarkan keputusan undian yang telah diadakan pada Oktober 2025, berikut adalah senarai kumpulan rasmi untuk acara Bola Sepak Lelaki B-23 dan Bola Sepak Wanita di Sukan SEA 2025 di Thailand:

Bola Sepak Lelaki

Kumpulan Negara Yang Bertanding Status Kumpulan
Kumpulan A Thailand (Tuan Rumah), Timor Leste ⚠️ Hanya 2 pasukan selepas Kemboja tarik diri.
Kumpulan B Vietnam, Malaysia, Laos 3 pasukan yang bersaing.
Kumpulan C Indonesia (Juara Bertahan), Myanmar, Filipina, Singapura Satu-satunya kumpulan dengan 4 pasukan.

Kelayakan ke Separuh Akhir: Hanya Juara Kumpulan (3) dan Naib Juara Terbaik (1) dari keseluruhan kumpulan yang akan layak ke peringkat seterusnya.

Bola Sepak - Sukan SEA 2025
Senarai Kumpulan Bola Sepak – Sukan SEA 2025

Bola Sepak Wanita

Kumpulan Negara Yang Bertanding
Kumpulan A Thailand (Tuan Rumah), Kamboja, Singapura, Indonesia
Kumpulan B Vietnam (Juara Bertahan), Myanmar, Filipina, Malaysia

Jadual Sukan SEA 2025

Berikut ialah jadual perlawanan bola sepak dan futsal Sukan SEA 2025 untuk pasukan Malaysia:

  • Bola Sepak Lelaki B-23 (3-18 Disember)
  • Bola Sepak Wanita (4-17 Disember)
  • Futsal Wanita (12-18 Disember)
  • Futsal Lelaki (15-19 Disember)
Bola Sepak - Sukan SEA 2025Bola Sepak - Sukan SEA 2025
Bola Sepak Lelaki B-23 (3-18 Disember)
Bola Sepak - Sukan SEA 2025Bola Sepak - Sukan SEA 2025
Bola Sepak Wanita (4-17 Disember)
Bola Sepak - Sukan SEA 2025Bola Sepak - Sukan SEA 2025
Futsal Wanita (12-18 Disember)
Bola Sepak - Sukan SEA 2025Bola Sepak - Sukan SEA 2025
Futsal Lelaki (15-19 Disember)

Keputusan Terkini Kumpulan B, Bola Sepak Lelaki – Sukan SEA 2025

Keputan semasa selepas hari perlawanan 2 pada Sabtu, 6 Disember 2025 bagi kumpulan B, Malaysia MENANG menentang Laos dengan dengan keputusan 4-1.

Ini sekaligus menjadikan Malaysia berada di kedudukan pertama dalam kumpulan B, Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2025.

Perlawanan seterusnya, Malaysia lawan Vietnam pada Khamis, 11 Disember 2025.

Bola Sepak - Sukan SEA 2025Bola Sepak - Sukan SEA 2025

Keputusan & Kedudukan Carta Bola Sepak Sukan SEA 2025

Berikut pula dikongsikan keputusan dan kedudukan carta terkini untuk ketiga-tiga kumpulan:

Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2025

Keputusan & Kedudukan Carta Terkini Kumpulan A

  • 3 Dis: Thailand 6-1 Timor Leste
  • 6 Dis: Singapura 1-3 Timor Leste
  • 11 Dis (Akan Datang): Thailand lwn Singapura
Kedudukan Pasukan Mata Perbezaan Gol (PG)
1 Thailand 3 +5
2 Timor Leste 3 -3
3 Singapura 0 -2

Keputusan & Kedudukan Carta Terkini Kumpulan B

  • 3 Dis: Laos 1-2 Vietnam
  • 6 Dis: Malaysia 4-1 Laos
  • 11 Dis (Akan Datang): Vietnam lwn Malaysia (Penentu Juara Kumpulan)
Kedudukan Pasukan Mata Perbezaan Gol (PG)
1 Malaysia 3 +3
2 Vietnam 3 +1
3 Laos 0 -4

Keputusan & Kedudukan Carta Terkini Kumpulan C

  • 5 Dis: Myanmar 0-2 Filipina
  • 8 Dis: Filipina 1-0 Indonesia
  • Filipina (Juara Kumpulan). (Indonesia perlu menunggu keputusan Kumpulan A & B untuk slot Naib Juara Terbaik).
Kedudukan Pasukan Mata Perbezaan Gol (PG)
1 Filipina 6 +3
2 Indonesia 0 0
3 Myanmar 0 -2

Bola Sepak Wanita Sukan SEA 2025

Keputusan Perlawanan Kumpulan B:

  • Vietnam menewaskan Malaysia (7-0)
  • Myanmar menewaskan Filipina (2-1)
  • Filipina menewaskan Vietnam (1-0)
  • Myanmar menewaskan Malaysia (1-0)

SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) BOLA SEPAK SUKAN SEA 2025 – MALAYSIA VS VIETNAM

Saksikan siaran langsung, (LIVE) MALAYSIA VS VIETNAM pada 11 Disember 2025 di Astro Arena Saluran 801HD, pukul 5 petang.

  • Perlawanan: Malaysia vs Vietnam (Kumpulan B, Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2025)
  • Tarikh: Khamis, 11 Disember 2025
  • Waktu Mula: 5:00 PM (Waktu Malaysia/Vietnam) / 4:00 PM (Waktu Indonesia Barat)
  • Venue: Rajamangala National Stadium, Bangkok
  • Saluran: Astro Arena Saluran 801HD

Siaran langsung perlawanan ini juga boleh diikuti melalui platform penstriman Astro Go atau Sooka.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila rujuk media sosial rasmi FAM dan

Baca juga:

Soalan Lazim Bola Sepak Sukan SEA 2025

Bilakah Bola Sepak Sukan SEA 2025 berlangsung?

Peringkat Kumpulan Bola Sepak Lelaki bermula pada 3 Disember 2025, manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 17 Disember 2025.

Di manakah perlawanan bola sepak diadakan?

Perlawanan utama diadakan di Thailand, dengan venue utama seperti Stadium Rajamangala di Bangkok, Stadium 700th Anniversary di Chiang Mai, dan venue di Chonburi (terutamanya untuk wanita).

Berapa banyak pingat emas yang dipertandingkan?

Dua (2) pingat emas: satu untuk acara Bola Sepak Lelaki, dan satu untuk acara Bola Sepak Wanita.

Siapa lawan Malaysia di peringkat kumpulan?

Malaysia berada dalam Kumpulan B dan akan bertemu Laos dan Vietnam di peringkat kumpulan.

Siapa yang layak ke separuh akhir?

Hanya juara kumpulan dan satu pasukan naib juara terbaik dari semua kumpulan akan mara ke separuh akhir.

Apakah sasaran Malaysia?

Malaysia menetapkan sasaran sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir, dengan harapan untuk menamatkan kemarau pingat emas yang terakhir dimenangi pada 2011.​

Di manakah boleh menonton siaran langsung Bola Sepak Malaysia VS Vietnam Sukan SEA 2025?

Siaran langsung perlawanan boleh diikuti melalui platform seperti Astro Go, Sooka, dan Astro Arena.



Real Estate

Agen Togel Terpercaya

Bandar Togel

Sabung Ayam Online

Berita Terkini

Artikel Terbaru

Berita Terbaru

Penerbangan

Berita Politik

Berita Politik

Software

Software Download

Download Aplikasi

Berita Terkini

News

Jasa PBN

Jasa Artikel

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *