Login e-Filing 2026 ialah proses log masuk ke sistem cukai dalam talian melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menggunakan platform MyTax untuk mengemukakan Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2025.
Bermula 1 Mac 2026, semua individu yang layak dikenakan cukai pendapatan perlu menghantar penyata cukai secara dalam talian melalui sistem e-Filing LHDN, sama ada menerusi portal MyTax atau platform ezHASiL.
Sistem ini membolehkan pembayar cukai mengisi, menyemak dan menghantar borang cukai dengan lebih cepat, selamat dan tanpa perlu hadir ke cawangan LHDN.
Semua pembayar cukai yang mempunyai pendapatan bercukai, termasuk individu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB), digalakkan menggunakan kemudahan e-Filing 2026 bagi memastikan pematuhan cukai dilakukan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.
Selain itu, pembayar cukai turut diingatkan supaya menyimpan semua dokumen percukaian seperti EA Form, resit pelepasan cukai dan rekod pendapatan sekurang-kurangnya selama tujuh (7) tahun.
Penyimpanan rekod ini penting sekiranya berlaku semakan atau audit oleh pihak LHDN serta untuk rujukan semula laporan cukai pada masa hadapan.
KENYATAAN MEDIA : PERKHIDMATAN E-FILING BAGI TAHUN TAKSIRAN 2024 DIBUKA MULAI 1 MAC 2025
28 FEBRUARI 2025









Jadi, bagi yang masih belum ada akaun bolehlah daftar di portal ini.
Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang Portal MyTax LHDN.


Apakah MyTax LHDNM?
Portal ini berfungsi sebagai portal maklumat sehenti untuk kegunaan pembayar cukai yang sudah mempunyai ID dan Kata Laluan e-Filing.
Apa yang kita boleh semak di portal ini?
Berikut adalah perkara yang kita boleh semak sendiri di portal MyTax :
- Baki cukai terkini, sama ada terdapat tunggakan cukai atau lebihan kredit
- Tarikh lebihan kredit tahun sebelum dibayar balik kepada kita
- Senarai PCB yang majikan potong dari gaji kita tu ( semakan terhad untuk tahun semasa dan tahun sebelum je )
- Ringkasan lejar cukai pendapatan untuk 10 tahun terkini
- Perincian lejer cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun terkini
- Senarai ansuran CP500
- Rekod SPC
Selain itu portal ini juga menyediakan pautan terus ke lain-lain perkhidmatan seperti ByrHasil (baca Bayar Hasil), e-Filing, e-Kemaskini dan beberapa ‘e’ lagi.
Lepas ni kalau setakat nak semak status terkini cukai pendapatan kita, atau nak semak PCB yang majikan buat dah masuk ke lejar kita ke belum, cubalah semak di portal ni dulu.


Cara Pendaftaran MyTax & Login Kali Pertama


Pendaftaran MyTax boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar si Portal MyTax iaitu
Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Pendaftaran secara e-Daftar :
- Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
- Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
Log Masuk Kali Pertama
Bagi anda yang telah berdaftar tetapi tiada Sijil Digital, terdapat 2 kaedah yang boleh dilakukan untuk mendaftar iaitu:
- e-CP550 – permohonan di web
- e-KYC – pengecaman identiti wajah di mobile


Cara Mohon Sijil Digital No.Pin Secara Online


- Layari laman web
- Sila Pilih Jenis Pengenalan
- Masukkan nombor pengenalan dan klik “Hantar”. Paparan “ Sijil Digital Tidak Wujud “ akan dipaparkan.
- Sila pilih e-CP55D – Borang permohonan bagi log masuk kali pertama secara dalam talian melalui laman web MyTax
- Lampirkan salinan kad pengenalan bewarna muka hadapan dan belakang dan klik hantar
- Sila semak email dan klik link yang diberi dan buat katalaluan.
Sila aktifkan sijil digital dan daftar sijil digital anda dengan nombor pin yang diberikan dan sahkan maklumat asas.
Sila rujuk manual penuh :
Cara Daftar & Isi Borang e-Filing 2025 Di MyTax
Berikut adalah langkah-langkah untuk login MyTax untuk memulakan e-filing 2025:
LANGKAH 1 : LOGIN E-DAFTAR


LANGKAH 2: KLIK BUTANG ‘CARI’


LANGKAH 3: LOGIN
Layari mytax.hasil.gov.my, dan ‘Log In’ menggunakan kad pengenalan dan kata laluan setelah membuat pendaftaran.


LANGKAH 4 : PILIH MENU E-FILING 2025
Setelah itu, akan masuk ke page ini, LHDN dah update dah, korang boleh terus klik belah kanan tu, e-Borang tahun ‘2025’


LANGKAH 5 : LENGKAPKAN BORANG NYATA INDIVIDU
Bahagian 1: Di sebelah kiri, ada 5 bahagian yang anda perlu isi, lengkapkan semua untuk setiap bahagian.


Bahagian 2: Maklumat Tambahan, lengkapkan semua. Ada sesetengah, majikan yang akan bayarkan cukai, tgk ‘EA form’ atau slip gaji masing-masing.


Bahagian 3: Isi jumlah pendapatan tahunan dalam ni, dan sekiranya ada pindah tempat kerja tahun lepas, kena isi untuk kedua-dua syarikat.


Bahagian 4: Pelepasan cukai yang anda boleh tolak dari jumlah pendapatan, rujuk senarai PELEPASAN CUKAI 2024 LHDN atau poster yang dilampirkan di bawah:




Bahagian 5: Rumusan, boleh semak ape yang anda dah isi di semua bahagian tadi.


Bahagian Akhir: Akuan, untuk ‘Tandatangan & Hantar’, kita tak boleh nak betulkan dah, semak betul-betul sebelum hantar, boleh klik ‘’Cetak Draf’ untuk tengok contoh.


Maka, selesailah Cukai Taksiran / e-filing untuk Tahun 2025 anda. Tahniah sebab andalah ‘Wira Negara’.
Sumber gambar / penerangan : Facebook Fahmy Abdullah
Sila rujuk panduan lengkap dan senarai checklist LHDN:
Cara Semakan Status Tunggakan Cukai LHDN Di Portal MyTax
Jika anda pernah berdaftar dan mempunyai nombor pin, anda hanya perlu log masuk ke pautan berikut dengan mengisikan nombor kad pengenalan : /


Anda juga akan melihat paparan Dashboard seperti ini.


Mudah kan?
Bagi yang belum berdaftar, klik pada LOG MASUK KALI PERTAMA.


Kemudian sila masukkan No. PIN dan No. Rujukan (No. Pengenalan) dan klik Hantar.
Tutorial Panduan Isi e-Filling 2025
Baca juga: Cara Semak Nombor Telefon Scammer Online (CCID PDRM)
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut atau kesulitan berkenaan dengan cara mengisi e-Filling 2025, anda boleh rujuk kepada saluran berikut:
- Portal rasmi www.hasil.gov.my atau
- Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara)
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
