Terkini, hebahan semakan keputusan Transkrip HEP (E-Profiling Pelajar) bagi sesi Oktober 2025 hingga Februari 2026 telah diumumkan khas buat pelajar Kohort 1 yang terlibat. Semakan ini boleh diakses bermula 30 Mac 2026 (Isnin) pada jam 2.00 petang melalui sistem e-Profiling UiTM.
Oleh itu, semua pelajar disarankan untuk mengambil peluang ini bagi menyemak status dan pencapaian masing-masing, di samping memastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan terkini.

Apa itu e-Profiling UiTM
e-Profiling UiTM ialah sebuah sistem digital yang direka khas untuk membantu pelajar mengumpul dan menyusun rekod pencapaian sepanjang tempoh pengajian. Melalui sistem ini, pelajar dapat merekodkan GPA serta penglibatan dalam aktiviti kokurikulum secara lebih tersusun dan sistematik dalam satu platform berpusat.
Inisiatif e-Profiling ini diwujudkan bagi memperkukuh kebolehpasaran graduan dalam dunia pekerjaan. Dengan adanya rekod lengkap merangkumi akademik dan kokurikulum, graduan UiTM dapat meyakinkan majikan bahawa mereka bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah aktif dan berkemahiran dalam pelbagai aktiviti luar bilik kuliah.
Selain itu, sistem ini juga berfungsi menjana Transkrip HEP (Hal Ehwal Pelajar) secara dalam talian, yang memaparkan tahap penglibatan dan pencapaian pelajar bagi setiap semester. Ini menjadikan e-Profiling sebagai satu platform penting dalam menilai pembangunan holistik pelajar sepanjang berada di UiTM.
Tujuan e-Profiling UiTM
- Membantu pelajar mengumpul dan menyusun rekod CGPA serta aktiviti kokurikulum
- Direka khas untuk memantau penyertaan pelajar sepanjang pengajian di UiTM
- Inisiatif untuk meningkatkan peluang graduan dalam pasaran kerja
- Meyakinkan majikan bahawa graduan UiTM cemerlang dalam akademik dan aktif dalam kokurikulum
Cara Isi & Semak e-Profiling UiTM (Panduan Lengkap Pelajar)
Berikut ialah panduan lengkap untuk membantu pelajar mengisi dan menyemak e-Profiling UiTM melalui sistem MyHEP berdasarkan langkah sebenar dalam sistem:
1. Akses Sistem MyHEP
Mulakan dengan membuka browser seperti Google Chrome atau Microsoft Edge, kemudian layari laman rasmi:
👉
Log masuk menggunakan akaun UiTM SSO atau Google.


2. Klik Modul e-Profiling
Pada skrin utama MyHEP, klik menu “eProfiling (Sistem Profiling Pelajar)” untuk masuk ke modul pengurusan profiling.


3. Pengesahan Maklumat Profiling
Sebelum mengisi maklumat:
- Tandakan checkbox pengesahan
- Klik butang “Saya Setuju”
Pastikan semua maklumat yang akan diisi adalah benar kerana UiTM boleh membuat semakan.


4. Semak Status Profiling
Dalam bahagian maklumat profiling, pelajar akan nampak status berikut:
- DRAF – Boleh tambah & kemas kini maklumat
- HANTAR – Tidak boleh ubah (telah dihantar)
- SELESAI – Transkrip telah dijana
Klik ikon untuk:
- Lihat maklumat
- Edit atau tambah aktiviti


5. Tambah Maklumat Profiling
Klik Tambah/Kemaskini Maklumat Profiling, kemudian isi butiran berikut:
- Seksyen (pilih kategori)
- Nama program/aktiviti
- Tempat
- Jenis kehadiran (online/fizikal)
- Tarikh mula & tamat
- Kategori & subkategori
- Peringkat/tahap pencapaian
- Catatan (jika ada)
- Muat naik bukti (sijil/gambar)
Akhir sekali, klik “Simpan”.


6. Pilih Seksyen Aktiviti
Terdapat 4 kategori utama:
- Penyertaan
- Penganjuran
- Pengiktirafan
- Jawatankuasa
Pastikan anda pilih kategori yang betul bagi setiap aktiviti.


7. Paparan & Semakan Maklumat
Semua aktiviti yang telah dimasukkan akan dipaparkan dalam senarai.
Anda boleh:
- Lihat semula maklumat
- Edit atau padam jika perlu
- Pastikan semua data lengkap sebelum hantar


8. Hantar Profiling
Selepas semua maklumat lengkap:
⚠️ Penting:
Jangan hantar jika maklumat belum lengkap kerana selepas dihantar, anda tidak boleh edit semula.


9. Status Selepas Hantar
Selepas dihantar:
- Status akan berubah kepada HANTAR
- Anda hanya boleh melihat maklumat yang telah dihantar


10. Semakan Transkrip e-Profiling
Untuk semak transkrip:
- Klik menu “Semakan Transkrip Profiling”
- Pilih semester
- Klik “Transkrip”
📌 Nota: Transkrip hanya akan dipaparkan selepas pihak MyHEP selesai membuat kiraan merit pada akhir semester.


11. Paparan Transkrip HEP
Transkrip akan memaparkan:
- Senarai aktiviti pelajar
- Kategori penglibatan
- Tahap pencapaian
- Rekod lengkap kokurikulum


Peringatan Penting
- Proses ini WAJIB dibuat setiap semester
- Kegagalan mengisi e-Profiling boleh menjejaskan rekod pelajar
- Pastikan semua maklumat adalah tepat dan lengkap sebelum dihantar
Manual Pengguna e-Profiling Pelajar
Maklumat Lanjut
Sekiranya pelajar menghadapi sebarang masalah atau memerlukan bantuan lanjut, mereka boleh menghubungi pihak HEP kampus masing-masing atau Unit Korporat Shah Alam di talian 03-5544 2044, atau melalui emel [email protected].
Soalan Lazim e-Profiling UiTM
e-Profiling UiTM ialah sistem digital yang direka khas untuk membantu pelajar mengumpul dan menyusun rekod pencapaian sepanjang tempoh pengajian.
Semakan terbuka kepada pelajar sepenuh masa UiTM, kecuali pelajar program Asasi dan Pascasiswazah.
Semakan bagi sesi Oktober 2025 hingga Februari 2026 dibuka pada 30 Mac 2026 (Isnin), jam 2.00 petang.
Pelajar boleh membuat semakan melalui portal rasmi MyHEP di:
Ya, keputusan Transkrip HEP boleh diakses dan dicetak melalui sistem e-Profiling.
e-Profiling penting untuk merekod penglibatan kokurikulum, membina kemahiran insaniah, dan menjadi rujukan pencapaian pelajar sepanjang pengajian.
Kegagalan melengkapkan e-Profiling boleh menyebabkan sekatan akses sistem pada semester berikutnya.
Ya, pelajar wajib mengemas kini dan melengkapkan e-Profiling pada setiap semester.
Pelajar boleh menghubungi pihak HEP kampus masing-masing atau Unit Korporat Shah Alam di talian 03-5544 2044.
Ya, pelajar boleh menghantar pertanyaan ke emel: [email protected]
Baca juga:
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

