Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) menawarkan Geran Usahawan Perak Sejahtera 2026 (GeRAK+) khusus untuk usahawan PMKS, peniaga, penjaja dan usahawan informal di Negeri Perak.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai geran ini.

Mengenai Geran Usahawan Perak Sejahtera
GERAK PLUS merupakan geran one-off yang disediakan khusus kepada usahawan PMKS, peniaga, penjaja dan usahawan informal di Negeri Perak.
Tujuan utama geran ini diwujudkan adalah untuk:
- Meningkatkan kapasiti dan pengeluaran
- Menambah baik produktiviti
- Memperkukuh pengurusan kewangan
- Memperbaiki jenama dan pembungkusan produk
Menerusi geran ini, usahawa yang layak menerima geran ini tidak perlu membayak balik bantuan yang diberikan dan ianya terbuka kepada semua jenis perniagaan.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 2 Mei 2026 sehingga 2 Jun 2026.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang diberikan menerusi geran ini adalah sehingga RM5,000.
Pembiayaan Geran
Geran ini dikhaskan untuk pembiayaan kos-kos berikut:
- Kos pembelian peralatan atau perkhidmatan bagi membantu meningkatkan produktiviti dan kapasiti.
- Kos pendaftaran pensijilan khas.
- Kos yuran penyertaan bagi kursus yang berkaitan dengan peningkatan produktiviti dan kapasiti.
- Kos berkaitan aktiviti pemasaran dan pemasaran digital.
- Kos pembungkusan dan aktiviti berkaitan yang dinilai sebagai aktiviti yang meningkatkan produktiviti oleh ahli Jawatankuasa Geran.
- Kos pembangunan sistem digital seperti laman web, sistem tempahan, atau sistem pengurusan perniagaan.
- Kos langganan perisian (software) berkaitan operasi, kewangan atau pemasaran.
- Kos pengubahsuaian premis bagi tujuan mendapatkan pensijilan (melampirkan ulasan audit dari pihak berkaitan untuk pengubahsuaian premis.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon geran ini adalah seperti berikut:
- Mempunyai SSM yang berdaftar di negeri Perak dan masih sah.
- Pemohon adalah warganegara Malaysia.
- Perniagaan beroperasi di negeri Perak.
- Pemohon adalah berumur dari 18 hingga 60 tahun Sahaja.
- Nilai jualan RM100,000.00 – RM300,000.00 sahaja setahun.
- Berdaftar dengan LHDN (Mengemukakan lampiran Sijil Pematuhan Cukai (TCC).
- Tidak pernah menerima geran GeRAK pada tahun 2024 dan 2025.
- Mengemukakan penyata bank (3 bulan) sebagai bukti jualan.


Syarat Pembelian Barang/ Peralatan
Syarat pembelian barang atau peralatan untuk permohonan geran ini adalah seperti berikut:
- Peralatan yang dipohon tidak pernah diberikan oleh mana-mana agensi lain.
- Setiap barang perlu berharga melebihi RM100.00.
- Peralatan/Barang atau perkhidmatan yang dipohon adalah bagi tujuan meningkatkan produktiviti, kapasiti dan dapat membantu meningkatkan kecekapan operasi. (Permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Geran).
- Bagi sebutharga yang bernilai melebihi RM5,000.00 pemohon perlu menanggung lebihan bayaran tersebut.
- Kelulusan geran bergantung kepada penilaian sebutharga oleh Jawatankuasa Geran.
- Maksimum harga barang/peralatan yang akan diluluskan adalah RM5,000 termasuk SST.
Namun, geran ini tidak meliputi pembelian barang seperti berikut:
- Peralatan seperti komputer, komputer riba, tablet, telefon pintar dan sebagainya.
- Penghawa dingin, kipas, meja, kerusi dan sebagainya.
- Bahan mentah (input pertanian, bahan masakan, bahan jahitan seperti kain, jarum, benang, batu bata, simen dan lain-lain).
- Bil elektrik, air, sewaan premis, bayaran gaji pekerja, dan kos-kos berkaitan operasi perniagaan.
- Barang yang tidak berkaitan dengan perniagaan yang didaftarkan.
- Pembayaran kos penghantaran, kos pemasangan dan kos kos lain.
- Kos operasi rutin dan penyelenggaraan.
- Ubahsuai premis bukan untuk tujuan pensijilan.
- Sebarang kos yang diputuskan tidak layak oleh Jawatankuasa Kelulusan.




Kaedah Perolehan
Kaedah perolehan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Permohonan wajib di sertakan bersama 3 sebutharga bagi setiap peralatan yang hendak dibeli / dicetak / perkhidmatan yang hendak digunakan.
- Pemohon juga perlumelampirkan gambar hadapan premis perniagaan.
- Lampiran penyata akaun perniagaan pemohon;
- Bagi kos pendaftaran kursus dan pensijilan seperti Halal / MESTI / GMP/ Kodbar dan lain-lain, sebutharga atau surat tawaran rasmi dari penganjur perlu disediakan.
- Sebutharga dari platform atastalian seperti Shopee, TikTok, Lazada dan sebagainya tidak dibenarkan.


Cara Memohon
Permohonan bagi geran ini boleh dilakukan di laman sesawang https://step.perak.my/sme/.
Soalan Lazim
Geran Usahawan Perak Sejahtera merupakan geran one-off khusus kepada usahawan PMKS, peniaga, penjaja dan usahawan informal di Negeri Perak.
Jumlah bantuan yang diberikan adalah sehingga RM5,000.
– Kos pembelian peralatan atau perkhidmatan bagi membantu meningkatkan produktiviti dan kapasiti.
– Kos pendaftaran pensijilan khas.
– Kos yuran penyertaan bagi kursus yang berkaitan dengan peningkatan produktiviti dan kapasiti.
– Kos berkaitan aktiviti pemasaran dan pemasaran digital.
– Kos pembungkusan dan aktiviti berkaitan yang dinilai sebagai aktiviti yang meningkatkan produktiviti oleh ahli Jawatankuasa Geran.
– Kos pembangunan sistem digital seperti laman web, sistem tempahan, atau sistem pengurusan perniagaan.
– Kos langganan perisian (software) berkaitan operasi, kewangan atau pemasaran.
– Kos pengubahsuaian premis bagi tujuan mendapatkan pensijilan (melampirkan ulasan audit dari pihak berkaitan untuk pengubahsuaian premis.
– Peralatan yang dipohon tidak pernah diberikan oleh mana-mana agensi lain.
– Setiap barang perlu berharga melebihi RM100.00.
– Peralatan/Barang atau perkhidmatan yang dipohon adalah bagi tujuan meningkatkan produktiviti, kapasiti dan dapat membantu meningkatkan kecekapan operasi. (Permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Geran).
– Bagi sebutharga yang bernilai melebihi RM5,000.00 pemohon perlu menanggung lebihan bayaran tersebut.
– Kelulusan geran bergantung kepada penilaian sebutharga oleh Jawatankuasa Geran.
– Maksimum harga barang/peralatan yang akan diluluskan adalah RM5,000 termasuk SST.
– Permohonan wajib di sertakan bersama 3 sebutharga bagi setiap peralatan yang hendak dibeli / dicetak / perkhidmatan yang hendak digunakan.
– Pemohon juga perlumelampirkan gambar hadapan premis perniagaan.
– Lampiran penyata akaun perniagaan pemohon;
– Bagi kos pendaftaran kursus dan pensijilan seperti Halal / MESTI / GMP/ Kodbar dan lain-lain, sebutharga atau surat tawaran rasmi dari penganjur perlu disediakan.
– Sebutharga dari platform atastalian seperti Shopee, TikTok, Lazada dan sebagainya tidak dibenarkan
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Geran Usahawan Perak (GERAK) boleh dikemukakan kepada urusetia melalui talian berikut:
- Encik Asyraf- 011-7213 7656
- Encik Danial- 016-227 6058
- Cik Faizah- 011- 6954 5209
- Encik Amir- 016-8470730
- Encik Hafiz – 05-5458525
- Encik Shahzlan – 05-5458104
- Cik Aqilah – 05-5458105
Baca juga: Permohonan Geran Women Biz Entrepreneurship KEDA
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
