MyKad (IC) Hilang Apa Nak Buat? – Ini yang anda perlu tahu sama ada anda pernah hilang kad pengenalan kali pertama, kedua, ketiga atau seterusnya.
IC, MyKad atau kad pengenalan adalah salah satu dokumen peribadi yang perlu kita bawa ke mana-mana.
Disebabkan boleh dibawa ke mana-mana, maka lagi senanglah IC (Mykad) hilang!
MyKad yang disalahguna oleh orang yang tak bertanggungjawab boleh membahayakan kita.
Macam mana pun anda hilang IC tersebut, tindakan perlu dilakukan secepatnya untuk mendapatkan kad pengenalan baru.
Permohonan Gantian MyKad (IC) Hilang Secara Online
Jika anda pertama kali kehilangan MyKad, anda boleh memohon kad pengenalan gantian secara online tau!
Melalui penambahbaikan perkhidmatan sistem atas talian, Jabatan Pendaftaran Negara menawarkan perkhidmatan tersebut melalui pautan
Hanya 4 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu:
- Gantian Kerosakan Fizikal Kad
- Gantian Kerosakan Cip
- Gantian Biasa
- Gantian Hilang Kali Pertama (Kecuaian)

Cara Permohonan Gantian IC Hilang Online
Permohonan gantian IC (MyKad) yang hilang boleh dilakukan secara online melalui portal rasmi Sistem Gantian MyKad JPN.
Walau bagaimanapun, kaedah online ini hanya terpakai untuk kes kehilangan kali pertama akibat kecuaian sahaja, serta tidak melibatkan sebarang pertukaran gambar atau maklumat peribadi pemohon.
Rujuk cara-caranya di bawah:
- Layari portal gantianmykad.jpn.gov.my
- Anda boleh log masuk menggunakan MyDigital ID.
- Scan QR menggunakan aplikasi MyDigital ID > buat pengesahan maklumat.
- Pilih jenis gantian dan lengkapkan maklumat yang diminta.
- Pilih pusat kutipan MyKad (JPN atau UTC) yang paling mudah untuk anda hadir nanti.
- Lakukan pembayaran secara dalam talian melalui FPX (perbankan internet).
- Hadir ke kaunter yang dipilih dengan membawa resit bayaran dan MyKad asal (jika ada) untuk pengesahan biometrik sebelum mengambil kad baharu.
Rujuk panduan bergambar di bawah:






4. Pilih jenis gantian dan lengkapkan maklumat yang diminta dan pilih pusat kutipan MyKad (JPN atau UTC) yang paling mudah untuk anda hadir nanti. Lakukan pembayaran secara dalam talian melalui FPX (perbankan internet).
Tempoh Kutipan
- Selepas 30 minit di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC.
- Selepas 5 hari waktu bekerja di JPN cawangan Semenanjung Malaysia.
- Selepas 7 hari waktu bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak.
NOTA:
- Sistem online ini hanya beroperasi mengikut waktu tertentu sahaja. Ini bermaksud anda hanya boleh membuat permohonan penggantian IC secara online mengikut waktu yang ditetapkan seperti di bawah sahaja.
- Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 4.30 petang
- Sabtu & Ahad : Sistem ditutup
- Cuti Umum : Sistem ditutup
Dokumen Diperlukan Jika MyKad Hilang
- Perlu mengemukakan laporan polis sama ada bagi kes kehilangan kad pengenalan akibat jenayah (bagi kehilangan kali pertama dan seterusnya) ataupun akibat kecuaian (diwajibkan bagi kes kehilangan kali kedua dan seterusnya).
- Laporan polis perlu menyatakan dengan jelas butir-butir kejadian serta menyebut butir-butir Kad Pengenalan yang hilang.
Selain itu, dokumen-dokumen berikut juga mungkin diperlukan mengikut jenis kes kehilangan:
- Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang miskin atau daif atau orang-orang kurang upaya (OKU)]; atau
- Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam]; atau
- Bagi kehilangan Kad Pengenalan yang disebabkan kes rompakan, samun, kecurian, malapetaka dan seumpamanya,laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan Kad Pengenalan yang hilang.
- Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)
Perlukah Buat Laporan Polis Jika MyKad Hilang?
Ya perlu. Anda disarankan untuk segera ke balai polis terdekat untuk membuat laporan MyKad hilang.
Salinan laporan polis tersebut boleh digunakan sementara anda belum membuat kad pengenalan baru dan perlu dikemukakan kepada JPN semasa permohonan kad pengenalan baru.
IC Hilang Kali Kedua atau Bukan Sebab Kecuaian, Apa Perlu Buat?
Ingat, permohonan gantian secara online hanya terpakai untuk kes kehilangan kali pertama akibat kecuaian sahaja, serta tidak melibatkan sebarang pertukaran gambar atau maklumat peribadi pemohon.
Selain daripada itu, anda perlu hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk permohonan gantian hilang kad pengenalan.
Kadar Bayaran Hilang MyKad (2026)
Caj yang dikenakan bagi mengganti kad pengenalan bergantung kepada berapa kali permohonan telah dibuat.
- Kehilangan Kali Pertama – RM110
- Kehilangan Kali Kedua – RM310
- Kehilangan Kali Ketiga – RM1,010
PENTING:
- Kehilangan kali kedua dan seterusnya mewajibkan pemohon membuat laporan polis.
- Kehilangan kali ketiga dan seterusnya akan dikenakan siasatan lanjut.


Pengembalian wang tidak akan dipertimbangkan bagi permohonan gantian hilang Kad Pengenalan yang telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan atau sekiranya Kad Pengenalan lama dijumpai semula.
Permohonan Gantian MyKAD Melalui Telefon
Selain membuat permohonan gantian secara online atau kaunter JPN berdekatan, anda juga boleh mohon gantian MyKad biasa atau rosak melalui panggilan telefon menerusi perkhidmatan “MyPhone-In”.
Anda hanya perlu hubungi nombor telefon berikut: 03-8880 8066
Kalau MyKad hilang tak boleh guna kaedah ini ya.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Permohonan untuk Gantian MyKad Biasa atau Cip/Kad Rosak.
- Bayaran Permohonan RM10.00 (Kutipan bayaran akan dikenakan semasa pengambilan kad).
- Permohonan dan pengambilan MyKad hanya boleh dilakukan oleh Pemilik MyKad sendiri sahaja. Pemohon di bawah 18 tahun perlu ditemani ibu/bapa atau penjaga yang sah semasa membuat kutipan.
- MyKad siap sedia dikutip di semua Pejabat Percetakan Teragih (DPP) dalam masa 30 minit selepas selesai permohonan.
- Sebarang perubahan maklumat bagi alamat, agama, pindaan nama dan gambar Tidak Dibenarkan.
- Caj hilang akan dikenakan jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter. – PENTING!
WAKTU OPERASI
ISNIN – JUMAAT : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
WAKTU REHAT
ISNIN – JUMAAT : 1.00 PETANG – 2.00 PETANG
JUMAAT : 12.15 TENGAH HARI – 2.45 PETANG
Maklumat Lanjut
Dengan panduan yang diberikan, semoga sedikit sebanyak dapat membantu urusan penggantian kad pengenalan yang hilang. Jangan melambatkan prosedur penggantian kad pengenalan dan ikutilah langkah di atas.
Buat laporan polis, atur temujanji dan sediakan dokumen yang diperlukan supaya urusan lebih lancar di JPN nanti.
Untuk maklumat lanjut dan info terkini, sila rujuk:
Untuk sebarang pertanyaan, sila kemukakan di e-Pertanyaan (SISPAA JPN):
- Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
- Tel: 03-80008000
- Faks: 03-88808288
- Email: [email protected]
Soalan Lazim MyKad IC Hilang
Anda perlu segera mengemukakan permohonan gantian sama ada secara dalam talian melalui Sistem Gantian MyKad JPN atau hadir terus ke mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.
– Kehilangan Kali Pertama (Kecuaian): Tidak wajib membuat laporan polis. Anda boleh terus memohon secara online atau di kaunter. Tapi kalau hilang disebabkan jenayah, wajib buat laporan polis.
– Kehilangan Akibat Kes Jenayah / Bencana: Wajib laporan polis (bagi kes ragut, kecurian, kebakaran, atau banjir) untuk melayakkan anda mendapat pengecualian denda.
– Kehilangan Kali Kedua dan Seterusnya: Wajib membuat laporan polis yang menyatakan dengan jelas butiran kejadian sebelum hadir ke kaunter JPN.
Kehilangan Kali Pertama – RM110
Kehilangan Kali Kedua – RM310
Kehilangan Kali Ketiga – RM1,010
Boleh, tetapi terhad untuk kehilangan kali pertama sahaja. Bagi kes kehilangan kali kedua atau jika ada pertukaran maklumat penting (seperti gambar atau alamat), anda wajib hadir secara fizikal ke kaunter pejabat JPN.
Jika MyKad lama yang dilaporkan hilang dijumpai semula, jangan gunakan kad tersebut. Serahkan ke balai polis atau JPN berhampiran.
Tuan/puan perlu hadir ke pejabat JPN berhampiran dengan membawa laporan polis yang menyatakan sebab kehilangan kad pengenalan tersebut.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
