KUALA LUMPUR, 30 September 2026 – Lebih 8,000 peluang pekerjaan daripada 200 majikan bakal ditawarkan kepada graduan dan pencari kerja menerusi National Graduate Career Fair 2026 yang akan berlangsung pada 3 dan 4 Oktober 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Karnival kerjaya berskala nasional anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ini memberi peluang kepada graduan untuk bertemu secara langsung dengan majikan, meneroka bidang kerjaya yang sesuai serta mendapatkan panduan bagi meningkatkan kebolehpasaran.

8,000 Peluang Pekerjaan Daripada 200 Majikan
Antara majikan utama yang mengambil bahagian ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bank Negara Malaysia, Bursa Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Turut menyertai karnival ini ialah Malaysia Airports Holdings Berhad, Prasarana Malaysia Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menawarkan peluang pekerjaan kepada pengunjung.
Peluang pekerjaan yang ditawarkan merangkumi pelbagai sektor dan tahap kemahiran, termasuk:
- Maklumat dan komunikasi
- Kewangan
- Pembuatan
- Aktiviti profesional
- Saintifik dan teknikal
- Pengangkutan dan penyimpanan
- Kesihatan dan kerja sosial








Gaji Ditawarkan Sehingga RM17,000
Menariknya, 52.91 peratus daripada keseluruhan kekosongan pekerjaan yang ditawarkan menyediakan gaji melebihi RM3,000 sebulan.
Antara jawatan yang ditawarkan termasuk Eksekutif Akaun dengan gaji bermula sekitar RM3,000, manakala jawatan tertentu seperti Pengurus IT menawarkan gaji sehingga RM17,000 sebulan.
Menurut PERKESO, karnival ini bukan sekadar menyediakan peluang mendapatkan pekerjaan pertama, malah membuka akses kepada pekerjaan yang mempunyai potensi pendapatan dan perkembangan kerjaya lebih baik.
Bukan Sekadar Cari Kerja
Menerusi konsep “walk-through career experience”, graduan dan pencari kerja berpeluang bergerak dari satu majikan ke satu majikan, mengenal pasti kekosongan yang bersesuaian dengan kelayakan serta berinteraksi secara langsung dengan wakil industri.
Peserta juga boleh mendapatkan:
- Semakan resume profesional
- Khidmat kaunseling kerjaya
- Panduan mengenal pasti kekuatan diri
- Strategi pencarian kerja
- Persediaan sebelum menghadiri temu duga
Pendekatan ini bertujuan menghubungkan bakat yang sedang mencari peluang dengan keperluan sebenar industri, sekali gus membantu mengurangkan jurang antara kemahiran graduan dan permintaan pasaran pekerjaan.
Daftar National Graduate Career Fair 2026
Graduan dan pencari kerja yang berminat boleh membuat pendaftaran menerusi portal MYFutureJobs di:
Maklumat lanjut mengenai National Graduate Career Fair 2026 turut boleh diperoleh menerusi portal tersebut.
PERKESO menggalakkan graduan dan pencari kerja, khususnya mereka yang sedang mencari pekerjaan, meneroka bidang kerjaya baharu atau ingin mendapatkan pekerjaan yang lebih sepadan dengan kelayakan dan kemahiran, supaya tidak melepaskan peluang menyertai karnival ini.
- Tarikh: 3 & 4 Oktober 2026
- Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang
- Lokasi: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
- Peluang pekerjaan: Lebih 8,000
- Majikan: Lebih 200
- Gaji: RM3,000 hingga RM17,000 bagi jawatan tertentu
Karnival ini turut menyokong aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dalam memperkukuh pembangunan bakat, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta menangani isu ketidakpadanan kemahiran dalam pasaran buruh.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
Streaming Film
Nonton Film gratis
Jasa Backlink
Download Anime Batch





![Anugerah Industri Muzik 2026 [Senarai Pemenang]](https://165612.com/storage/2026/09/AIM25-2026-Siaran-Langsung-Anugerah-Industri-Muzik-26-September-scaled-150x150.jpg)
![Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 [LIVE] Jadual Acara Team MAS Hari Ini](https://165612.com/storage/2026/09/sukan-asia-2026-150x150.jpg)





![Anugerah Industri Muzik 2026 [Senarai Pemenang]](https://165612.com/storage/2026/09/AIM25-2026-Siaran-Langsung-Anugerah-Industri-Muzik-26-September-scaled-300x300.jpg)
![Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 [LIVE] Jadual Acara Team MAS Hari Ini](https://165612.com/storage/2026/09/sukan-asia-2026-300x300.jpg)

