Pencen Ilat – Bantuan Pekerja Tidak Mampu Bekerja

Pencen Ilat – Bantuan Pekerja Tidak Mampu Bekerja

Senarai Borang Perlu Diisi untuk Permohonan Pencen Ilat (Secara Manual)

1. BORANG 34 – BORANG BUTIRAN NOTIS DAN TUNTUTAN FAEDAH
  • Bagi Notis Keilatan, borang ini digunakan untuk menuntut Pencen Ilat atau Bantuan Ilat bagi pekerja yang mengalami keuzuran kekal, tidak kira dari segi mental atau fizikal, serta tidak lagi berupaya mencari nafkah.
2. Panduan Mengisi Borang 34 – BUTIRAN NOTIS DAN TUNTUTAN FAEDAH

Rujuk panduan mengisi Borang 34 di bawah:

Pencen Ilat - Bantuan Bulanan Kepada Pekerja yang Sakit
Pencen Ilat - Bantuan Bulanan Kepada Pekerja yang SakitPencen Ilat - Bantuan Bulanan Kepada Pekerja yang Sakit
3. Senarai Semak Borang 34
4. Laporan Perubatan – Ilat

Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh doktor atau pegawai perubatan hospital atau klinik
yang merawat pesakit berkenaan sahaja.

5/ BORANG BKA-1 / BORANG A (Penyertaan Pembayaran Faedah Melalui Akaun Bank)

Fungsi: Membenarkan pihak PERKESO memasukkan bayaran wang pencen terus ke dalam akaun bank peribadi milik waris secara bulanan (direct credit).

Kadar Bayaran Pencen Ilat PERKESO

Kadar Pencen Ilat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM550 sebulan.

Orang Berinsurans layak menerima pencen dengan kadar permulaan 50% daripada gaji bulanan purata anggapan dan tambahan 1% bagi setiap 12 bilangan caruman selebihnya. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kadar pencen maksimum 65%.

Contoh Pengiraan Tempoh Kelayakan Penuh:

i. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 24 bulan dalam tempoh 40 bulan.

  • Tarikh masuk skim >  01/03/2012
  • Tarikh Notis Keilatan diterima >  01/07/2015
  • Tempoh 40 bulan kebelakang berturut-turut sebelum bulan Notis diterima  > 03/2012–06/2015
  • Berdasarkan contoh di bawah, pekerja layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan.
Pencen Ilat - Bantuan Bulanan Kepada Pekerja yang SakitPencen Ilat - Bantuan Bulanan Kepada Pekerja yang Sakit

 ii. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar.

  • Tarikh masuk skim > 01/07/1999
  • Notis Keilatan diterima > 01/01/2015
  • Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014 > 186 bulan
  • 2/3 caruman bulanan telah dibayar > 2/3 x 186 bulan = 124 caruman
  • Berdasarkan contoh di bawah, pekerja yang layak menerima pencen dengan kadar 59% daripada gaji bulanan purata anggapan seperti pengiraan berikut:
Pencen Ilat - Bantuan Bulanan Kepada Pekerja yang SakitPencen Ilat - Bantuan Bulanan Kepada Pekerja yang Sakit
Contoh Pengiraan Bagi Tempoh Kelayakan Yang Dikurangkan:

Bagi tempoh kelayakan yang dikurangkan, kadar Pencen llat adalah 50% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM550 sebulan.

Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan yang dikurangkan jika:

  • Caruman bulanan Orang Berinsurans telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bilangan bulan genap dalam tempoh antara tarikh caruman mula kena dibayar dengan tarikh Notis Keilatan diterima oleh Pertubuhan.
  • Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan.

Pengiraan untuk caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar:

  • Tarikh masuk skim   > 01/07/1999
  • Notis Keilatan diterima  > 01/01/2015
  • Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014 > 186 bulan
  • 1/3 bilangan caruman dibayar > 1/3 x 186 bulan = 62 caruman
  • Berdasarkan contoh di bawah, pekerja layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan.
Pencen Ilat - Bantuan Bulanan Kepada Pekerja yang SakitPencen Ilat - Bantuan Bulanan Kepada Pekerja yang Sakit

Berapa Jumlah Pencen Ilat PERKESO jika Gaji RM2,500 sebulan?

Berdasarkan gaji RM2,500 sebulan, jumlah Pencen Ilat yang boleh anda terima adalah antara RM1,250 hingga RM1,625 sebulan mengikut ketetapan PERKESO (SOCSO).

Jumlah sebenar bergantung kepada berapa lama anda telah mencarum dengan formula berikut:

1. Kadar Permulaan (50%)

Jika anda memenuhi tempoh kelayakan penuh (mencarum sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan sebelum tarikh notis), anda layak mendapat 50% daripada gaji purata.

  • Pengiraan: 50% x RM2,500 = RM1,250 sebulan.

2. Kadar Tambahan (Sehingga 65%)

Bagi setiap 12 bulan caruman tambahan yang anda bayar melebihi tempoh 24 bulan pertama, kadar pencen akan meningkat sebanyak 1%. Kadar maksimum yang boleh dicapai adalah 65%.

  • Jika layak 65%: 65% x RM2,500 = RM1,625 sebulan.

3. Syarat Penting Lain

  • Gaji Purata Anggapan: Pengiraan ini menggunakan “gaji bulanan purata anggapan” berdasarkan jadual caruman PERKESO, bukan sekadar gaji bersih.
  • Pencen Minimum: Walaupun gaji seseorang sangat rendah, PERKESO menjamin bayaran minimum sebanyak RM550 sebulan.
  • Perlindungan 24 Jam: Bermula Jun 2026, PERKESO memperluas perlindungan melalui Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) yang meliputi kecederaan di luar waktu bekerja.

NOTA: Pengiraan ini adalah sebagai contoh pengiraan asas sahaja. Sila rujuk laman web perkeso untuk mengetahui nilai sebenar.

Salah Faham Pencen Ilat

  • Ramai masih salah faham tentang permohonan Pencen Ilat di bawah Akta 4 PERKESO. Ada yang anggap, jika terasa penat, lenguh lutut atau stres kerja, itu sudah layak mohon ilat. Hakikatnya, tidak semudah itu.
  • Pencen Ilat diberikan kepada individu yang mengalami keuzuran kekal, penyakit serius yang tidak boleh sembuh, atau kehilangan sekurang-kurangnya ⅓ keupayaan bekerja secara kekal.
  • Penting untuk difahami, keputusan permohonan Ilat tidak ditentukan oleh PERKESO, sebaliknya oleh panel doktor pakar bertauliah yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tiada kompromi, tiada kabel, tiada keputusan suka-suka.
  • Contoh individu yang layak mohon ilat termasuk pesakit buah pinggang kronik yang menjalani dialisis tiga kali seminggu, atau mereka yang mengalami kecacatan fizikal kekal yang menghalang mereka untuk bekerja seperti biasa.
  • Jika sekadar lutut bengkak selepas futsal tapi masih lincah berlari ke warung atau buat konten TikTok — itu belum layak. Mungkin lebih sesuai mohon cuti sakit, bukan pencen ilat.
  • PERKESO komited untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan perlindungan sosial jangka panjang. Tetapi pemahaman yang tepat perlu ada, supaya sistem ini tidak disalah guna dan terus relevan untuk semua.
  • Untuk maklumat lanjut atau semakan kelayakan, layari www.perkeso.gov.my dan muat turun applikasi Prihatin PERKESO.
Pencen Ilat - Bantuan Bulanan Kepada Pekerja yang SakitPencen Ilat - Bantuan Bulanan Kepada Pekerja yang Sakit

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih terperinci tentang Pencen ILAT Perkeso ini, sila rujuk:

  1. Portal rasmi PERKESO
  2. Portal Lindung Faedah PERKESO
  3. Facebook PERKESO

ATAU

Hubungi pihak PERKESO melalui saluran berikut:

Anda juga boleh hadir terus ke mana-mana cawangan Pejabat PERKESO terdekat di seluruh negara untuk berurusan di kaunter bagi mendapatkan semakan rekod caruman penuh orang berinsuran (OB).

Soalan Lazim Pencen Ilat PERKESO

Apa Itu Pencen Ilat?

skim bantuan kewangan bulanan daripada PERKESO (SOCSO) yang diberikan kepada pekerja yang mengalami keilatan atau penyakit kronik yang menyebabkan mereka tidak lagi mampu bekerja.

Siapa yang layak memohon Pencen Ilat?

Anda layak jika disahkan menghidap keilatan kekal oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan. Syarat utama termasuk:
– Berumur di bawah 60 tahun semasa Notis Keilatan diterima.
– Memenuhi syarat tempoh kelayakan caruman (sama ada tempoh penuh atau dikurangkan).
– Keupayaan bekerja merosot sehingga kurang 1/3 daripada orang normal.

Apakah beza Pencen Ilat dan Bantuan Ilat?

– Pencen Ilat: Bayaran bulanan seumur hidup untuk mereka yang cukup tempoh caruman.
– Bantuan Ilat: Bayaran sekali gus (one-off) untuk mereka yang disahkan ilat tetapi tidak cukup tempoh caruman minimum.

Apa tindakan jika permohonan ditolak?

Anda mempunyai hak untuk membuat rayuan kepada Jemaah Doktor Rayuan atau Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) dalam tempoh 90 hari dari tarikh keputusan diterima

Adakah penyakit seperti kanser atau slip disc layak mohon Pencen Ilat?

Ya, penyakit kronik seperti kanser (terutamanya tahap 3 atau 4), penyakit jantung, kegagalan buah pinggang, dan strok sering diluluskan jika ia menghalang anda daripada bekerja. Namun, keputusan akhir bergantung sepenuhnya kepada penilaian Jemaah Doktor.

Berapa kadar bantuan yang diberikan dalam Pencen Ilat?

Kadar bantuan Pencen Ilat yang diberikan oleh PERKESO (SOCSO) adalah antara 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan.

– Kadar Permulaan (50%): Anda layak menerima 50% daripada gaji purata jika anda memenuhi syarat tempoh kelayakan caruman minimum (contohnya, mencarum sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan sebelum tarikh notis).
– Kadar Tambahan (+1%): Bagi setiap 12 bulan caruman tambahan yang dibayar melebihi tempoh kelayakan minimum, kadar pencen akan meningkat sebanyak 1%.
– Kadar Maksimum (65%): Peningkatan kadar ini dihadkan sehingga maksimum 65% daripada gaji bulanan purata anggapan.
– Bayaran Minimum: PERKESO menjamin bayaran bulanan tidak kurang daripada RM550 sebulan.
– Bayaran Maksimum: Berdasarkan siling gaji caruman RM6,000 (berkuat kuasa Oktober 2024), jumlah maksimum pencen bulanan boleh mencecah sehingga RM3,867.50.

Bagaimana jika penerima pencen meninggal dunia?

Pencen Ilat akan dihentikan dan digantikan dengan Pencen Penakat yang akan dibayar kepada waris (suami/isteri atau anak di bawah 21 tahun) yang layak.

Berapa lama proses tuntutan diambil?

Proses yang memerlukan penilaian Jemaah Doktor biasanya mengambil masa antara 3 hingga 6 bulan selepas dokumen lengkap diterima. Anda boleh menyemak status permohonan atau membuat tuntutan secara digital melalui portal Lindung Faedah.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *