Program Pendaftaran MyLesen B2 JPJ kini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak untuk mendapatkan lesen motosikal B2 secara percuma. Inisiatif Kerajaan ini khas untuk golongan B40, pelajar dan belia berumur 16–35 tahun.
Kuota adalah terhad kepada 5,000 peserta sahaja, dan pemohon digalakkan memohon segera. Semua kos latihan, kelas teori, amali dan ujian ditanggung Kerajaan.
JPJ akan menyusun jadual latihan serta ujian, manakala program turut dilaksana di institusi pendidikan melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.
Peluang ini membantu pelajar dan belia mendapatkan lesen B2 secara sah tanpa beban kewangan.
Apa itu Program MyLesen B2
Program MyLesen B2 Tahun 2025 merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang bertujuan membantu penerima atau tanggungan bantuan golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 tanpa sebarang bayaran.
Seluruh kos program ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.
Progran khas ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur antara 16 hingga 35 tahun semasa permohonan dibuat. Bagi tahun 2025, pelaksanannya turut diperluaskan ke institusi pendidikan, sebagai usaha memudahkan pelajar serta golongan belia daripada keluarga kurang berkemampuan memperoleh lesen motosikal.
Dalam pelaksanaannya, JPJ akan menguruskan jadual latihan, sesi pembelajaran, serta ujian memandu, di samping mengumumkan tarikh ujian praktikal kepada peserta.
Setiap peserta diwajibkan melengkapkan semua modul latihan dan lulus ujian mengikut prosedur ditetapkan sebelum lesen dapat dikeluarkan.
Selain itu, JPJ turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi melaksanakan program ini di peringkat sekolah, terutamanya untuk membantu pelajar yang menunggang motosikal memperoleh lesen B2 secara sah dan selamat.

Syarat Pendaftaran MyLesen B2
- Warganegara Malaysia
- Golongan B40 dan tanggungan
- Belum memiliki sebarang Lesen Memandu
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada 1 Januari 2026
- Bebas daripada senarai hitam PDRM, JPJ dan mahkamah
- Sihat fizikal dan mental
- Keutamaan kepada ahli Kadet JPJ, pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian.
Tarikh & Lokasi
Berikut adalah ketetapan masa, lokasi dan tarikh program tersebut:
- Tempat: Zon G, Dataran Putrajaya
- Tarikh: 5 hingga 7 Disember 2025
- Masa: 9.00 pagi hingga 9.00 malam


Kos Bayaran Pendaftaran MyLesen B2
Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.
Tempoh Masa Latihan & Ujian
Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:
KELAS LESEN: B2
- Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
- Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
- Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
- Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
- Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
- Ujian JPJ
Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu 3 bulan, peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 Tahun.


Cara Memohon MyLesen B2 JPJ 2026
Untuk memohon Program MyLesen B2 Tahun 2026, pendaftaran boleh dibuat melalui :
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di alamat emel: [email protected] atau talian 03 – 8892 8714 / 8693.
- Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
- Twitter: JPJ_Malaysia
- Instagram: JPJMalaysia
- Youtube: JPJMalaysia
- Telegram: JPJ_Malaysia
Maklumat Lanjut & FAQ Pendaftaran MyLesen B2
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pada Facebook Malaysia Madani
Program MyLesen B2 ialah inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan B40 dan tanggungan mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma.
Pemohon mestilah:
– Warganegara Malaysia
– Golongan B40 atau tanggungan
– Belum memiliki sebarang lesen memandu
– Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada 1 Januari 2026
– Bebas daripada senarai hitam PDRM, JPJ dan mahkamah
– Sihat fizikal dan mental
Ya. Keutamaan diberikan kepada:
– Ahli Kadet JPJ
– Pelajar sekolah
– Pelajar institusi pengajian
Ya. Program ini menawarkan kuota terhad kepada 5,000 peserta sahaja.
Permohonan boleh dibuat di:
📍 Zon G, Dataran Putrajaya
⏰ 9.00 pagi hingga 9.00 malam
Ya. Kos latihan, kelas teori, amali dan ujian ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.
Biasanya perlu membawa kad pengenalan dan dokumen berkaitan status B40 (jika diminta). JPJ akan menyemak maklumat semasa pendaftaran.
Peserta layak akan dimaklumkan mengenai jadual latihan, kelas dan ujian memandu mengikut ketetapan JPJ.
Baca juga:
Real Estate
Agen Togel Terpercaya
Bandar Togel
Sabung Ayam Online
Berita Terkini
Artikel Terbaru
Berita Terbaru
Penerbangan
Berita Politik
Berita Politik
Software
Software Download
Download Aplikasi
Berita Terkini
News
Jasa PBN
Jasa Artikel

