Peperiksaan Tahun 4 & Tingkatan 3 (Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat pada 2026 dan Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga pada 2027) diadakan mulai tahun ini adalah sebahagian daripada Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035. Layari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), untuk maklumat lanjut.
Inisiatif ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan murid lebih awal untuk intervensi tersasar. Sekali gus, membolehkan guru dan pihak sekolah merancang langkah pengukuhan kurikulum yang bersesuaian.
Bagi murid Tahun 4, pengukuran ini bermula pada 2026 dan melibatkan empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Manakala, bagi pelajar Tingkatan 3, pengukuran dilaksanakan mulai 2027 dan melibatkan lima mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.
Rujuk info penuh di bawah.

Matriks Pembelajaran Malaysia untuk Tahun 4 & Tingkatan 3
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rasminya telah memperkenalkan Matriks Pembelajaran Malaysia, sebuah pendekatan baharu bagi menilai tahap penguasaan murid secara lebih sistematik dan berpusat.
Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 20 Januari 2026, sebagai sebahagian daripada peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035.
Sistem ini direka bukan untuk menggantikan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), sebaliknya untuk memperkukuh ekosistem penilaian pendidikan negara agar lebih holistik dan berfokus kepada intervensi awal.
Bagi murid Tahun 4, pengukuran ini bermula pada 2026 dan melibatkan empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Penilaian berpusat ini dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan untuk memastikan ketelusan dan standard nasional, membolehkan identifikasi jurang pembelajaran awal bagi tindakan susulan di Tahun 5 dan 6. Ia bertujuan beri ruang penambahbaikan sebelum murid naik ke sekolah menengah.
Manakala, bagi pelajar Tingkatan 3, pengukuran dilaksanakan mulai 2027 dan melibatkan lima mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.
Penilaian ini turut berpusat oleh Lembaga Peperiksaan, dengan fokus kepada penguasaan asas sebagai persediaan ke arah SPM sambil sokong intervensi tersasar.
Matriks pembelajaran berperanan sebagai mekanisme intervensi dan pengukuhan pembelajaran selain menyokong pelaksanaan kurikulum baharu.


Jadual Pelaksanaan & Sasaran Murid
Pelaksanaan matriks ini akan dijalankan secara berperingkat mengikut tahun dan tahap persekolahan:
- Tahun 4 (Mulai 2026): Pelaksanaan bermula pada tahun ini (Oktober 2026). Fokus utama adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid di peringkat awal sekolah rendah.
- Tingkatan 3 (Mulai 2027): Bagi sekolah menengah, penilaian berpusat ini akan mula dilaksanakan sepenuhnya pada tahun hadapan.
Subjek Terlibat
Berikut ialah senarai subjek terlibat dalam peperiksaan Tahun 4 dan Tingkatan 3:
| Tahap | Mata Pelajaran |
|---|---|
| Tahun 4 | Bahasa Melayu, Inggeris, Matematik, Sains |
| Tingkatan 3 | Bahasa Melayu, Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah |
Pelaksanaan
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, pelaksanaan peperiksaan Tahun 4 dan Tingkatan 3 adalah secara berpusat.
Ini bermaksud:
- Ditadbir oleh Lembaga Peperiksaan (LP): Walaupun ia dijalankan di sekolah masing-masing, set soalan dan piawaian pemarkahan diselaraskan secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan. Ini bagi memastikan kualiti dan integriti data pencapaian murid di seluruh negara adalah setara.
KPM menegaskan bahawa ini bukan peperiksaan berisiko tinggi (high-stakes exam). Keputusan yang diperoleh bertujuan untuk tujuan diagnostik, bukannya untuk melabel atau membandingkan murid.


Kepentingan
Peperiksaan Tahun 4 dan Tingkatan 3 adalah bagi membolehkan intervensi dilakukan.
Dengan menilai murid pada Tahun 4, guru mempunyai baki masa dua tahun (Tahun 5 dan 6) untuk memperkukuh kelemahan murid sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah.
Bagi murid Tingkatan 3, ia membantu pihak sekolah mengenal pasti kecenderungan dan tahap kesediaan murid sebelum memasuki aliran khusus di Tingkatan 4 (Sains, Sastera, Teknikal, dsb).
Matriks pembelajaran ini juga secara tidak langsung akan mempersiapkan murid untuk menghadapi tiga penilaian antarabangsa, iaitu Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA), Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM).
Ibu bapa tidak perlu panik atau menghantar anak ke kelas tuisyen secara berlebihan. Matriks ini adalah alat untuk membantu anak anda belajar dengan lebih baik, bukannya bebanan peperiksaan semata-mata.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035, sila layari portal rasmi KPM di pautan berikut:
Ikuti juga Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan instagram KPM untuk info semasa dunia pendidikan.
Dokumen Ringkasan Eksekutif Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035. Muat Turun melalui imbas melalui QR Code di bawah.


Soalan Lazim Peperiksaan Tahun 4 & Tingkatan 3
Tidak. KPM menegaskan bahawa MPPM bukan peperiksaan berisiko tinggi (high-stakes exam). Ia berfungsi sebagai pentaksiran diagnostik berpusat untuk mengukur tahap penguasaan murid secara nasional. Tujuannya adalah untuk intervensi, bukan untuk menentukan kelulusan atau kegagalan murid.
Tahun 4: Bermula pada tahun ini (2026).
Tingkatan 3: Akan bermula pada tahun hadapan (2027).
Tahun 4: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains.
Tingkatan 3: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Sejarah.
Tidak. PBD tetap diteruskan seperti biasa oleh guru subjek di kelas. MPPM bertindak sebagai pelengkap kepada PBD bagi memberikan pengesahan (validasi) terhadap tahap penguasaan murid mengikut standard kebangsaan.
Murid yang dilatih dengan Matriks Pembelajaran Malaysia akan bersedia menghadapi tiga penilaian antarabangsa iaitu Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA), Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS), dan Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM).
Berita Terkini
Berita Terbaru
Daftar Terbaru
News
Berita Terbaru
Flash News
RuangJP
Pemilu
Berita Terkini
Prediksi Bola
Technology
Otomotif
Berita Terbaru
Teknologi
Berita terkini
Berita Pemilu
Berita Teknologi
Hiburan
master Slote
Berita Terkini
Pendidikan
Resep
Cek Ongkir Cargo
Togel Deposit Pulsa
Daftar Judi Slot Online Terpercaya
Slot yang lagi gacor

