Bagi mereka yang terjejas akibat Monsun Timur Laut sehingga mengakibatkan bencana banjir, mereka boleh memohon Bantuan Wang Ihsan (BWI) menerusi aplikasi MyIBJKM.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Wang Ihsan, syarat-syarat kelayakan mendapatkan bantuan RM1000 serta cara membuat permohonan.
Apakah Bantuan Wang Ihsan (BWI) Untuk Mangsa Banjir ?
Bantuan Wang Ihsan (BWI) merupakan bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan kepada mangsa yang terjejas akibat bencana, khususnya banjir dan bencana alam lain yang diisytiharkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah atau mana-mana agensi yang berkaitan.
Bantuan ini diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama kerajaan negeri, daerah dan agensi berkaitan bagi membantu meringankan beban mangsa selepas berlaku bencana.
Syarat Kelayakan Bantuan Banjir NADMA
Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Bantuan ini terpakai bagi bencana alam utama yang pernah berlaku iaitu banjir, tanah runtuh, ribut/taufan, gempa bumi dan tsunami atau lain-lain seperti yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) berdasarkan tafsiran kejadian bencana Arahan NADMA No. 1.
- Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja apabila ditimpa bencana semasa musim Monsun Timur Laut (MTL).
- Bagi kejadian bencana di luar musim MTL, bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja dalam tempoh tiga (3) bulan ditimpa bencana.
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berpindah/berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Bagi kejadian bencana ribut, pemohon mestilah berdaftar dengan JPBD sekiranya tiada PPS dibuka.
- Pemohon mestilah merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa bencana yang menduduki rumah kediaman persendirian ketika kejadian bencana berlaku.
- Rumah kediaman persendirian bertingkat juga layak menerima bantuan ini sekiranya terdapat unit yang didiami dan rumah tersebut tidak terjejas sama sekali atau terjejas pada unit-unit rumah yang terletak di tingkat bawah bangunan tersebut.
- Bantuan ini diberikan bagi kejadian bencana yang berlaku berdasarkan jumlah bilangan ketua isi rumah yang didaftarkan sebanyak sepuluh (10) KIR dan ke atas dalam setiap kejadian bencana. Sekiranya terdapat kurang daripada sepuluh (10) KIR yang terjejas, bantuan ini boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah NADMA atau pihak berkuasa pengurusan bencana.
Jumlah Amaun Kelayakan
Jumlah yang akan diterima adalah RM1000 bagi setiap Ketua Isi Rumah tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.
Cara Permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI)
Cara untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Muat turun aplikasi MyIBJKM di Google Play atau Apps Store.
- Hadir ke PPS, untuk imbas kod QR pendaftaran mangsa.
- Selepas pendaftaran, mohon BWI melalui MYIBJKM.
- Lengkapkan semua maklumat KIR (Ketua Isi Rumah), AIR (Ahli Isi Rumah) dan butiran bank.
- Tempoh permohonan BWI adalah SEBELUM PPS DITUTUP.

Kaedah Bayaran
Terdapat 2 kaedah pembayaran bagi bantuan ini iaitu:
- Bayaran secara EFTkepada penerima yang ada butiran akaun dalam MyIBJKM (semua bank di Malaysia)
- Bayaran secara tunai kepada yang tiada akaun (kutipan di kaunter BSN)


Kesiapsiagaan Komuniti
NADMA juga menyeru orang ramai untuk melaksanakan kesiapsiagaan komuniti seperti berikut:
1- Kenali Jiran Berisiko
Ketahui jika terdapat warga emas yang tinggal bersendirian atau individu yang memerlukan bantuan.
2- Berkongsi maklumat sahih
Sampaikan amaran dan maklumat keselamatan daripada sumber rasmi.
3- Bantu membuat persediaan
Bantu jiran mengenal pasti laluan keluar dan keperluan pemindahan.
4- Utamakan keselamatan diri
Jangan memasuki kawasan banjir atau melakukan tindakan berbahaya untuk menyelamatkan orang
lain.


Soalan Lazim Berkaitan Bantuan Wang Ihsan (BWI)












Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai BWI, anda boleh kemukakan pertanyaan melalui Pejabat Daerah yang berhampiran dengan rumah kediaman.
Atau boleh rujuk di portal rasmi NADMA melalui pautan berikut: https://www.nadma.gov.my/
Baca juga: Tips Elak Beli Kereta Banjir: Ketahui Tanda dan Simptom Ini
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
Streaming Film
Nonton Film gratis
Jasa Backlink
Download Anime Batch















