Graduan baharu dan masih mencari peluang untuk mulakan kerjaya dalam kalangan anak Warga ATM, Anak Veteran ATM serta Anak Warga Awam MINDEF adalah dialu-alukan untuk memohon Program PROWIRA – RTW Graduan menerusi pautan
Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.
Mengenai Program PROWIRA-RTW Graduan
Program PROWIRA – RTW Graduan merupakan satu inisiatif strategik di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) yang dilaksanakan melalui Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT).
Ia diwujudkan bagi membantu graduan membina pengalaman kerja sebenar, meningkatkan kemahiran kerjaya serta mempersiapkan diri menjadi tenaga kerja profesional dan berdaya saing.
Matlamat utama program ini diwujudkan adalah:
- Membentuk graduan menjadi profesional berketerampilan tinggi dan berdaya saing.
- Memberi pendedahan kepada pengalaman kerja dunia sebenar yang relevan dengan keperluan industri.
- Menyediakan platform pembangunan diri melalui bimbingan mentor industri dan latihan kemahiran.
- Menyokong aspirasi Malaysia MADANI dalam melahirkan tenaga kerja muda yang berilmu, berakhlak dan berdaya tahan.
Program ini dirangka khusus untuk memperkasa graduan ijazah sarjana muda dalam kalangan anak warga kerja pertahanan memperoleh pengalaman kerja sebenar dalam tempoh 12 bulan di syarikat-syarikat rakan strategik terpilih, merangkumi industri pertahanan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), serta syarikat sektor swasta berdaya saing.

Tempoh Program
Tempoh pelaksanaan adalah selama 12 bulan, merangkumi latihan di tempat kerja dan penyertaan dalam pelbagai modul pembangunan profesional.
Faedah Diperoleh
Antara faedah yang bakal diperoleh dalam program ini adalah:
- Elaun Bulanan RM2,000 bagi membantu kos sara hidup sepanjang tempoh program.
- Perlindungan SOCSO penuh bagi memastikan kebajikan peserta sentiasa terjamin.
- Latihan Kemahiran Profesional yang merangkumi kemahiran teknikal, komunikasi, kepimpinan dan etika kerja.
- Bimbingan Mentor-Mentee secara berstruktur daripada profesional berpengalaman dalam industri.
- Peluang Jaringan Profesional (Networking) bersama syarikat-syarikat strategik dan pemain utama industri pertahanan serta sektor korporat.
- Peningkatan Kebolehpasaran Graduan melalui pengalaman kerja sebenar dan pengetahuan praktikal yang diperoleh sepanjang program.
- Sijil Penyertaan PROWIRA- RTW Graduan sebagai pengiktirafan rasmi bagi peserta yang berjaya menamatkan program.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon program ini adalah seperti berikut:
- Merupakan anak anggota ATM, anak veteran ATM atau anak awam Kementerian Pertahanan.
- Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf MQA.
- Had umur kelayakan adalah di bawah 30 tahun.
Cara Memohon
Individu yang berminat boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari pautan
- Tekan butang “Daftar Sekarang”
- Isi semua maklumat yang diperlukan.
- Hantar permohonan.


Soalan Lazim
Program PROWIRA – RTW Graduan merupakan satu inisiatif strategik di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) yang dilaksanakan melalui Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) untuk membantu graduan membina pengalaman kerja sebenar, meningkatkan kemahiran kerjaya serta mempersiapkan diri menjadi tenaga kerja profesional dan berdaya saing.
– Elaun Bulanan RM2,000 bagi membantu kos sara hidup sepanjang tempoh program.
– Perlindungan SOCSO penuh bagi memastikan kebajikan peserta sentiasa terjamin.
– Latihan Kemahiran Profesional yang merangkumi kemahiran teknikal, komunikasi, kepimpinan dan etika kerja.
– Bimbingan Mentor-Mentee secara berstruktur daripada profesional berpengalaman dalam industri.
– Peluang Jaringan Profesional (Networking) bersama syarikat-syarikat strategik dan pemain utama industri pertahanan serta sektor korporat.
– Peningkatan Kebolehpasaran Graduan melalui pengalaman kerja sebenar dan pengetahuan praktikal yang diperoleh sepanjang program.
– Sijil Penyertaan PROWIRA- RTW Graduan sebagai pengiktirafan rasmi bagi peserta yang berjaya menamatkan program.
Program ini boleh dipohon oleh anak anggota ATM, anak veteran ATM atau anak awam Kementerian Pertahanan.
Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Yayasan LTAT atau Portal PROWIRA-RTW Graduan di pautan www.prowiragraduan.com.
Baca juga: Graduan MOHE : Kemaskini & Semakan Rekod Akademik
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
