Program Ijazah Sarjana (Master) Perguruan di IPG

Program Ijazah Sarjana (Master) Perguruan di IPG

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa kepada calon-calon lepasan Ijazah Sarjana Muda berkelayakan untuk memohon sebagai Calon Program Ijazah Sarjana Perguruan (Bidang Pedagogi) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia Kementerian Pendidikan (PISP) Tahun 2026 menerusi pautan

IPG merupakan institusi keguruan di Malaysia yang menyediakan pelbagai inisiatif pembangunan profesional dan salah satu program penting yang ditawarkan adalah Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISP).

Mengenai Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISP)

PISP merupakan program yang dirangka khusus untuk guru-guru yang berdedikasi untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi, dan kepakaran dalam bidang pendidikan masing-masing.

Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta memberi pendedahan kepada kaedah pendidikan terkini.

Selain itu, program ini direka khusus untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan sedang berkhidmat di sekolah atau institusi pendidikan di bawah KPM.

PISP di IPG menjadi wadah penting dalam melahirkan pemimpin pendidikan masa depan yang berkaliber dan inovatif.

Ia merupakan satu langkah strategik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dilaksanakan melalui IPG untuk menyediakan laluan kepada guru-guru yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.

Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas teori dan amalan pendidikan dalam kalangan guru, sekaligus meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Dengan adanya PISP di IPG, guru-guru mempunyai peluang yang lebih mudah untuk mengakses pendidikan lanjutan tanpa perlu meninggalkan kerjaya mereka sepenuhnya.

Kehadiran kampus-kampus IPG di seluruh negara turut memudahkan penyebaran program ini dan memberi peluang yang sama rata kepada semua guru berkelayakan.

Program PISP di IPG dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan telah mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Ia direka khas untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang perguruan

Tarikh Permohonan

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat dalam bidang Pedagogi di IPG boleh merancang membuat permohonan bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi) melalui pautan sistem permohonan PISP IPG mulai 5 April 2026 hingga 30 April 2026.

Artikel berkaitan: Sistem iTEMS : Semakan Peperiksaan IPGM / Pendaftaran Kursus

Syarat Permohonan

Untuk dipertimbangkan bagi kemasukan ke PISP di IPG, calon-calon perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Syarat-syarat umum permohonan lazimnya merangkumi:

  • Kewarganegaraan Malaysia: Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Status Perkhidmatan: Berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
  • Kelayakan Akademik: Memiliki Ijazah Sarjana Muda (dengan kepujian) dalam bidang yang relevan dengan bidang pengkhususan yang ditawarkan oleh program PISP.
  • Pengalaman Mengajar: Mempunyai pengalaman mengajar dalam tempoh yang ditetapkan oleh IPG.
  • Lulus Saringan: Berjaya dalam temu duga atau ujian saringan lain yang mungkin diadakan oleh pihak IPG.
  • Syarat Khusus: Memenuhi syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh program pengajian tertentu.

Bagi mendapatkan maklumat yang paling tepat dan terkini mengenai syarat permohonan, calon disarankan untuk merujuk kepada iklan pengambilan rasmi dan maklumat program yang diterbitkan oleh IPG atau KPM.

Senarai kampus IPG Yang Menawarkan PISP

myPISP: Gerbang Digital Permohonan

MypispMypisp

myPISP dibangunkan bagi memenuhi keperluan IPGM/ IPG Kampus mengurus Pangkalan data Pelajar secara atas talian.

Aplikasi myPISP ini digunakan oleh personel yang terdiri daripada pelbagai peringkat jawatan di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi tujuan rekod, analisis dan statistik serta pelaporan. Ianya terdiri daripada modul seperti profil pelajar, e-Yuran dan e-Insurance.

Semua pengguna aplikasi myPISP adalah tertakluk kepada dasar serta pekeliling sedia ada dalam mengurus Pangkalan Data Pelajar

Portal myPISP merupakan platform rasmi KPM untuk permohonan PISP.

Ia bukan sahaja memudahkan proses permohonan, tetapi turut menyediakan:

  • Panduan dan FAQ berkaitan permohonan.
  • Kemaskini status permohonan.
  • Maklumat pengambilan dan pengkhususan yang ditawarkan.
  • Ruang pertanyaan untuk bantuan teknikal.

Ia menggantikan sistem manual dan menjadikan urusan lebih sistematik serta mesra pengguna.

Cara Mohon melalui MyPISP

Permohonan PISP dibuka secara atas talian melalui portal rasmi myPISP. Bagi tahun 2026, permohonan dibuka bermula 5 April 2026 hingga 30 April 2026. Pemohon dikehendaki:

  1. Mendaftar akaun di portal myPISP iaitu
  2. Mengisi borang permohonan lengkap.
  3. Memuat naik dokumen sokongan (salinan kad pengenalan, surat sokongan Ketua Jabatan, salinan akademik).
  4. Menghantar permohonan sebelum tarikh tutup.

Setelah permohonan dihantar, calon boleh menyemak status kelulusan melalui akaun masing-masing.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISP)?

PISP merupakan program khusus untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan sedang berkhidmat di sekolah atau institusi pendidikan di bawah KPM. Ia merupakan satu langkah strategik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dilaksanakan melalui IPG untuk menyediakan laluan kepada guru-guru yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.

Apakah tujuan PISP ini diperkenalkan?

PISP bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas teori dan amalan pendidikan dalam kalangan guru, sekaligus meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Bilakah tarikh permohonan dibuka?

Tarikh permohonan dibuka mulai 5 April 2026 hingga 30 April 2026.

Apakah syarat permohonan yang ditetapkan?

– Kewarganegaraan Malaysia: Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
– Status Perkhidmatan: Berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
– Kelayakan Akademik: Memiliki Ijazah Sarjana Muda (dengan kepujian) dalam bidang yang relevan dengan bidang pengkhususan yang ditawarkan oleh program PISP.
– Pengalaman Mengajar: Mempunyai pengalaman mengajar dalam tempoh yang ditetapkan oleh IPG.
– Lulus Saringan: Berjaya dalam temu duga atau ujian saringan lain yang mungkin diadakan oleh pihak IPG.
– Syarat Khusus: Memenuhi syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh program pengajian tertentu.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISP), sila hubungi egawia yang bertugas melalui kaedah berikut:

Jabatan Pengajian Siswazah,
Pusat Pembangunan Latihan,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 63000 Cyberjaya,
SELANGOR

No Telefon Pejabat : 03-8312 6666

Baca juga: Senarai IPG, Program, Kelebihan Institut Pendidikan Guru Malaysia

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *