Sekolah Seni Malaysia – Semakan Keputusan Rayuan (Ambilan ke-2/2026)

Sekolah Seni Malaysia – Semakan Keputusan Rayuan (Ambilan ke-2/2026)

Semakan keputusan rayuan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) bagi ambilan sesi persekolahan 2026 (ambilan ke-2/ 2026) boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang eSSEM bermula 26 Januari 2026 (Isnin) hingga 2 Februari 2026 (Isnin) di pautan berikut:

Calon yang membuat rayuan untuk ambilan kedua bagi kemasukan ke SSem ini hendaklah membuat semakan keputusan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.

Rujuk info penuh di bawah.

Apa Itu Sekolah Seni Malaysia?

Penubuhan SSeM adalah sejajar dengan usaha KPM sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Iaitu; menyediakan Kesamarataan Akses kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa dengan memperluas akses dan meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan usaha untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan bukan berkisar kepada akademik semata-mata.

Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.

Definisi

Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

Falsafah

Suatu usaha membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan SSeM (ambilan ke-2/ 2026)

Bagi calon yang membuat rayuan untuk kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia, anda boleh semak keputusan RAYUAN untuk ambilan kedua bagi sesi akademik 2026 bermula 26 Januari 2026 (Isnin) hingga 2 Februari 2026 (Isnin).

Untuk semak keputusan rayuan, sila layari pautan ini:

sekolah seni malaysiasekolah seni malaysia

Lokasi / Senarai Sekolah Seni Malaysia

Lokasi empat (4) buah Sekolah Seni KPM adalah seperti berikut:

i. Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai;
ii. Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching;
iii. Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, K.L;
iv. Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara.

Sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu:
i. SMK Elopura, Sandakan, Sabah

Johor Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ),
Jalan Persiaran Sinaran Ilmu,
Bandar Seri Alam, 
81750, Masai,
Johor Darul Takzim.
Tel. : 07-3870215
Faks : 07-3860215
Emel : [email protected]
Sarawak Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS),
Lot 7794, Blok 9, Salak Land District,
Jalan Sultan Tengah, 
93050 Santubong,
Kuching, Sarawak
Tel : 082-510356 / 536185
Faks : 082-513917
Emel : [email protected]
KL Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL),
Jalan Seladang Off Jalan Pasar,
55100, Kuala Lumpur,
Emel : [email protected]
Perak Sekolah Seni Malaysia Perak (SSemP),
Kampung Baharu, Simpang Jalong,
31100, Sg. Siput (U),
Perak.
Tel : 05-5951350
Faks : 05-5951351
Emel : [email protected]
Sabah Program Pendidikan Seni,
SMK Elopura,
Peti Surat 1091, 
90712, Sandakan,
Sabah.
Tel : 089-532036
Faks : 089-533960
Emel : [email protected]

Subjek yang Diajar di Sekolah Seni Malaysia

Bidang kesenian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
a) Muzik;
b) Tarian;
c) Teater/Seni Lakonan;
d) Seni Visual

Bagi tingkatan 1 – 3, mata pelajaran yang ditawarkan adalah:

a) Pendidikan Kesenian – seni muzik;
b) Pendidikan Kesenian – seni tari;
c) Pendidikan Kesenian – seni teater;
d) Pendidikan Kesenian – seni visual;
e) Bahasa Melayu;
f) Bahasa Inggeris;
g) Matematik;
h) Sains;
i) Sejarah;
j) Pendidikan Islam atau Pend. Sivik dan Kewarganegaraan;
k) Pendidikan Jasmani dan P. Kesihatan.

Bagi tingkatan 4 – 5, mata pelajaran yang ditawarkan adalah:
Teras:

a) Bahasa Melayu;
b) Bahasa Inggeris;
c) Sejarah;
d) Matematik Moden;
e) Sains;
f) Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral;

Elektif Kesenian

a) Muzik;
b) Tari;
c) Teater;
d) Seni Halus;
e) Komunikasi Visual;
f) Reka Bentuk.

Elektif Kemanusiaan

a) Prinsip Akaun;
b) Perdagangan;
c) Kesusasteraan Melayu.

Syarat Permohonan Sekolah Seni Malaysia

  1. Warganegara Malaysia
  2. Calon mesti daripada sekolah kerajaan, bantuan penuh kerajaan dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  4. Sihat tubuh badan
  5. Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses

Syarat Kemasukan

  1. Lulus Uji Bakat
  2. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  3. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  4. Mengemukakan rekod kesihatan murid
  5. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan

Sesi Ujibakat

1. Uji bakat dilaksanakan melalui Sesi Serlahan Seni secara bersemuka di lokasi yang akan ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

2. Calon yang telah membuat permohonan secara dalam talian boleh menyemak tarikh dan lokasi uji bakat serta mencetak surat panggilan melalui sistem mengikut tarikh yang akan dimaklumkan kemudian melalui emel. Sila pastikan alamat emel yang diberikan semasa mengisi permohonan adalah emel yang aktif.

3. Calon perlu untuk membawa bersama cetakan borang permohonan yang telah disahkan oleh Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Kokurikulum semasa menghadiri sesi uji bakat.

4. Bagi calon yang tidak dapat hadir ke Sesi Serlahan Seni secara bersemuka untuk uji bakat atas sebab-sebab yang tidak dapat dielak, calon dibenarkan untuk menghantar rakaman persembahan melalui CD/emel (muat naik rakaman ke dalam google drive atau youtube) dalam tempoh yang ditetapkan sahaja. Rakaman yang lewat dihantar tidak akan diproses.

5. Calon dikehendaki berpakaian kemas dan bersesuaian semasa menghadiri Sesi Serlahan Seni / membuat rakaman. Bagi calon bidang seni persembahan, calon diminta memakai tshirt berkolar hitam, seluar trek hitam, tudung hitam/rambut disanggul kemas (calon perempuan).

6. Hanya calon yang telah membuat permohonan secara dalam talian dan melalui sesi uji bakat sahaja yang akan dipertimbangkan untuk pemilihan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Pentadbir Sistem Sekolah Seni Malaysia (SSeM) di talian 03-88841012 atau e-mel [email protected].

Soalan Lazim Sekolah Seni Malaysia

Bilakah tarikh semakan keputusan rayuan SSeM?

Semakan keputusan rayuan bagi ambilan Tingkatan 1 tahun 2026 boleh dibuat bermula pada 26 Januari 2026 (Isnin) sehingga 2 Februari 2026 (Isnin).

Apakah syarat utama untuk diterima masuk Sekolah Seni Malaysia?

Lulus Uji Bakat: Calon mesti melepasi sesi uji bakat yang telah ditetapkan.
Kesihatan: Calon mestilah sihat tubuh badan dan perlu mengemukakan rekod kesihatan murid.
Kewarganegaraan: Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.

Adakah murid wajib tinggal di asrama?

Ya, murid yang berjaya ditawarkan tempat wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Bolehkah murid memilih bidang kesenian yang diminati?

Calon mestilah bersetuju untuk menerima kemasukan ke SSeM mengikut bidang yang ditawarkan oleh pihak kementerian, sama ada dalam bidang Seni Visual, Tari, Teater, atau Muzik.

Bagaimanakah cara log masuk untuk semakan?

Layari laman sesawang rasmi essem.moe.gov.my. Gunakan nombor kad pengenalan (KP) dan kata laluan permohonan asal untuk log masuk ke portal eSSEM.

Siapakah yang layak membuat rayuan?

Calon yang menerima tawaran utama tetapi ingin rayuan untuk sekolah SSeM lain atau tingkatan lain, dalam tempoh dua minggu selepas pengumuman.

Apa tindakan jika rayuan tidak berjaya?

Tiada rayuan lanjut. Calon boleh terima tawaran sedia ada atau ikuti proses penempatan biasa.

Berita Terkini

Berita Terbaru

Daftar Terbaru

News

Berita Terbaru

Flash News

RuangJP

Pemilu

Berita Terkini

Prediksi Bola

Technology

Otomotif

Berita Terbaru

Teknologi

Berita terkini

Berita Pemilu

Berita Teknologi

Hiburan

master Slote

Berita Terkini

Pendidikan

Resep

Cek Ongkir Cargo

Togel Deposit Pulsa

Daftar Judi Slot Online Terpercaya

Slot yang lagi gacor

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *