Semakan keputusan Permohonan Kemasukan ke Prasekolah KPM Kalendar Akademik Sesi 2027 boleh dilakukan bermula pada 5 Ogos 2026 melalui sistem ePrasekolah KPM di pautan
Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2026 hingga 20 Ogos 2026. Manakala, keputusan rayuan boleh disemak mulai 10 September 2026.
Berikut adalah info lanjut mengenai semakan keputusan permohonan prasekolah bagi sesi akademik 2027 melalui laman web ePrasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Apakah Prasekolah KPM?
Prasekolah KPM ialah program pendidikan awal kanak-kanak di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menekankan perkembangan menyeluruh dari segi kognitif, emosi, sosial dan fizikal.
Antara kelebihan prasekolah KPM:
- Yuran sangat minimum / percuma
- Menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
- Diselia guru terlatih di sekolah rendah kerajaan


Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, KPM telah membangunkan sistem aplikasi ePrasekolah bagi memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki Prasekolah secara atas talian.
Selain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem ePrasekolah iaitu:
1. PERMOHONAN KE PRASEKOLAH KPM
- Borang permohonan
- Semak dan kemas kini permohonan
- Rayuan permohonan
2. KEMASKINI MAKLUMAT PENGGUNA
- Pastikan email dikemas kini berdasarkan email terkini yang aktif
3. CARIAN MAKLUMAT INSTITUSI PRASEKOLAH
- Carian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM
4. SEMAK STATUS PENDAFTARAN
- Semak status pendaftaran murid dan rayuan bagi permohonan
Fasa Permohonan ePrasekolah Bagi Sesi 2027
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2027 secara dalam talian telah pun ditutup sejak 31 Mei 2026.
Ibu bapa/Penjaga boleh membuat semakan keputusan Permohonan Kemasukan ke Prasekolah KPM Kalendar Akademik Sesi 2027 bermula pada 5 Ogos 2026 melalui sistem ePrasekolah KPM di pautan
Sila rujuk carta alir proses kemasukan ke prasekolah KPM dalam rajah di bawah:
FASA 1: PERMOHONAN (Sudah ditutup)
Mac – Mei 2026
- Isi borang online
- Cetak & hantar dokumen ke sekolah dalam tempoh 14 hari bekerja selepas borang diisi
FASA 2: PEMPROSESAN
April – Julai 2026
- Sekolah membuat semakan permohonan
- Pemilihan kemasukan murid melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan
FASA 3: KEPUTUSAN PENEMPATAN – TERKINI
Ogos – September 2026
- Semakan keputusan (BERMULA 5 OGOS 2026)
- Rayuan (BERMULA 5 OGOS – 20 OGOS 2026)
- Pendaftaran


Cara Membuat Semakan Keputusan Permohonan Prasekolah KPM 2027
Semakan keputusan permohonan Prasekolah KPM 2027 boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu:
- Secara dalam talian (online): Semakan boleh dibuat melalui 5 Ogos (tertakluk kepada pindaan).
- Secara manual melalui sekolah dimohon; Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos (tertakluk kepada pindaan).
Untuk membuat semakan secara dalam talian, log masuk ke portal e-Prasekolah dan klik butang SEMAKAN untuk menyemak keputusan.


Bagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran.


NOTA:
Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;
- Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen permohonan sedang disemak.
- Tidak Lengkap: Permohonan / dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
- Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
- Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
- Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.
Tarikh & Cara Buat Rayuan Prasekolah KPM 2027
Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang
Tarikh rayuan dibuka adalah bermula: 5 Ogos 2026 hingga 20 Ogos 2026.
Cara Buat Rayuan Prasekolah KPM (ONLINE)
- Log masuk ke portal ePrasekolah.
- Klik menu SEMAKAN atau RAYUAN PERMOHONAN.
- Klik MOHON RAYUAN.
- Lengkapkan maklumat yang berkaitan dan klik butang HANTAR RAYUAN.


Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/ atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD.
Keputusan Rayuan
Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang mulai 10 September (tertakluk kepada pindaan).
Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.
Muat Turun Manual Pengguna Sistem e-Prasekolah (PDF)
Sila muat turun manual pengguna di bawah untuk mengetahui cara pendaftaran, cara membuat semakan keputusan serta cara membuat rayuan Prasekolah KPM 2027 dengan lebih terperinci:
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan prasekolah yang dimohon, boleh ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut atau pihak PPD / JPN secara manual atau telefon.
ATAU, sila rujuk media sosial Kementerian Pendidikan Malaysia.
Baca juga: Semakan Rayuan Sekolah Teknik (SMT) & Kolej Vokasional (KV)
Soalan Lazim Permohonan Prasekolah KPM 2027
Berikut dikongsikan soalan lazim Kemasukan Murid ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Kalendar Akademik Tahun 2027:
Semakan boleh dibuat mulai 5 Ogos 2026 secara online di pautan
Ya, rayuan boleh dibuat mulai 5 Ogos 2026 sehingga 20 Ogos 2026 di pautan
Pemilihan murid prasekolah dilaksanakan oleh sekolah yang dimohon melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.
Permohonan adalah terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia kohort 4 tahun (3+), 5 tahun (4+) dan 6 tahun (5+) seperti berikut:
i. berumur 6 tahun (5+) yang lahir antara 2 Januari 2021 hingga 1 Januari 2022.
ii. berumur 5 tahun (4+) yang lahir antara 2 Januari 2022 hingga 1 Januari 2023; dan
iii. berumur 4 tahun (3+) yang lahir antara 2 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023;
Ya, ibu bapa/penjaga boleh berurusan terus di sekolah yang dimohon selepas tarikh tutup permohonan.
Dokumen yang diperlukan ialah:
i. Dokumen sokongan yang asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut:
a) Sijil kelahiran kanak-kanak/Sijil Anak Angkat
b) MyKad ibu bapa/penjaga
c) Slip gaji/penyata pendapatan ibu bapa/penjaga
d) Bil elektrik/bil air/bil telefon (alamat rumah)
e) Surat Nikah / Surat Cerai
f) Dokumen Hak Penjagaan / Perintah Mahkamah (jika berkaitan)
h) Pengesahan pendapatan (bagi yang tiada slip gaji)
Tiada sebarang yuran dikenakan untuk belajar di prasekolah KPM.
Ibu bapa boleh menghubungi pihak sekolah, PPD atau JPN.




PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
