Penyata Gaji ATM boleh disemak melalui Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia
(SPGATM) melalui pautan Sistem ini boleh diakses dengan mudah secara atas talian pada bila-bila masa dan di mana juga.
Anggota ATM hanya perlu log masuk menggunakan nombor tentera dan kata laluan untuk melihat butiran gaji bulanan serta muat turun slip gaji dalam format PDF.
Rujuk info penuh di bawah.
Pengenalan SPGATM
SPGATM adalah platform digital yang diwujudkan bermula tahun 2019 khusus untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Platform ini juga membolehkan semua pegawai dan anggota tentera melakukan semakan penyata gaji mereka secara bulanan.
Pengenalan platform ini memudahkan anggota tentera untuk mengakses maklumat gaji dan elaun mereka secara online sahaja.
Platform ini dikelolakan di bawah Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera, yang merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam memproses pemprosesan gaji dan elaun dalam ATM.
Cara Log Masuk & Semak Penyata Gaji ATM
Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia (SPGATM) merupakan portal rasmi yang diuruskan oleh Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) untuk memudahkan anggota tentera (Darat, Laut, dan Udara) menyemak slip gaji dan Borang EC secara digital.
Berikut adalah panduan lengkap cara log masuk dan semakan penyata gaji ATM:
Log Masuk & Pendaftaran Pertama
- Layari portal rasmi SPGATM di
- Masukkan nombor tentera, nombor kad pengenalan awam (MyKad) dan alamat emel yang sah serta aktif untuk log masuk kali pertama.
- Tukar nama pengguna dan kata laluan kepada yang baru selepas log masuk berjaya untuk menjaga kerahsiaan maklumat.
Selepas itu, anda boleh log masuk seperti berikut:
- Layari portal rasmi SPGATM di
- Masukkan username, klik Teruskan.
- Sahkan frasa keselamatan anda. Klik Ya jika betul gambar dan frasa keselamatan yang dipaparkan.
- Kemudian, masukkan kata laluan.
- Klik, Log Masuk.





Cara Semak & Muat Turun Penyata Gaji
- Selepas log masuk, pilih menu penyata gaji untuk melihat slip gaji bulanan, elaun, potongan dan borang EC.
- Penyata biasanya boleh diakses 1-3 hari sebelum tarikh bayaran gaji bulanan.
- Muat turun dalam format PDF untuk simpanan atau keperluan rasmi seperti LHDN atau pinjaman.
Gaji & Elaun Anggota ATM
Gaji dan elaun anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2026 kekal kompetitif dengan penambahbaikan seperti peluasan Insentif Berasaskan Prestasi (BIP) kepada gred Z4/Z5 dan gaji permulaan lebih tinggi untuk kelayakan diploma, berkuat kuasa 1 Januari 2026.
BIP kini meliputi pangkat Sarjan Setaraf (Z4) dan Staf Sarjan Setaraf (Z5) dengan tempoh layak dipendekkan kepada 4 tahun, memberi manfaat RM6.47 juta setahun kepada 3,789 anggota.
Skala gaji asas kekal mengikut Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dengan elaun tambahan seperti insentif khas dan bantuan sara hidup.
i) ELAUN
- Elaun Pakaian Istiadat bagi Pegawai: RM1,500 setiap 3 tahun.
- Elaun Pakaian Tahunan Pegawai: RM500 setahun.
- Elaun Bantuan Sara Hidup, Elaun Khidmat, Elaun Imbuhan Perumahan.
- Elaun Kepakaran (bagi yang layak); Elaun Insentif Khas ATM: RM200 sebulan.
- Tuntutan perjalanan ke tempat kerja; Elaun Perjalanan.
ii) INSENTIF
- Insentif anak cemerlang (UPSR/PMR/SPM/pengajian tinggi).
- Bonus tahunan (mengikut keputusan kerajaan).
- Khairat kematian: RM3,000.
- BIP bulanan setara satu KGT (diperluas 2026).
iii) KEMUDAHAN
Kemudahan Perubatan & Kesihatan
- Rawatan percuma penuh di Hospital Angkatan Tentera (RSA) dan klinik ATM seluruh Malaysia untuk anggota, keluarga (isteri/suami dan anak) serta ibu bapa (termasuk rawatan gigi asas).
- Akses Wad Kelas 1 di hospital kerajaan mengikut pangkat; rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
- Rawatan dialysis buah pinggang di pusat swasta; rawatan kemandulan primer; rawatan kecemasan di hospital/klinik swasta.
- Rawatan luar negara (ikut syarat ketat dan kelulusan); bekalan ubat, alat perubatan dan perkhidmatan daripada klinik kerajaan jika tidak tersedia di fasiliti ATM.
- Bantuan alatan ortopedik (lat buatan), kerusi roda, alat bantu pendengaran, dan alatan perubatan lain yang disyorkan doktor.
Kemudahan Perumahan & Penginapan
- Rumah keluarga rasmi (Quarters) untuk anggota/pegawai berkahwin mengikut pangkat dan keperluan.
- Penginapan wisma mengikut pangkat untuk anggota/pegawai bujang, termasuk sajian harian percuma.
- Imbuhan Perumahan (elaun) bagi yang tidak layak quarters.
Kemudahan Kewangan & Pinjaman
- Pinjaman mudah: Perumahan, kenderaan, komputer, pendidikan tanpa faedah atau kadar rendah melalui koperasi tentera.
- Pinjaman Tabung Pendidikan ATM (TAPAT) dan Skim Pinjaman Pendidikan ATM (SPAAT) untuk pengajian tinggi anak.
- Caruman sukarela Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan faedah dividen kompetitif.
- Khairat kematian RM3,000; insuran kelompok ATM meliputi hayat dan kemalangan.
Kemudahan Harian & Perjalanan
- Ransum/makanan percuma semasa latihan, kursus, bertugas atau operasi.
- Rebet 25% tambang Keretapi Tanah Melayu (KTMB); waran perjalanan rasmi.
- Kemudahan membeli-belah di PERNAMA (kedai runcit tentera) dengan harga disubsidi.
Pendidikan & Latihan
- Tajaan penuh pengajian Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau PhD di institusi dalam/luar negara.
- Insentif khas untuk anak anggota cemerlang UPSR/PT3/SPM/pengajian tinggi.
- Latihan Peralihan (TP) percuma sebelum tamat perkhidmatan untuk kemahiran sivil.
Rekreasi & Lain-lain
- Keahlian percuma/Subsidi Kelab Rekreasi Tentera; kemudahan sukan (padang, gim, kolam renang).
- Cuti tahunan mengikut pangkat (hingga 42 hari setahun untuk pegawai kanan).
- Kemudahan teknikal: Akses internet/stesen kerja di kem; program kesihatan mental dan kaunseling.
Tarikh Pembayaran Gaji & Peruntukan ATM 2026
Tarikh Pembayaran Gaji & Peruntukan ATM 2026 adalah seperti berikut:


Pelarasan Gaji SSPA (Fasa 2 – Januari 2026)
Mulai Januari 2026, anggota ATM yang memilih skim SSPA akan menerima kenaikan baki pelarasan gaji:
- Kadar Kenaikan: Sebanyak 7% (bagi Kumpulan Pelaksana, Pengurusan & Profesional) atau 3% (bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi).
- Tarikh Kuat Kuasa: 1 Januari 2026.
- Berdasarkan skim baharu, gaji permulaan bagi Perajurit Muda (PJM) kini lebih kompetitif, contohnya:
- SPM/SVM: Bermula sekitar RM1,925.00 (termasuk elaun asas).
- Diploma Kejuruteraan: Bermula sekitar RM2,026.07.
Selain gaji pokok, anggota ATM layak menerima pelbagai elaun mengikut kepakaran, risiko, dan penempatan:
- Elaun Khidmat (EK): Dibayar mengikut pangkat.
- Elaun Sara Hidup (COLA): Mengikut kawasan penempatan (Bandar A, B, atau C).
- Bayaran Insentif Khas ATM: Elaun khusus untuk anggota tentera.
- Elaun Kepakaran: Untuk anggota dalam bidang teknikal, perubatan, atau penerbangan.
- Imbuhan Tetap Perumahan (ITP): Bagi mereka yang tidak tinggal di RKAT (Rumah Keluarga Angkatan Tentera).
- Insentif Berasaskan Prestasi (BIP): Kini diperluas kepada pangkat Sarjan (Gred Z4) dan Staf Sarjan (Gred Z5) dengan tempoh kelayakan dipendekkan kepada 4 tahun.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, maklumat lanjut dan info terkini mengenai penyata gaji ATM, sila layari:
Soalan Lazim Penyata Gaji ATM (SPGATM)
SISTEM PENYATA GAJI ATM
Anda boleh menghubungi Pegawai Gaji tempat anda bertugas.
Secara default anda perlu memasukkan nombor tentera, nombor kad pengenalan awam serta alamat emel yang sah dan betul semasa kali pertama anda memasuki SPGATM. Walaubagaimanapun anda dikehendaki untuk menukar nama pengguna dan kata laluan bagi tujuan keselamatan dan memelihara kerahsiaan informasi anda.
Berdasarkan polisi keselamatan pihak pentadbir SPGATM, pegawai/anggota adalah bertanggungjawab ke atas pendaftaran kali pertama untuk memasuki SPGATM kerana pendaftaran kali pertama akan disimpan ke dalam pangkalan data dan diambilkira untuk kemasukan ke dalam SPGATM seterusnya.
SPGATM boleh dicapai melalui aplikasi telefon pintar dan peranti yang mempunyai capaian internet. SPGATM boleh diakses menggunakan mana-mana browser yang sedia ada seperti Mozilla, Internet Explorer, Chrome dan Safari.
Bagi membolehkan anda memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC, anda perlu memastikan peranti anda mempunyai aplikasi pdf reader terlebih dahulu. Kegagalan anda untuk memenuhi keperluan tersebut akan menyebabkan anda gagal untuk memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC tersebut dan dokumen tersebut hanya boleh dipaparkan sahaja (view only).
Ini adalah berikutan SPGATM hanya membenarkan single sign in dan kemasukan ke SPGATM secara serentak(menggunakan nama pengguna yang sama) adalah tidak dibenarkan.
Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh mengakses menu terlupa kata laluan dan pautan terlupa kata laluan sementara akan dihantar ke alamat emel yang telah didaftarkan.
MASALAH LOGIN
Anda dikehendaki mengemukakan masalah tersebut kepada Pegawai Gaji tempat anda bertugas.
Terdapat sejumlah pegawai/anggota yang dikenalpasti masih menggunakan nombor tentera lama dan disebabkan itu tidak boleh mengakses ke dalam SPGATM. Anda boleh berhubung dengan Pegawai Gaji tempat anda bertugas untuk dipanjangkan kepada Pentadbir Sistem.
Anda boleh memuat turun dokumen Penyata Gaji dan Borang EC dalam tempoh berikut dan adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan SEBELUM dilupuskan daripada SPGATM. Permohonan untuk mendapatkan semula Penyata Gaji dan Borang EC SELEPAS tempoh tersebut adalah TIDAK DILAYAN.
a. 12 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
b. 7 tahun kebelakangan bagi Borang EC.
Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memuat turun penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan ke dalam hardisk atau pendrive anda sebelum ia dikeluarkan dari sistem.
SPGATM mula digunakan secara rasmi oleh pegawai dan anggota tentera mulai bulan April tahun 2019.
Pengguna SPGATM terdiri daripada semua pegawai dan anggota tentera yang masih berstatus aktif dan masih berkhidmat dalam perkhidmatan KDYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong.
Anda dinasihatkan supaya menghubungi pegawai gaji pasukan anda supaya mengemaskini maklumat nombor tentera anda yang terkini. Kegagalan pengemaskinian data anda akan menjejaskan capaian anda kepada SPGATM.
Setelah tamat tumpangan luar, pihak UGAT akan menerima arahan daripada CKT untuk pembayaran gaji diteruskan. Penyata gaji bulanan diproses setelah UGAT mendapat maklumbalas tersebut. Penyata gaji tersebut akan dimuat naik sebaik sahaja pemprosesan berkaitan selesai.
Ianya boleh diakses pada selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh gaji pada bulan berkenaan.
Penyata Gaji dan Borang EC yang dikeluarkan pada tahun-tahun SEBELUM April 2019 adalah secara manual (hardcopy) dalam 3 salinan. Hanya SATU penyata sahaja yang dikeluarkan kepada setiap pegawai dan anggota. Salinan kedua dan ketiga disimpan oleh pihak UGAT dan Pejabat Gaji Pasukan.
ISU TEKNIKAL
a. Anda perlu mengemaskini (update) kepada versi browser yang lebih terkini.
b. Anda juga digalakkan agar sentiasa membuat Clear Browsing Data / History browser yang digunakan pada computer atau telefon pintar masing-masing agar tidak mengganggu capaian ke Internet.
Sila kemukakan permohonan tersebut kepada Pentadbir SPGATM di UGAT bagi penetapan peranan tersebut. Kemukakan bersama surat iringan dari ketua tempat bertugas yang menerangkan tujuan/maksud tersebut.
Sistem hanya menyimpan maklumat penyata gaji bulanan bagi tempoh 12 bulan terakhir manakala maklumat Borang EC bagi tempoh 7 tahun. Sila dapatkan maklumat penyata gaji bulanan dan Borang EC yang melebihi tempoh yang dinyatakan di atas daripada Pejabat Gaji di mana anda berkhidmat ketika itu.
Maklum balas tidak diterima kemungkinan disebabkan oleh alamat emel yang didaftarkan di dalam sistem tidak lagi sah atau bukan kepunyaan anda menyebabkan maklumbalas tidak sampai kepada anda. Anda perlu melaporkan perkara ini kepada Pegawai Gaji Pasukan anda bagi membolehkan anda mendaftar semula ke dalam sistem.
BACA JUGA:
Berita Terkini
Berita Terbaru
Daftar Terbaru
News
Berita Terbaru
Flash News
RuangJP
Pemilu
Berita Terkini
Prediksi Bola
Technology
Otomotif
Berita Terbaru
Teknologi
Berita terkini
Berita Pemilu
Berita Teknologi
Hiburan
master Slote
Berita Terkini
Pendidikan
Resep
Cek Ongkir Cargo
Togel Deposit Pulsa
Daftar Judi Slot Online Terpercaya
Slot yang lagi gacor

