SKAS 2026 – Semakan Jumlah Bayaran Setiap Kategori

SKAS 2026 – Semakan Jumlah Bayaran Setiap Kategori

Kerajaan mengumumkan kenaikan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS 2026) bantuan kewangan dalam bentuk baucar digital yang boleh digunakan melalui aplikasi S Pay Global (e-dompet) bagi membeli barangan makanan asas. Semakan status boleh dibuat melalui Portal rasmi Kerajaan Sarawak iaitu Pengkreditan juga boleh disemak terus melalui aplikasi SPay Global.

Bantuan SKAS Dinaikkan

Kerajaan Sarawak bersetuju mengumumkan peningkatan bantuan sebanyak RM136.2 juta bagi membantu rakyat Sarawak menangani kesan konflik di Timur Tengah.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bantuan khas kewangan itu disalurkan menerusi kenaikan kadar pemberian Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 melibatkan hampir 900,000 isi rumah, warga emas dan individu bujang yang layak.

“Kadar baharu bantuan ini menyaksikan isi rumah menerima RM1,100 berbanding RM950 sebelum ini, warga emas RM600 berbanding RM500 manakala individu bujang meningkat kepada RM375 berbanding RM300.

“Keseluruhan peruntukan kewangan 2026 Kerajaan Sarawak bagi pelaksanaan SKAS pada tahun ini berjumlah RM680.0 juta daripada jumlah asal RM543.8 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pemberian bantuan khas di Kompleks Satria Pertiwi, di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru berkata, bantuan tersebut disalurkan melalui tiga fasa sepanjang tahun bagi memastikan golongan sasar menerima bantuan secara berterusan melalui platform e-dompet milik Kerajaan Sarawak, SPay Global.

Fasa pertama disalurkan pada 10 Mac lalu manakala fasa kedua dan fasa ketiga pula masing-masing akan disalurkan pada 15 Mei dan 10 November depan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang SKAS dan bagaimana untuk membuat semakan, pendaftaran atau penerimaan bantuan tunai tersebut.

Sumber: TVS,16 April 2026

Sumber: Youtube Rasmi Unit Komunikasi Awam Sarawak

Apa itu SKAS 2026?

SKAS ialah bantuan kewangan dalam bentuk baucar digital yang boleh digunakan melalui aplikasi S Pay Global (e-dompet) bagi membeli barangan makanan asas.

Menurut Datuk Patinggi Abang Johari, SKAS yang diperuntukkan sebanyak RM640 juta pada tahun hadapan dijangka akan memanfaatkan kira-kira lebih dari satu juta penerima.

Beliau menyampaikan kenyataan ini ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2026 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu.

Syarat Kelayakan & Kategori Penerima

  • Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Maklumat penerima adalah berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini
  • Penerima yang layak terbahagi kepada kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tiada pasangan dan tiada anak.

Kategori Penerima

A) Kategori Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan
  • Tiada had umur.

B) Kategori Bujang

  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan;
  •  Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.

C) Kategori Warga Emas

  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak;
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
  • Had umur 60 tahun dan ke atas.
Isi Rumah Bujang Warga Emas Tanpa Pasangan
Kahwin; atau Bujang; atau Bujang
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak yang menepati syarat; Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak yang menepati syarat;
Pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 ke bawah; dan Pendapatan kasar bulanan RM2,500 ke bawah; dan Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
Tiada had umur Had umur adalah 21–59 tahun; dan Had umur 60 tahun dan ke atas
Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 1–59 tahun
*Nota: Mengikut syarat kategoru STR, Kementerian Kewangan Malaysia

Jumlah Bantuan SKAS 2026

Nilai bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah di antara RM250 hingga RM800 bergantung kepada kategori penerima yang telah diluluskan. Jumlah bantuan SKAS yang akan diterima adalah seperti berikut:

  • Penerima kategori isi rumah dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM1100 setahun
  • Penerima kategori bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM370 setahun
  • Penerima kategori warga emas tanpa pasangan / anak dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM600 setahun

Berikut ialah kadar bantuan SKAS 2026 yang akan diterima bagi Fasa 1, 2 dan 3:

Kategori Penerima FASA 1
10 Mac 2026
FASA 2
15 Mei 2026
FASA 3
10 Nov 2026
Jumlah Setahun
Isi Rumah (≤ RM5,000) RM316 RM424 RM360 RM1100
Warga Emas Tanpa Pasangan/Anak (≤ RM5,000) RM166 RM234 RM200 RM600
Bujang (≤ RM2,500) RM100 RM150 RM125 RM375

Tarikh Bayaran SKAS Fasa 1, 2 dan 3

SKAS Fasa 1 akan dibayar pada 10 Mac 2026. Fasa 2 SKAS yg dijadualkan Julai 2026 akan diawalkan. Tarikh Fasa 2 SKAS ialah pada 15 Mei 2026 sebelum Hari Raya Haji & Gawai 2026. Manakala SKAS Fasa 3 akan disalurkan mulai 10 November 2026.

Bantuan akan disalurkan sebanyak 3 kali setahun iaitu 4 bulan sekali.

Penerima akan dikreditkan bantuan ini melalui S Pay Global. Jika anda tidak mempunyai aplikasi ini, sila muat turun dan daftar akaun mengikut panduan berikut: S Pay Global – Semakan Bayaran SKAS 2026

Semakan Status & Kelayakan SKAS 2026

Kelayakan SKAS boleh disemak melalui Portal Rasmi Kerajaan Sarawak mulai 7 Mac 2026.

Semakan nama penerima SKAS boleh dilakukan melalui Portal Rasmi Kerajaan Sarawak iaitu :

Pastikan anda mempunyai Sarawak ID dan memasukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.

Cara Semakan Kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)

  1. Untuk semakan kelayakan SKAS, sila layari laman web 
  2. Masukkan nombor MyKad anda dan klik Search.
  3. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).

Contoh paparan LAYAK terima SKAS 2026 termasuk kategori dan jumlah yang akan diterima.

Cara Permohonan

Mengikut sumber setakat ini, tiada permohonan dibuka untuk SKAS 2026. Data akan berpandukan STR 2025 daripada LHDN.

Semakan boleh dibuat melalui laman web . Pastikan anda mempunyai Sarawak ID dan memasukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.

Jika anda masih belum mendaftar Sarawak ID, sila rujuk artikel berikut : Sarawak ID (Sarawak Pass): Cara Daftar & Login

Maklumat Lanjut

Untuk semakan penerima dan maklumat lanjut anda boleh layari pautan rasmi  atau rujuk panduan berikut:

Panduan untuk S PAY GLOBAL

  • Bagaimana mendaftar S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
  • Lupa kata laluan dan tukar nombor telefon untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
  • Tukar telefon mudah alih yang digunakan untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )

Panduan untuk SarawakID

Panduan untuk SKAS

  • Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL Infografik ].
  • Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik].
  • Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS Video  |  Infografik ]

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke [email protected].

Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talikhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to [email protected]

Anda juga boleh dapatkan info terkini di sini:

Lokasi Bantuan (Service Sarawak Centre)

  • Kuching: UTC Aras 1, Bangunan UTC Sarawak, Jalan Bukit Mata
  • Serian: Tingkat Bawah, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak
  • Sri Aman: Hotel Seri Simanggang
  • Betong: Lot 614–615, Jalan Lee Kai Teng
  • Sarikei: Level 1, Lot 755, Pusat Pentadbiran
  • Sibu: UTC Aras 1, Bangunan UTC Sibu
  • Miri: Aras Bawah, Bangunan UTC Miri

Atau hubungi:
Telefon: 082-224 599
Emel: [email protected]

Soalan Lazim SKAS 2026

1. Apa itu SKAS 2026?

SKAS 2026 ialah bantuan kewangan dalam bentuk baucar digital melalui aplikasi S Pay Global (e-dompet) yang diberikan kepada rakyat Sarawak bagi membeli barangan makanan asas.

Untuk tahun 2026, kerajaan Sarawak mengumumkan kenaikan peruntukan SKAS kepada RM640 juta, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih daripada satu juta penerima. Pengumuman ini dibuat oleh Datuk Patinggi Abang Johari ketika pembentangan Belanjawan Sarawak 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

2. Siapa yang layak menerima SKAS 2026?

Kelayakan adalah berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah dikemaskini. Penerima mestilah:

– Anak Sarawak (pemegang MyKad kod “K”)
– Beralamat dan menetap di Sarawak
– Tersenarai sebagai penerima STR mengikut kategori kelayakan

Penerima yang layak dibahagikan kepada 3 kategori: Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas.

3. Apakah kategori penerima SKAS?

A) Kategori Isi Rumah
Berkahwin; atau
Ibu/bapa tunggal (balu/janda/duda) dengan tanggungan;
Pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah;
Tiada had umur.

B) Kategori Bujang
Bujang; atau
Ibu/bapa tunggal (balu/janda/duda) tanpa tanggungan;
Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah;
Umur 21–59 tahun;
OKU berumur 19 tahun ke atas layak;
Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.

C) Kategori Warga Emas
Bujang; atau
Ibu/bapa tunggal tanpa anak;
Pendapatan RM5,000 dan ke bawah;
Umur 60 tahun ke atas.

4. Berapakah jumlah bantuan SKAS 2026?

Jumlah bantuan SKAS adalah mengikut kategori seperti berikut:

Isi rumah (pendapatan ≤ RM5,000): RM1100
Bujang (pendapatan ≤ RM2,500): RM375
Warga emas tanpa pasangan/anak (pendapatan ≤ RM5,000): RM600

5. Bila tarikh pembayaran SKAS 2026?

Tarikh rasmi pengkreditan bayaran SKAS telah diumumkan semasa pelancarannya, iaitu :
Fasa 1 – 10 Mac 2026
Fasa 2 – 15 Mei 2026
Fasa 3 – 10 November 2026

7. Adakah saya perlu ada Sarawak ID untuk semakan?

Ya. Anda wajib mempunyai Sarawak ID yang sah untuk membuat semakan.
Jika belum mendaftar, sila rujuk panduan pendaftaran Sarawak ID di laman rasmi Sarawak.

8. Bagaimana bantuan SKAS disalurkan?

Bantuan kredit SKAS akan dimasukkan dalam e-dompet S Pay Global.
Penerima boleh menggunakannya untuk membeli barangan asas di premis yang menerima pembayaran melalui aplikasi tersebut.

9. Bagaimana cara permohonan SKAS 2026?

Setakat ini, tiada permohonan dibuka untuk tahun 2026. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa secara atas talian melalui pautan rasmi:

Rujuk Soalan Lazim Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS):

Baca juga:

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *