Skim Kesihatan Wanita Selangor (Mammogram Percuma)

Skim Kesihatan Wanita Selangor (Mammogram Percuma)


Tahukah anda Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) mempunyai Skim Kesihatan Wanita Selangor (MammoSEL) kepada wanita yang berkelayakan berpeluang mendapatkan pemeriksaan mammogram secara percuma yang boleh dipohon menerusi

Apakah tujuan dan kelebihan skim ini? Jom ketahui lebih lanjut.

Pengenalan Skim Kesihatan Wanita Selangor (MammoSEL)

Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara. Ramai golongan wanita yang bekerja dan berusaha untuk menyara keluarga.

Atas kepentingan itulah Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Skim Kesihatan Wanita Selangor. Tujuan utamanya adalah bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.

Antara kempen di bawah Skim Kesihatan Wanita Selangor ialah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ dengan menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 50 tahun ke atas.

Program ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi skim ini adalah seperti berikut:

  1. Wanita warganegara Malaysia berumur 50 tahun dan ke atas; DAN
  2. Pengundi di Negeri Selangor; DAN
  3. Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU
  4. Bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (bukan kelahiran Negeri Selangor)

* Pemohon perlu mendapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada pengesah yang dibenarkan dan berdekatan dengan tempat tinggal sahaja.

    Cara Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor (MammoSEL)

    Berikut dikongsikan cara permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor secara online untuk mendapatkan pemeriksaan mammogram secara PERCUMA.

      1) Permohonan SKWS hanya diterima secara atas talian (online) sahaja menerusi

      2) Setelah selesai mendaftar, pemohon perlu menghantar dokumen sokongan ke pejabat YAWAS atau secara emel di [email protected]

      3) Dokumen sokongan yang perlu dihantar ialah:

      • Salinan Kad Pengenalan pemohon
      • Borang permohonan online (jika bukan kelahiran Negeri Selangor PERLU dapatkan pengesahan mastautin)
      • Salinan semakan daftar pemilih (SPR) pemohon

      Senarai Hospital Panel

      Di manakah mammogram akan dilakukan?

      Mammogram boleh dilakukan di hospital panel di bawah YAWAS berdekatan tempat anda:

      1. COLUMBIA ASIA HOSPITAL (KLANG)

      2. COLUMBIA ASIA HOSPITAL (CHERAS)

      3. COLUMBIA ASIA HOSPITAL (PUCHONG)

      4. COLUMBIA ASIA HOSPITAL (SETAPAK)

      5. KPJ KLANG SPECIALIST HOSPITAL

      6. KPJ SELANGOR SPECIALIST HOSPITAL (SHAH ALAM)

      7. MAKNA

      8. BEACON HOSPITAL SDN BHD

      9. AURELIUS HOSPITAL NILAI

      10. SENTOSA SPECIALIST HOSPITAL (KLANG)

      11. KAJANG PLAZA MEDICAL CENTRE (KPMC)

      Soalan Lazim

      Apakah yang dimaksudkan dengan MammoSEL?

      MammoSEL merujuk kepada Skim Kesihatan Wanita Selangor yang menyediakan khidmat Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 50 tahun ke atas.

      Apakah syarat permohonan bagi skim ini?

      Syarat permohonan adalah seperti berikut:

      – Wanita warganegara Malaysia berumur 50 tahun dan ke atas; DAN
      – Pengundi di Negeri Selangor; DAN
      – Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU
      – Bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (bukan kelahiran Negeri Selangor)

      Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan secara atas talian?

      Permohonan boleh dibuat menerusi pautan

      Maklumat Lanjut

      Maklumat lanjut mengenai MammoSEL, sila layari atau hubungi saluran berikut:

      • Telefon : 03 5481 8800
      • E-mel : [email protected]
      • Alamat:
        Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
        Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
        Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
        40000 Shah Alam, Selangor.

      Baca juga: Cara Tempah Temu Janji Klinik Kesihatan KKM (MySejahtera)



Real Estate

Agen Togel Terpercaya

Bandar Togel

Sabung Ayam Online

Berita Terkini

Artikel Terbaru

Berita Terbaru

Penerbangan

Berita Politik

Berita Politik

Software

Software Download

Download Aplikasi

Berita Terkini

News

Jasa PBN

Jasa Artikel

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *