TH Khairat – Cara Daftar Melalui THijari & Cara Buat Tuntutan

TH Khairat – Cara Daftar Melalui THijari & Cara Buat Tuntutan

TH Khairat adalah merupakan pelan perlindungan takaful yang ditawarkan oleh Tabung Haji untuk kematian atau hilang upaya kekal.

Untuk pengetahuan anda, Tabung Haji Malaysia menyediakan manfaat sehingga RM12,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal melalui TH Khairat dengan bayaran hanya RM28 setahun!

Jadi, kalau tuan dan puan belum mendaftar, boleh terus mohon melalui aplikasi THiJARI.

Rujuk info penuh syarat dan cara daftar TH Khairat di bawah.

Apa Itu TH Khairat?

TH Khairat ialah pelan sukarela yang menawarkan perlindungan Takaful asas sebanyak RM12,000 terhadap kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh dengan langganan tahunan komprehensif bermula dari RM28. 

Perlindungan ini menyediakan bantuan kewangan kepada waris sekiranya penyimpan meninggal dunia. Sebahagian daripadanya, berjumlah RM2,000, boleh disumbangkan (Infaq) bagi pihak si mati kepada organisasi kebajikan yang dinamakan oleh Pengendali Takaful. 

TH Khairat: Syarat, Cara Daftar & Manfaat Ditawarkan

Maklumat TH Khairat

  1. Terbuka kepada pendeposit TH berumur seawal 30 hari sehingga 65 tahun (pada hari lahir berikutnya)
  2. Perlindungan Takaful terhadap kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh 
  3. Manfaat perlindungan RM12,000
  4. Pendeposit boleh memilih untuk memperuntukkan sebahagian daripadanya, iaitu RM2,000 , sebagai Infaq kepada organisasi kebajikan yang dinamakan oleh Pengendali Takaful.
  5. Langganan tahunan bermula serendah RM28
  6. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web/aplikasi mudah alih THiJARI sahaja

BACA JUGA: Cara Buka Akaun Tabung Haji (TH) Untuk Anak / Dewasa Online

Ciri-Ciri

Berikut ialah ciri-ciri  TH Khairat:

  1. Umur kemasukan: 30 hari – 65 tahun (hari lahir akan datang)
  2. Tempoh caruman: Diperbaharui setiap tahun sehingga mencapai had kelayakan umur
  3. Cara bayaran: Debit daripada akaun Tabung Haji

Bayaran Langganan

Yuran langganan TH Khairat ialah RM28 setahun sahaja.

Pengendali Takaful

TH Khairat diuruskan oleh:

  • Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad198401019089(131646-K)
  • Hong Leong MSIG Takaful Berhad 200601018337 (738090-M)

Pendeposit boleh memilih salah satu daripada Pengendali Takaful ini semasa proses pendaftaran untuk menguruskan sijil TH Khairat. 

TH Khairat: Syarat, Cara Daftar & Manfaat DitawarkanTH Khairat: Syarat, Cara Daftar & Manfaat Ditawarkan

Terma dan Syarat Pendaftaran

Rujuk terma dan syarat pendaftaran TH Khairat berikut:

  1. Terbuka kepada pendeposit TH berumur 30 hari hingga 65 tahun (pada hari lahir berikutnya).
  2. Pendaftaran penyimpan di bawah 18 tahun hendaklah didaftarkan oleh penjaga yang mentadbir akaun.
  3. Pastikan baki yang ada dalam akaun TH anda adalah sekurang-kurangnya RM100 untuk pendaftaran dan untuk setiap pembaharuan.
  4. Yuran langganan akan didebitkan secara automatik daripada akaun TH setiap tahun selagi tiada permintaan penamatan dibuat oleh pendeposit.
  5. Sijil Takaful tidak akan diperbaharui jika penyimpan melebihi umur 65 tahun (hari lahir berikutnya) atau baki akaun kurang daripada RM100
  6. Pendeposit boleh menamatkan sijil Takaful pada bila-bila masa dengan memberitahu pengendali Takaful yang dilantik.
  7. Bayaran langganan yang dibuat tidak akan dikembalikan jika langganan ditamatkan atas sebarang sebab.
  8. Penerima yang dinamakan mesti:
    1. Mempunyai akaun TH
    2. Berumur 18 tahun ke atas
  9. Penyimpan tertakluk kepada tempoh menunggu 3 bulan untuk kematian semula jadi/TPD, dan tiada tempoh menunggu untuk kematian/TPD akibat kemalangan.
  10. Tuntutan boleh dibuat dengan memuat turun borang tuntutan daripada pautan yang disediakan di laman utama THiJARI dan menyerahkannya terus kepada Pengendali Takaful.
  11. Tuntutan hanya boleh dibuat sekali oleh benefisiari dan tidak boleh dipindah milik.
  12. Pengaturan Infaq daripada jumlah perlindungan diuruskan sepenuhnya oleh Pengendali Takaful.
  13. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Lembaran Pendedahan Produk Pengendali Takaful yang dilantik.

BACA JUGA: Simpanan Tabung Haji: Cara & Had Pengeluaran

Cara Daftar TH Khairat Di Apps Thijari

Untuk mendaftar TH Khairat melalui aplikasi THiJARI, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat Turun Aplikasi THiJARI: Pastikan anda telah memuat turun aplikasi THiJARI di telefon pintar anda melalui Google Play Store atau App Store. 
  1. Log Masuk atau Daftar Akaun: Buka aplikasi dan log masuk ke akaun THiJARI anda. Jika anda belum mempunyai akaun, daftar terlebih dahulu dengan mengikuti arahan yang diberikan dalam aplikasi. 
  1. Pilih Menu TH Khairat: Setelah log masuk, pergi ke menu utama dan pilih pilihan untuk TH Khairat. Nanti ada keluar pop out mesej, klik OK. 
  1. Klik setuju. 
  1. Isi Maklumat Pendaftaran: Pilih cawangan TH berhampiran dan isi maklumat yang diperlukan seperti nama, no akaun TH dan sebagainya. Ikuti arahan selanjutnya. Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat. 
  1. Pilih Pengendali Takaful: Anda perlu memilih pengendali Takaful yang dikehendaki, sama ada Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (STMKB) atau Hong Leong MSIG Takaful (HLMT).
  1. Sahkan Pendaftaran: Selepas melengkapkan pendaftaran, sahkan maklumat dan hantar permohonan anda melalui aplikasi. 
  1. Tunggu Pengesahan: Sijil Takaful akan berkuatkuasa mengikut tarikh permohonan dihantar dan tertakluk kepada kelulusan pendaftaran oleh Pengendali Takaful. 

(Kredit: Diari Haji Muassasah, Mohd Nor Ab Razak)

Terma dan Syarat Penerima Manfaat

Penerima manfaat yang dinamakan mestilah:

  1. Mempunyai akaun TH
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Tuntutan hanya boleh dibuat sekali sahaja oleh penerima dan tidak boleh dipindah milik.
  4. Penerima manfaat boleh dikemaskini pada bila-bila mas.
  5. Sekiranya pendeposit telah melakukan kemas kini yang seterusnya hanya boleh dilakukan selepas 30 hari.

Manfaat Perlindungan

TH Khairat menyediakan manfaat perlindungan sebanyak RM12,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh. 

TH Khairat: Syarat, Cara Daftar & Manfaat DitawarkanTH Khairat: Syarat, Cara Daftar & Manfaat Ditawarkan

Gandakan Manfaat Perlindungan

Pendeposit juga layak untuk memiliki sehingga 4 sijil dan akan menerima manfaat perlindungan berjumlah RM48,000!

Pengendali Langganan Tahunan Manfaat Perlindungan
Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad198401019089(131646-K Sijil 1 RM 28 RM 12,000
Sijil 2 RM 28 RM 12,000
Hong Leong MSIG Takaful Berhad 200601018337 (738090-M) Sijil 1 RM 28 RM 12,000
Sijil 2 RM 28 RM 12,000
Jumlah RM 48,000

Ini bermaksud:

  • Kalau anda daftar 1 sijil, anda perlu bayar RM28 setahun untuk manfaat perlindungan TH Khairat bernilai RM12,000.
  • Kalau anda daftar 2 sijil, anda perlu bayar RM56 setahun untuk manfaat perlindungan TH Khairat bernilai RM24,000.
  • Kalau anda daftar 3 sijil, anda perlu bayar RM84 setahun untuk manfaat perlindungan TH Khairat bernilai RM36,000.
  • Kalau anda daftar 4 sijil, anda perlu bayar RM112 setahun untuk manfaat perlindungan TH Khairat bernilai RM48,000.

Sekiranya pendeposit meninggal dunia di Tanah Suci semasa menunaikan ibadat haji, manfaat akan dibayar dua kali ganda kepada penerima manfaat:

  • 1 Sijil RM 12,000 kepada RM 24,000
  • 2 Sijil RM 24,000 kepada RM 48,000
  • 3 Sijil RM 36,000 kepada RM 72,000
  • 4 Sijil RM 48,000 kepada RM 96,000

Cara Membuat Tuntutan Khairat Kematian Tabung Haji

TH Khairat memberi manfaat asas RM12,000 setiap sijil untuk kematian atau hilang upaya kekal, maksimum 4 sijil (RM48,000), dan boleh berganda sehingga RM96,000 jika kematian berlaku ketika menunaikan haji.

Berikut adalah panduan lengkap cara membuat tuntutan Khairat Kematian Tabung Haji sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal bagi pendeposit Tabung Haji:

1. Syarat Kelayakan

Sebelum memulakan proses, pastikan kriteria berikut dipenuhi:

  • Sebelum membuat tuntutan, pastikan arwah dan penerima manfaat memenuhi kriteria berikut:
  • Arwah mesti pendeposit Tabung Haji dengan baki minimum RM100 dalam akaun TH.
  • Umur pendeposit biasanya dari 30 hari hingga 65 tahun pada masa mendaftar sijil TH Khairat.
  • Skim perlu diperbaharui setiap tahun melalui pengendali takaful.
  • Penerima manfaat mesti dinamakan secara rasmi semasa pendaftaran sijil dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh penamaan.

Nota: Manfaat ini berbeza dari baki simpanan arwah. Baki simpanan tetap diurus menerusi prosedur penamaan simpanan atau tuntutan pusaka.

2. Sediakan Dokumen yang Diperluka

  • Borang tuntutan yang dimuat turun dari THiJARI atau pautan pengendali takaful (STMKB/HLMT).
  • Sijil kematian arwah (asal dan salinan).
  • Kad pengenalan penerima manfaat / waris beserta butiran akaun bank atau akaun TH untuk pengkreditan manfaat.
  • Bukti hubungan (sijil nikah, sijil kelahiran, kad keluarga) jika perlu membuktikan pertalian waris.

3. Langkah-Langkah Permohonan

  1. Klik “Tuntutan TH Khairat” di laman daftar masuk web/aplikasi THiJARI.
  2. Isi borang tuntutan dengan lengkap, termasuk butiran arwah, penerima manfaat, dan akaun yang ingin menerima bayaran.
  3. Sertakan semua dokumen sokongan (sijil kematian, ID, penyata bank/TH, dan dokumen hubungan keluarga) sebagai lampiran.
  4. Hantar borang dan dokumen kepada pengendali takaful berkaitan (STMKB/HLMT) melalui pos, e‑mail, atau kaunter yang ditetapkan.
  5. Setelah semakan kelulusan, manfaat akan dikreditkan ke akaun TH penerima manfaat atau akaun bank yang didaftarkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
tuntutan TH Khairattuntutan TH Khairat
Klik Tuntutan TH Khairat
tuntutan TH Khairattuntutan TH Khairat
Pilih syarikat pengendali takaful, muat turun dan isi borang.

NOTA:

  • Perlu diingat bahawa Khairat Kematian adalah sumbangan ihsan daripada TH, manakala Baki Simpanan arwah dalam akaun TH adalah perkara berbeza.
    • Jika ada Penamaan: Wang simpanan akan dibayar kepada penama yang didaftarkan (sebagai wasi/pentadbir).
    • Jika tiada Penamaan: Waris perlu melalui proses tuntutan pusaka mengikut prosedur harta pusaka kecil atau bitara (perlu surat kuasa tadbir/faraid).
  • Sebaiknya uruskan tuntutan khairat kematian ini serentak dengan urusan penutupan akaun atau tuntutan baki simpanan arwah untuk menjimatkan masa anda.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan info terkini mengenai TH Khairat, sila layari:

  • Portal rasmi Tabung Haji
  • Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Soalan Lazim TH Khairat

Siapakah yang boleh mendaftar TH Khairat dan apakah had umur yang layak?

TH Khairat terbuka kepada semua pendeposit TH berumur 30 hari hingga 65 tahun sahaja (hari lahir berikutnya).
– 18 tahun ke atas: Pendeposit boleh mendaftar sendiri melalui laman web/aplikasi mudah alih THiJARI.
– Bawah 18 tahun: Pendeposit bawah 18 tahun mesti didaftarkan melalui laman web/aplikasi mudah alih THiJARI oleh penjaga yang mentadbir akaun.

Berapakah jumlah perlindungan yang ditawarkan untuk TH Khairat?

Jumlah perlindungan yang ditawarkan ialah RM 12,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh.

Berapakah yuran langganan TH Khairat ?

Yuran langganan TH Khairat ialah RM28 setahun. Yuran langganan akan didebitkan secara automatik daripada akaun TH setiap tahun selagi sijil Takaful tidak ditamatkan.

Adakah terdapat sebarang perbezaan dalam faedah atau yuran langganan?

Pendeposit boleh mendaftar dengan satu pengendali Takaful atau mendaftar dengan kedua-dua pengendali Takaful.

Adakah TH Khairat ini patuh syariah?

Ya, TH Khairat adalah patuh Syariah dan telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Penasihat Syariah TH .

Siapa yang boleh dilantik sebagai waris?

Pendeposit boleh melantik sesiapa sahaja sebagai benefisiari dengan syarat berikut: Mempunyai akaun TH, Berumur 18 tahun ke atas.

Bagaimanakah saya boleh menyemak status TH Khairat saya?

Status terkini pendaftaran atau langganan TH Khairat boleh disemak di laman web/aplikasi THiJARI melalui menu “Semak Status”.

Bagaimanakah saya memperbaharui langganan saya setiap tahun?

Pembaharuan langganan TH Khairat akan didebitkan secara automatik daripada akaun TH pendeposit dalam tempoh 90 hari dari ulang tahun sijil pembaharuan.

Jika tiada kematian atau hilang upaya kekal sehingga saya mencapai umur 65 tahun (melebihi had umur), bolehkah saya mendapatkan semula langganan saya?

Tidak, yuran langganan tidak akan dikembalikan jika had umur kelayakan telah melebihi.
Bayaran langganan semasa sijil berkuat kuasa disalurkan kepada pengendali Takaful yang dikutip sebagai derma dalam satu tabung bagi tujuan pampasan peserta Takaful yang memerlukan seperti yang dipersetujui oleh peserta berdasarkan kontrak Tabarru’.

Bagaimanakah cara saya menamatkan langganan TH Khairat?

Pendeposit boleh menamatkan langganan TH Khairat dengan memaklumkan atau menghubungi Pengendali Takaful yang dipilih/dilantik oleh pendeposit.

Bagaimanakah bayaran tuntutan akan diberikan kepada penerima manfaat?

Bayaran tuntutan akan dikreditkan ke akaun TH penerima manfaat.

Saya mendaftar TH Khairat dan dalam masa yang sama mempunyai sijil Takaful berdaftar dengan Pengendali Takaful yang lain. Sekiranya saya mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh, saya telah membuat tuntutan dengan Pengendali Takaful tersebut, adakah saya masih layak membuat tuntutan TH Khairat?

Ya, anda layak membuat tuntutan TH Khairat selagi sijil Takaful tersebut masih berkuatkuasa.

Bagaimanakah penerima manfaat ingin membuat tuntutan?

Klik pautan Tuntutan TH Khairat di laman daftar masuk web/aplikasi THiJARI untuk muat turun borang tuntutan Pengendali Takaful yang dipilih dan borang yang lengkap perlu dihantar kepada Pengendali Takaful berkenaan.

Untuk lebih mengetahui lebih banyak soalan lazim berkaitan TH Khairat, anda boleh layari pautan berikut:

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *