Biasiswa Anak Pahang bagi pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1 & 4) merupakan antara bantuan pendidikan yang dinantikan setiap tahun oleh ibu bapa dan pelajar di negeri Pahang. Permohonan dibuka dari 15 April hingga 15 Mei 2026. Rujuk Portal Rasmi Yayasan Pahang untuk maklumat lanjut.
Inisiatif oleh Yayasan Pahang ini memberi peluang kepada pelajar yang layak, khususnya daripada keluarga memerlukan serta yang berpotensi cemerlang, untuk meneruskan persekolahan dengan lebih lancar dan terjamin.
Apa itu Biasiswa Anak Pahang (Sekolah Menengah)
Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) merupakan bantuan pendidikan yang disediakan oleh Yayasan Pahang khusus untuk pelajar anak negeri Pahang yang sedang menuntut di peringkat menengah.
Program ini telah diperkenalkan sejak tahun 1983 dan sebelum ini dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Menengah (BSM). Ia bertujuan membantu meringankan beban kewangan keluarga serta memastikan pelajar dapat meneruskan persekolahan dengan lebih selesa.

Peluasan Kepada Pelajar Cemerlang
Mulai tahun 2003, sebahagian daripada peruntukan biasiswa ini turut diberikan kepada pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Ini menunjukkan bahawa biasiswa ini bukan sahaja membantu golongan memerlukan, tetapi juga mengiktiraf pelajar berprestasi tinggi.
Syarat Permohonan
Berikut adalah kriteria kelayakan Biasiswa Pahang (Seklah Menengah)
- Pemohon adalah warganegara Malaysia.
- Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
- Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di Negeri Pahang Darul Makmur.
- Jika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.
- Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
- Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
- Pemohon mestilah sedang belajar di tingkatan 1, 4 dan 6 Rendah tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama Kebangsaan/ Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang).
- Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
- Murid yang pernah digantung / dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
- Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat ADUN pada tahun semasa.
Jumlah Bantuan Biasiswa
Sejak tahun 2012, kadar Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) telah dinaikkan daripada RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Bagi pelajar Tingkatan 6, kadar biasiswa kekal sebanyak RM600 setahun.
Tarikh Permohonan
Permohonan Biasiswa Anak Pahang (Sekolah Menengah) telah dibuka mulai 15 April 2026 hingga 15 Mei 2026.
Cara Permohonan Biasiswa
Yayasan Pahang telah menambah baik proses permohonan dengan memperkenalkan sistem permohonan secara dalam talian yang dibuat melalui pihak sekolah.
Dengan sistem ini, pihak sekolah tidak lagi perlu menghantar borang permohonan secara manual ke Yayasan Pahang, menjadikan proses lebih cepat dan efisien.
Kaedah Pembayaran Biasiswa
Pembayaran biasiswa dibuat sebanyak dua kali setahun, iaitu pada bulan Februari dan Ogos dalam tahun semasa. Kaedah ini membantu pelajar mengurus perbelanjaan persekolahan secara lebih teratur sepanjang tahun.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan informasi terkini berkenaan Biasiswa Anak Pahang anda boleh rujuk pada pautan ini:
Soalan Lazim Biasiswa Anak Pahang
Murid yang berada di Tingkatan 1, 4 dan 6 Rendah tahun semasa.
Belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Vokasional, Sekolah Teknik, Sekolah Menengah Agama Kebangsaan, Negeri atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di Pahang (diiktiraf Kerajaan Negeri).
Melalui sekolah dan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada tahun semasa.
Permohonan dibuat secara dalam talian dan pihak sekolah tidak perlu menghantar borang ke Yayasan Pahang.
Warganegara Malaysia.
Ibu/bapa/penjaga warganegara Malaysia.
Pemohon atau ibu/bapa/penjaga lahir di Pahang atau bermastautin lebih 10 tahun.
Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah tanpa bantuan kewangan lain.
Keutamaan kepada anak yatim, keluarga miskin, ibu bapa/penjaga uzur, cacat, OKU, ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
RM600 setahun bagi Tingkatan 1 hingga 6.
Bayaran dibuat dua kali setahun pada bulan Februari dan Ogos.
Tidak perlu, hanya dihantar ke sekolah untuk rekod dan simpanan.
Baca juga: Permohonan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2026
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
