Panduan Temuduga SPP ini disediakan bagi membantu calon membuat persediaan rapi sebelum menghadiri sesi temu duga sebenar. Ramai calon terlepas peluang bukan kerana tidak layak, tetapi kerana kurang memahami kehendak panel serta aspek yang dinilai.
Dalam artikel ini, anda akan mengetahui kriteria pemarkahan, dokumen wajib serta tips penting yang boleh membantu meningkatkan peluang untuk lulus dengan lebih yakin.
Apa itu Temuduga SPP?
Temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) merupakan satu proses penting dalam pemilihan calon bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41.
Proses ini bukan sahaja menilai kelayakan akademik calon, malah turut menitikberatkan aspek kemahiran komunikasi, penguasaan pedagogi, pengetahuan isu semasa pendidikan serta sahsiah diri.
Secara umumnya, ramai calon gagal bukan kerana tidak layak dari segi akademik, tetapi disebabkan kurang persediaan dari segi dokumen, keyakinan diri dan kefahaman terhadap kehendak panel. Oleh itu, pemahaman menyeluruh tentang proses temu duga ini amat penting bagi meningkatkan peluang untuk berjaya.

Dokumen Semasa Panggilan Temu Duga
Apabila calon menerima panggilan temu duga, beberapa dokumen rasmi akan diberikan oleh pihak SPP sebagai rujukan utama. Dokumen ini perlu dibaca, difahami dan dibawa semasa hari temu duga bagi memastikan segala urusan berjalan lancar.
Antara dokumen utama ialah:
- Slip panggilan temu duga
- Panduan menghadiri temu duga
- Senarai semak dokumen
Slip panggilan temu duga mengandungi maklumat penting seperti:
- Jawatan dipohon (contoh: PPP Gred DG41)
- Tarikh dan masa temu duga
- Lokasi temu duga
Calon perlu memastikan maklumat ini tepat dan hadir mengikut jadual yang ditetapkan.




Panduan Menghadiri Temu Duga SPP
Semasa menghadiri temu duga, calon diwajibkan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak SPP.
Salah satu aspek yang paling penting ialah penampilan diri kerana ia memberi impresi pertama kepada panel penilai.
Lelaki:
- Kemeja berlengan panjang
- Bertali leher
- Memakai tanda nama
- Kasut berwarna gelap
Perempuan:
- Pakaian sopan dan tidak mencolok mata
- Memakai tanda nama
- Kasut bertumit dan bertutup
*Calon juga digalakkan memakai pelitup muka jika perlu.


Senarai Semak Dokumen Temu Duga
Semasa hari temu duga, calon diwajibkan membawa dokumen asal bersama satu salinan bagi setiap dokumen untuk tujuan semakan oleh pihak urus setia. Semua dokumen ini perlu disusun dengan kemas mengikut turutan yang ditetapkan.
Kegagalan mengemukakan dokumen lengkap boleh menyebabkan calon tidak dibenarkan menghadiri temu duga walaupun telah menerima panggilan rasmi.
| Bil | Dokumen |
|---|---|
| 1 | Kad pengenalan |
| 2 | Sijil kelahiran |
| 3 | Sijil SPM / setaraf |
| 4 | Diploma pendidikan |
| 5 | Ijazah sarjana muda + transkrip penuh |
| 6 | Sijil MUET / CEFR |
| 7 | Sijil kokurikulum |
| 8 | Pengiktirafan MQA |
| 9 | Buku rekod mengajar (asal sahaja) |
Bagi calon yang sedang berkhidmat dalam sektor awam seperti guru interim atau kontrak, mereka juga perlu menyediakan dokumen tambahan seperti surat kebenaran, laporan khas temu duga serta senarai tugas dan kokurikulum.
Untuk calon dalam perkhidmatan awam (Contoh : Guru Interim / Kontrak), sediakan:
- Surat kebenaran
- Laporan khas temu duga
- Senarai tugas & kokurikulum
Untuk sijil diperoleh dari luar negara atau bukan dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris, dokumen perlu:
- Diterjemah secara rasmi
- Disahkan oleh pihak berautoriti




Semakan Pengiktirafan Kelayakan (MQA)
Selain menyediakan dokumen akademik, calon juga perlu memastikan bahawa kelayakan yang dimiliki telah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Proses semakan ini boleh dilakukan melalui sistem Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) atau eSisraf di pautan berikut:
Melalui sistem ini, calon boleh menyemak sama ada program pengajian mereka diiktiraf serta memenuhi standard yang ditetapkan.
Sekiranya kelayakan tidak ditemui dalam sistem, calon perlu membuat rujukan lanjut melalui portal rasmi MQA bagi memastikan kelayakan mereka sah digunakan.








Kriteria Pemarkahan Temu Duga
Dalam temu duga SPP, penilaian dibuat secara menyeluruh berdasarkan dua komponen utama iaitu penilaian oleh pengerusi dan wakil jabatan.
Pecahan Pemarkahan
| Penilai | Peratus |
|---|---|
| Pengerusi | 70% |
| Wakil Jabatan | 30% |
Pengerusi akan menilai aspek seperti keupayaan berfikir, profesional keguruan, kemahiran komunikasi, pengetahuan isu semasa pendidikan, penampilan diri serta penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.
Wakil jabatan pula akan memberi fokus kepada aspek praktikal seperti buku rekod mengajar, kemahiran mengajar, pedagogi, kandungan mata pelajaran serta penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.
Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya 70% untuk lulus temu duga ini iaitu (Pengerusi : 49% , Wakil Jabatan : 21%)




Antara Faktor Gagal Temu Duga
Terdapat beberapa faktor utama yang sering menyebabkan calon gagal dalam temu duga walaupun mempunyai kelayakan akademik yang baik. Antaranya ialah:
- Kurang berupaya untuk menyampaikan pandangan
- Calon tidak dapat berkomunikasi dengan baik, teratur, jelas dan lancar di samping tahap keupayaan berfikir yang kurang memuaskan serta kurang pengetahuan atas isu-isu semasa.
- Calon tidak menunjukkan minat yang mendalam di dalam profesyen perguruan.
- Calon tidak membawa RPH dan kefahaman berkaitan pengajaran dan pembelajaran adalah lemah.
- Calon tidak memandang kepada muka panel semasa menjawab soalan.
- Pengetahuan pedagogi lemah, kurang penguasaan berbahasa.
- Calon tidak bersedia dan kurang fokus. Minta tukar soalan.
- Kurang kreativiti dalam cadangan aktiviti PdP dan PBD.
- Pengetahuan dalam bidang amat terhad.
- Pronunciation problem. Explanation is difficult to decipher.


Persiapan Sebelum, Semasa dan Selepas Temu Duga
Persediaan menghadapi temu duga perlu dilakukan secara menyeluruh merangkumi sebelum, semasa dan selepas sesi berlangsung.
Sebelum:
Calon perlu membaca panduan temu duga, membuat tinjauan lokasi serta menyediakan dokumen lengkap termasuk RPH/BRM. Persediaan diri seperti pakaian, ulang kaji dan latihan juga penting.
Semasa:
- Datang awal
- Jaga disiplin dan penampilan
- Fokus dan yakin semasa temu duga
- Bercakap ikut keperluan dengan jelas dan teratur
- Bagi peluang calon / kawan
- Berusaha untuk memahamkan panel
Selepas:
- Pastikan salina dokumen telah diserahkan
- Pastikan dokumen asal disimpan
- Terus keluar dari tempat / dewan temu duga


Contoh Soalan Temu Duga SPP
Panel temu duga biasanya akan mengemukakan soalan yang menguji pemikiran kritis serta kefahaman calon terhadap isu semasa dan bidang pendidikan. Antara contoh soalannya adalah seperti berikut:
1. Huraikan kesan pandemik COVID-19 dalam kehidupan rakyat Malaysia pada masa sekarang
2. Huraikan tentang setiap satu Rukun Negara?
3. Bagaimana kita dapat menangani kos sara hidup yang kian meningkat?
4. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengatasi isu beg berat?
5. Apa padangan anda tentang undi 18 tahun yang diluluskan dewan rakyat dan impaknya dalam pilihanraya ke-15?
6. Bagaimana PdPR yang berkesan dapat dijalankan. Huraikan.
7. Sebagai guru, bagaimana anda boleh mendidik anak murid mengamalkan komunikasi positif melalui media sosial? Huraikan.


Keputusan Temu Duga & Tawaran Lantikan
Keputusan temu duga biasanya akan diumumkan dalam tempoh enam minggu selepas tarikh akhir sesi temu duga. Calon yang berjaya akan menerima arahan lapor diri daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Selepas menerima tawaran, calon perlu mengemukakan dokumen kepada ketua jabatan serta menyediakan laporan perubatan sebagai syarat sebelum lantikan dibuat secara rasmi.




Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Panduan Temu Duga SPP anda boleh rujuk pada pautan berikut:
MUAT TURUN PANDUAN PERSEDIAAN TEMU DUGA SPP
Pautan untuk rujukan:
Pengesahan Pengiktirafan Kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
https://www2.mqa.gov.my/mqr/
https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
Sistem Pengambilan Bagi Anggota Perkhidmatan Pendidikan
FAQ Lantikan Kontrak (Interim)
Soalan Lazim (FAQ) Panduan Temu Duga SPP
Temu duga SPP ialah proses penilaian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan bagi memilih calon yang layak untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Dalam sesi ini, calon akan dinilai dari segi akademik, komunikasi, pedagogi, sahsiah dan pengetahuan isu semasa pendidikan.
Calon perlu membawa dokumen lengkap dalam bentuk asal dan satu salinan. Dokumen ini penting untuk tujuan pengesahan oleh panel. Antara dokumen utama ialah:
Kad pengenalan
Sijil akademik (SPM, diploma, ijazah)
Transkrip penuh
Sijil MUET / CEFR
Sijil kokurikulum
Pengiktirafan MQA
Buku rekod mengajar (jika berkaitan)
Slip panggilan temu duga
Sekiranya calon gagal membawa dokumen lengkap, pihak urus setia berhak untuk tidak membenarkan calon menghadiri temu duga. Oleh itu, sangat penting untuk menyemak senarai dokumen sebelum hadir.
Tempoh temu duga biasanya mengambil masa sekitar 30 hingga 45 minit bagi setiap sesi. Bagi kaedah rakaman video pula, tempohnya lebih singkat iaitu sekitar 5 hingga 7 minit.
Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya 70% markah keseluruhan untuk lulus temu duga. Markah ini merangkumi penilaian oleh pengerusi (70%) dan wakil jabatan (30%).
Penilaian dibuat berdasarkan beberapa aspek utama yang mencerminkan keupayaan calon sebagai seorang guru. Antara kriteria penting ialah:
Kemahiran komunikasi
Pengetahuan isu semasa pendidikan
Keupayaan berfikir
Kemahiran pedagogi
Profesionalisme keguruan
Penampilan diri dan sahsiah
Soalan temu duga biasanya berbentuk terbuka dan memerlukan huraian yang jelas. Ia bertujuan menguji pemikiran serta kefahaman calon. Contoh soalan:
Isu pendidikan semasa (PdPR, beg berat, AI dalam pendidikan)
Peranan guru dalam masyarakat
Kesan isu semasa seperti COVID-19
Cara meningkatkan minat murid belajar
Kepentingan Rukun Negara
Tidak. Temu duga SPP boleh dijalankan dalam beberapa kaedah bergantung kepada situasi semasa, iaitu:
Bersemuka (fizikal)
Secara dalam talian (online)
Rakaman video
Ya, sangat penting. Calon perlu memastikan kelayakan akademik diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melalui sistem seperti MQR atau eSisraf. Jika tidak diiktiraf, ia boleh menjejaskan peluang calon.
Keputusan temu duga biasanya akan diumumkan dalam tempoh sekitar 6 minggu selepas tarikh akhir sesi temu duga.
Jika berjaya, calon akan menerima tawaran lantikan dan perlu:
Melapor diri mengikut arahan KPM
Mengemukakan dokumen kepada ketua jabatan
Menyediakan laporan perubatan
Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah calon tidak membuat persediaan secukupnya, tidak yakin semasa bercakap, serta gagal menjawab soalan dengan jelas dan teratur. Kesilapan lain termasuk:
Tidak membawa dokumen lengkap
Tidak memahami isu semasa
Kurang eye contact dengan panel
Jawapan terlalu ringkas atau tidak relevan
Baca juga:
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
