SSPN Prime ialah produk simpanan pendidikan oleh PTPTN Malaysia selain SSPN Plus, yang bertujuan membantu persediaan kewangan untuk pengajian tinggi. Daftar SPPN online di pautan ini: https://www.ptptn.gov.my/simpan-sspn/ atau apps myPTPTN (Android / iOS)
Ia merupakan instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan, di mana anda boleh menyimpan secara fleksibel mengikut kemampuan. Untuk makluman, SSPN Prime sebelum ini dikenali sebagai SSPN-i.
Apa itu SPPN Prime
SSPN Prime ialah skim simpanan pendidikan jangka panjang yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membantu ibu bapa merancang kewangan pendidikan tinggi anak-anak sejak awal.
Skim ini sebenarnya berasal daripada Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) atau dikenali sebagai SSPN-i, yang mula diperkenalkan pada tahun 2004.
Tujuan utama pengenalan SSPN adalah untuk memupuk budaya menabung dalam kalangan ibu bapa bagi memastikan anak-anak mempunyai dana mencukupi apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Penjenamaan Semula kepada SSPN Prime
Selepas hampir 17 tahun berada di pasaran, SSPN-i semakin mendapat kepercayaan rakyat Malaysia yang mula menyedari kepentingan perancangan kewangan pendidikan. Seiring dengan penambahbaikan produk, SSPN-i kini dijenamakan semula sebagai Simpan SSPN Prime.
Walaupun nama berubah, skim ini masih mengekalkan semua manfaat dan keistimewaan utama yang ditawarkan sebelum ini, malah terus relevan sebagai instrumen simpanan pendidikan patuh syariah.
Ciri-Ciri Utama SSPN Prime
SSPN Prime berfungsi seperti akaun simpanan biasa di bank, tetapi dengan kelebihan tambahan yang lebih menarik:
- Tiada komitmen bulanan tetap – anda bebas menyimpan mengikut kemampuan
- Contohnya: RM10 bulan ini, RM500 bulan depan, atau tiada simpanan langsung tanpa penalti
- Patuh syariah, sesuai untuk semua pengguna Muslim
- Menawarkan dividen tahunan yang kompetitif
Fleksibiliti ini menjadikan SSPN Prime sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa tekanan kewangan.



Pelepasan Cukai SSPN
Salah satu sebab utama ibu bapa di Malaysia memilih SSPN ialah kelebihan pelepasan cukai pendapatan yang sangat membantu mengurangkan beban kewangan setiap tahun.
Malah, ramai mak ayah anggap SSPN sebagai “senjata utama” untuk tax planning keluarga, terutama bagi tahun taksiran 2025 yang hadir dengan beberapa perubahan penting.


Senario 1: Hanya Seorang Boleh Tuntut
Walaupun suami isteri menyimpan dalam akaun SSPN anak yang sama, LHDN hanya benarkan seorang sahaja membuat tuntutan pelepasan cukai. Ini bermakna resit tidak boleh dikongsi atau dibahagikan.
Contoh situasi:
- Encik Ahmad simpan: RM8,000
- Puan Siti simpan: RM8,000
- Jumlah simpanan: RM16,000
Cara tuntutan:
- Encik Ahmad tuntut RM8,000
- Puan Siti tidak boleh tuntut
👉 Tip penting: Berikan tuntutan kepada pasangan yang berada dalam tax bracket lebih tinggi untuk penjimatan maksimum.
Senario 2: Pengeluaran SSPN Untuk Yuran Universiti Anak
Sebelum ini, ramai ibu bapa rasa serba salah nak keluarkan duit SSPN untuk bayar yuran universiti kerana ia akan mengurangkan jumlah pelepasan cukai.
Namun bermula tahun taksiran 2025, berita baik untuk ibu bapa
👉 Pengeluaran untuk pendidikan tinggi anak tidak lagi menjejaskan pelepasan cukai.
Contoh:
- Simpanan baharu: RM8,000
- Pengeluaran untuk yuran universiti: RM10,000
Cara lama:
RM8,000 – RM10,000 = RM0 (tiada pelepasan cukai)
Cara baharu (2025):
Pengeluaran untuk pendidikan diabaikan
👉 Pelepasan cukai tetap RM8,000 (penuh)
Cara Daftar Akaun SSPN Prime
Di sini kami kongsikan dua cara daftar akaun SSPN online dengan sangat mudah.
Daftar Secara Online
1. Muat Turun Aplikasi myPTPTN
Muat turun aplikasi myPTPTN ke dalam telefon anda menerusi pautan ini:
2. Log Masuk
Bagi yang sudah mempunyai akaun sebelum ini, ada perlu “Log Masuk” ke dalam aplikasi myPTPTN. Bagi yang belum mempunyai akaun lagi, klik “Daftar Sekarang” untuk daftar akaun baru.
3. Pilih Pembukaan Akaun Simpanan
Di bahagian Perkhidmatan, pilih “Pembukaan Akaun Simpanan”.
4. Pilih Akaun Simpanan
Anda boleh pilih untuk buka akaun “Simpan SPPN Prime” atau “Simpan SSPN Plus”. Kemudian, klik butang “Buka Akaun”.
5. Pilih Jenis Akaun
Anda perlu pilih jenis akaun sama ada :
- Anak Kandung
- Anak Jagaan Sah
- Diri Sendiri
6. Pendaftaran Akaun
Isi dan masukkan maklumat peribadi diri dan sahkan nombor kad pengenalan.
7. Buat Bayaran
Masukkan minima deposit ke dalam akaun tersebut.
Klik pada kotak pengesahan.
Pilih pilihan bayaran dan pilihan bank yang di sediakan untuk membuat pembayaran pendaftaran. Klik sah & bayar.
8. Notis Pengesahan
Anda akan menerima notis pengesahan pembukaan akaun. Akaun anda berjaya dibuka dan didaftarkan.
Daftar Secara Offline
Sekiranya anda kurang mahir mendaftarkan akaun secara online, anda boleh berbuat demikian secara offline melalui salah satu alternatif berikut:
- Melalui kaunter PTPTN cawangan berdekatan
- Ejen Online PTPN
- Eksekutif Pemasaran PTPTN
Kelebihan SSPN Prime
Sebelum mendaftarkan diri, adalah lebih elok sekiranya anda lihat dulu kelebihan SSPN Prime yang boleh anda nikmati seperti yang berikut:
- Tiada Komitmen: Simpan bila-bila masa mengikut kemampuan.
- Geran Sepadan: Keluarga berpendapatan rendah (B40) layak memohon Geran Sepadan sehingga RM10,000.
- Perlindungan Takaful Percuma: Diberikan secara percuma kepada pendeposit yang mempunyai baki simpanan RM1,000 dan ke atas.
- Syarat Pinjaman PTPTN: Pembukaan akaun ini adalah syarat wajib untuk memohon pinjaman pendidikan PTPTN.
- Dividen: Kadar dividen yang kompetitif.
- Jaminan: Simpanan dijamin Kerajaan.
Perbandingan SPPN Prime vs SPPN Plus
| Ciri-Ciri | SSPN Prime | SSPN Plus |
|---|---|---|
| Konsep | Simpanan Tulen (Pure Savings) | Simpanan + Takaful |
| Komitmen Bulanan | Tiada (Fleksibel) | Wajib (Ikut Pakej bermula RM30/bulan) |
| Pengeluaran Wang | Bila-bila masa (Tertakluk peraturan) | Hanya bahagian simpanan boleh dikeluarkan selepas 3 tahun |
| Dividen | Diberikan atas baki simpanan | Diberikan atas baki simpanan sahaja |
| Pelepasan Cukai (LHDN) | Sehingga RM8,000 (Kategori Simpanan Bersih) | Sehingga RM11,000 (RM8k Simpanan + RM3k Takaful) |
| Perlindungan | Takaful asas (Percuma jika baki >RM1k) | Perlindungan Takaful yang tinggi & luas |
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan sila hubungi PTPTN melalui salah satu kaedah berikut:
- Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000
- Live chat di Portal PTPTN (ptptn.gov.my)
- Mengemukakan pertanyaan di pautan eaduan.ptptn.gov.my. Pegawai kami akan memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
Soalan Lazim SSPN Prime
SSPN atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan penabungan untuk pendidikan tinggi. SSPN telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004.
Terdapat dua produk simpanan di bawah SSPN iaitu Simpan SSPN Prime (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i) dan Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus). Simpan SSPN Prime telah dilancarkan pada Ogos 2004, sementara Simpan SSPN Plus pula diperkenalkan pada Jun 2015, dengan penambahan elemen perlindungan takaful di samping simpanan.
Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan telah DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN
Simpan SSPN Prime merupakan satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Simpan SSPN Prime adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’ bermaksud mewakilkan untuk tujuan pelaburan.
Objektif Simpan SSPN Prime adalah untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.
Simpan SSPN Prime menawarkan pelbagai keistimewaan iaitu:
1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan individu ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM8,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak / anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat.
2. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas dengan manfaat bagi kematian/ keilatan kekal bersamaan dengan jumlah (baki) simpanan.
3. Khairat kematian ke atas pendeposit dan penerima manfaat
4. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
5. Pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pendidikan tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat.
6. Simpanan dijamin oleh kerajaan.
7. Patuh syariah.
8. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.
Syarat-syarat penyertaan Simpan SSPN Prime adalah seperti berikut:
1. Ibu/ bapa/ penjaga/ individu yang ingin menjadi pendeposit dan/ atau penerima manfaat kepada akaun Simpan SSPN Prime mestilah warganegara Malaysia.
2. Pendeposit mencapai umur 16 tahun pada tarikh hari jadi.
3. Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, surat akuan berkanun atau sijil anak angkat hendaklah disertakan bagi menikmati keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan dan geran sepadan ke institusi pendidikan tinggi (jika layak).
4. Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk diri sendiri.
5. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk penerima manfaat yang sama.
6. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari hingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
7. Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna, seorang penerima manfaat pada masa yang sama juga boleh menjadi pendeposit.
8. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun Simpan SSPN Prime bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.
Syarat umur pembukaan akaun adalah seperti berikut:
Kategori 1 : Akaun dibuka oleh ibu bapa/ penjaga yang sah/ warganegara Malaysia yang lain
– Umur Pendeposit : 16 tahun hingga 65 tahun.
– Umur Penerima Manfaat: 1 hari sehingga mencapai umur 29 tahun.
Kategori 2 : Akaun dibuka untuk diri sendiri (Pendeposit dan penerima manfaat adalah individu yang sama)
– Umur Pendeposit/Penerima Manfaat : 16 tahun hingga 65 tahu
Ya. Akaun Simpan SSPN Prime boleh dibuka oleh sesiapa warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas.
Akaun Simpan SSPN Prime boleh dibuka secara online melalui aplikasi myPTPTN, di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my), di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik.
Ya. Bilangan pembukaan akaun dihadkan hingga 10 akaun sahaja bagi pembukaan secara online. Tiada had bagi pembukaan di kaunter PTPTN.
Ya. PTPTN akan mengemukakan Slip Akuan Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime kepada pendeposit ke alamat yang didaftarkan sebagai bukti pengesahan pembukaan akaun Simpan SSPN Prime.
Pendeposit boleh menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000 atau mengunjungi cawangan PTPTN yang berdekatan untuk mendapatkan nombor akaun Simpan SSPN Prime. Pendeposit juga boleh memohon untuk cetakan semula slip akuan bagi memudahkan urusan.
Akaun Simpan SSPN Prime boleh juga dibuka oleh pendeposit warganegara Malaysia yang merupakan ahli keluarga terdekat (seperti datuk, nenek atau saudara mara) kepada penerima manfaat di bawah Jenis Akaun Lain-Lain. Namun begitu, akaun Simpan SSPN ini tidak layak keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan individu.
Pendeposit perlu mengisi dan melengkapkan Borang Kebenaran/ Penamatan Potongan Gaji Bulanan Simpan SSPN Prime yang boleh didapati di kaunter PTPTN atau mencetak borang tersebut melalui portal rasmi PTPTN. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada majikan dan sesalinan kepada PTPTN.
Penyata Akaun Simpan SSPN Prime boleh disemak dan dicetak melalui aplikasi myPTPTN di portal rasmi PTPTN. Semakan juga boleh dilakukan dengan menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000, hadir sendiri ke cawangan PTPTN yang berdekatan atau di cawangan Maybank, RHB Bank dan Bank Rakyat.
Simpanan Simpan SSPN Prime boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa.
Simpanan Simpan SSPN Prime boleh dikeluarkan dengan cara berikut:
1. Mengisi dan melengkapkan Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakannya kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos. Borang tersebut boleh didapati di kaunter PTPTN; atau
2. Permohonan pengeluaran secara online melalui portal rasmi PTPTN; atau
3. Pengeluaran melalui ATM di bank yang terpilih.
Tidak. Hanya pendeposit sahaja yang boleh membuat pengeluaran simpanan.
Ya. Pengeluaran dihadkan sehingga maksimum RM1,000 sehari (bagi setiap akaun) melibatkan pengeluaran di Portal Rasmi sahaja. Tiada had limit bagi pengeluaran melalui kaunter PTPTN.
Tidak. Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke akaun bank pendeposit (akaun persendirian) dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Tiada caj dikenakan bagi pengeluaran simpanan melalui online/ kaunter.
Boleh. Pendeposit perlu membuat permohonan pindahan dari Akaun Simpan SSPN Prime ke Akaun Pinjaman PTPTN untuk bayaran balik pinjaman PTPTN dengan mengisi Borang Pindahan Deposit / Lebihan Bayaran Balik Pinjaman yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau secara online di Portal Rasmi PTPTN.
Boleh. Pendeposit perlu mengisi Borang Pindahan Deposit/ Lebihan Bayaran Balik Pinjaman yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau Portal Rasmi PTPTN. Pindahan boleh dilakukan berdasarkan situasi berikut:
1. Pindahan daripada akaun Simpan SSPN Prime ke akaun Simpan SSPN Prime atas pendeposit yang sama.
2. Pindahan daripada akaun Simpan SSPN Plus ke akaun Simpan SSPN Prime atas pendeposit yang sama.
3. Pindahan simpanan daripada akaun Simpan SSPN Prime ke akaun Simpan SSPN Plus atas pendeposit yang sama.
4. Pindahan lebihan bayaran balik pinjaman ke akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus atas peminjam / pendeposit yang sama.
5. Pindahan daripada akaun Simpan SSPN Prime untuk bayaran balik pinjaman atas peminjam / pendeposit yang sama.
Ya. Akaun Simpan SSPN Prime perlu ditutup apabila penerima manfaat telah mencapai umur 29 tahun. Ini kerana akaun tersebut tidak layak menikmati keistimewaan seperti insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan individu. Pendeposit boleh membuat pilihan berikut:
1. Memilih untuk membuat penutupan dan pindah kesemua baki simpanan akaun tersebut ke akaun Simpan SSPN Prime penerima manfaat lain yang masih belum mencapai umur 29 tahun; atau
2. Memilih untuk menutup terus akaun Simpan SSPN Prime tersebut dan kesemua baki simpanan akan dipulangkan ke akaun bank pendeposit (akaun bank persendirian).
Tidak kerana akaun tersebut akan ditutup oleh PTPTN.
Tidak kerana tiada sebarang bayaran premium takaful dibuat ke atas akaun tersebut.
Pendeposit yang layak mendapat perlindungan takaful adalah seperti berikut:
1. Pendeposit yang berumur antara 16 tahun hingga 65 tahun;
2. Pendeposit yang mempunyai baki simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 dan ke atas pada tarikh kejadian
Ya. Permohonan tuntutan manfaat takaful bagi kes keilatan kekal menyeluruh atau kematian pendeposit/penerima manfaat Simpan SSPN Prime hendaklah dikemukakan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kejadian (tarikh keilatan kekal menyeluruh atau kematian). Permohonan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut boleh ditolak oleh PTPTN.
Tidak. Namun begitu sekiranya akaun tersebut masih aktif (belum ditutup) dan mempunyai baki simpanan, pendeposit masih boleh menikmati keistimewaan seperti dividen atau pelepasan taksiran cukai atau geran sepadan tertakluk kepada terma dan syarat.
Ada. Simpan SSPN Prime menyediakan perlindungan takaful secara percuma kepada pendeposit yang mempunyai baki simpanan RM1,000 dan ke atas serta berumur tidak melebihi 65 tahun. Perlindungan takaful ini merangkumi kematian pendeposit dan penerima manfaat serta keilatan kekal menyeluruh pendeposit. Sekiranya pendeposit mengalami keilatan kekal menyeluruh dan telah disahkan oleh pegawai perubatan, waris boleh membuat tuntutan takaful dengan mengisi Borang Permohonan Tuntutan Takaful yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau di portal rasmi PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada borang tersebut. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos.
Syarat tuntutan takaful bagi pendeposit yang telah meninggal dunia adalah baki simpanan mestilah RM1,000 dan ke atas dan berumur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh kematian. Waris hendaklah mengisi Borang Permohonan Tuntutan Takaful yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau di portal rasmi PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada borang tersebut. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos.
SSPN Prime bagi pendeposit yang meninggal dunia? Bagi pendeposit yang telah meninggal dunia, waris hendaklah melengkapkan dokumen berikut berdasarkan jumlah simpanan Simpan SSPN Prime semasa kematian:
Kurang daripada RM3,000
1. Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan
2. Salinan Mykad pendeposit
3. Salinan Mykad waris
4. Salinan sijil kematian pendeposit
5. Borang Pengesahan Waris
6. Borang Bon Tanggung Rugi dan dimatikan Setem Hasil bernilai RM10
7. Salinan muka hadapan buku bank/ penyata akaun waris (akaun persendirian sahaja).
Jumlah RM3,000 dan ke atas
1. Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan
2. Salinan Mykad pendeposit
3. Salinan MyKad waris
4. Salinan sijil kematian pendeposit
5. Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet/ Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya/ Pejabat Tanah dan Daerah/ Amanah Raya Berhad/ pihak berkuasa yang diiktiraf
6. Salinan muka hadapan buku bank/ penyata akaun waris (akaun persendirian sahaja)
Dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pejabat PTPTN melalui serahan tangan atau pos.
PTPTN membayar zakat ke atas pendapatan pelaburan bersih selepas mengambil kira perbelanjaan. Zakat yang dibayar ini adalah merupakan Zakat Perniagaan. Sehubungan itu, pendeposit Simpan SSPN masih tertakluk kepada zakat simpanan individu bagi simpanan dalam Simpan SSPN, termasuklah dividen yang diterima oleh mereka. Pendeposit boleh membuat pembayaran zakat mereka di mana-mana Pusat Pungutan Zakat.
Geran sepadan memasuki IPT adalah insentif kewangan dalam bentuk tunai yang ditawarkan untuk menarik orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah membuat tabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak. Pemberian geran sepadan bertujuan membantu keperluan anak-anak (penerima manfaat) yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.
Pemberian geran sepadan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
1. Pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) pendeposit tidak melebihi RM4,000 semasa permohonan dibuat.
2. Penerima manfaat telah mendaftar masuk ke mana-mana IPT dan kursus yang diiktiraf oleh kerajaan di peringkat sijil dan ke atas.
3. Penerima manfaat belum mencecah umur 29 tahun semasa permohonan dibuat.
Jumlah keseluruhan geran sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 satu keluarga.
Kelayakan pemberian geran sepadan hanya kepada pendeposit (ibu/ bapa/ penjaga) yang membuka akaun untuk anaknya sendiri atau anak jagaan yang sah. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri atau mana-mana orang lain tidak layak memohon geran sepadan ini.
Pendeposit hendaklah mengisi Borang Pengeluaran/Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakan bersama dokumen berikut:
1. *Pengesahan pendapatan/ salinan slip gaji/ salinan penyata pencen/ salinan kad pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan.
2. Salinan MyKad pasangan/ sijil kematian/ surat cerai.
3. Salinan sijil kelahiran/ surat akuan berkanun/ sijil anak angkat penerima manfaat.
4. *Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan resit bayaran daftar masuk ke IPT.
5. *Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4).
6. Sekiranya penerima manfaat mendapat tajaan pinjaman pendidikan PTPTN, dokumen 4 dan 5 tidak diperlukan.
7. Salinan buku bank persendirian pendeposit (jika ingin dikreditkan ke akaun)
*dokumen 1, 4 dan 5 perlu disahkan
Ya, pemberian token bernilai RM100 akan diberikan sebagai dorongan dan penghargaan kerana menabung di dalam Simpan SSPN Prime.
Ya, sekiranya penerima manfaat meninggal dunia, akaun perlu ditutup.
1. Penerima manfaat mencapai umur 29 tahun; dan
2. Pendeposit/ penerima manfaat meninggal dunia.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

