Garis Panduan De-controlled & Pick-Up Bawa Barangan

Garis Panduan De-controlled & Pick-Up Bawa Barangan

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan Garis Panduan Penggunaan Kenderaan De-Controlled dan Pick-Up Bagi Membawa Barangan bagi memberi penjelasan yang lebih jelas kepada orang awam, pemilik kenderaan serta pemain industri.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai garis panduan ini.

Apa Itu Kenderaan De-controlled & Pick-Up?

Kenderaan de-controlled secara umumnya ialah kenderaan yang membawa barang milik sendiri melalui aktiviti perniagaan pemilik/syarikat dan pembawa C dengan Berat Dengan Muatan (BDM) tidak melebihi 7,500 kg.

Manakala kenderaan pick-up ialah kenderaan ringan yang mempunyai ruang kabin penumpang di hadapan dan ruang kargo terbuka (bed) di belakang.

Kenderaan ini direka untuk serba guna, menggabungkan keupayaan mengangkut barang berat dengan keselesaan memandu terutamanya kenderaan 4×4 yang ada di pasaran seperti Toyota Hilux, Ford Ranger, dan sebagainya.

Tujuan Garis Panduan

Tujuan garis panduan penggunaan kenderaan de-controlled dan pick-up oleh JPJ ini adalah untuk:

  • Memberi penjelasan kepada orang awam dan industri.
  • Mengelakkan kekeliruan penggunaan kenderaan membawa barangan.
  • Membantu penguatkuasaan yang lebih konsisten.
  • Menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Tarikh Garis Panduan Berkuat Kuasa

Garis panduan ini akan berkuat kuasa mulai 1 April 2026.

Garis Panduan Penggunaan Kenderaan De-controlled & Pick -Up

Berikut adalah garis panduan berkenaan penggunaan kedua-dua jenis kenderaan ini:

KENDERAAN DE-CONTROLLED

Bagi kenderaan barangan dengan BDM tidak melebihi 7,500 kilogram yang dikategorikan sebagai kenderaan de-controlled, ia boleh digunakan oleh pemilik atau syarikat bagi membawa barangan milik sendiri yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan mereka tanpa memerlukan permit pengendali daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Namun, jika kenderaan tersebut digunakan untuk membawa barangan milik pihak ketiga bagi tujuan sewa atau upah, aktiviti tersebut dianggap sebagai perkhidmatan pengangkutan barangan komersial.

Oleh itu, pengendali perlu mendapatkan Permit Pembawa A daripada APAD selaras dengan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715].

KENDERAAN PICK-UP

Untuk kenderaan pick-up persendirian, pemilik dibenarkan membawa barangan milik sendiri selagi:

  • Barangan tersebut diangkut secara selamat.
  • Tidak melebihi had muatan kenderaan.
  • Tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Kelonggaran Lesen Memandu

Kelonggaran pentadbiran diberikan kepada pemegang Lesen Memandu Kelas D untuk memandu kenderaan de- controlled dengan Berat Tanpa Muatan (BTM) sehingga 4,000 kilogram, walaupun had asal bagi lesen tersebut ialah 3,500 kilogram.

Kelonggaran tersebut mengambil kira pertambahan berat akibat pemasangan badan kargo atau struktur tambahan pada kenderaan.

Soalan Lazim

Apakah tujuan garis panduan ini diperkenalkan oleh pihak MOT dan JPJ?

– Memberi penjelasan kepada orang awam dan industri.
– Mengelakkan kekeliruan penggunaan kenderaan membawa barangan.
– Membantu penguatkuasaan yang lebih konsisten.
– Menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Bilakah tarikh garis panduan ini berkuat kuasa?

Penguat kuasaan garis panduan ini adalah mulai 1 April 2026.

Jika kenderaan saya dikategorikan sebagai kenderaan de-controlled dan hanya 6,500 kilogram, adakah saya perlu memohon lesen daripada APAD?

Tidak selagi kenderaan tersebut digunakan oleh pemilik atau syarikat bagi membawa barangan milik sendiri yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan mereka.

Apakah panduan bagi kenderaan pick-up yang membawa barang sendiri?

– Barangan tersebut diangkut secara selamat.
– Tidak melebihi had muatan kenderaan.
– Tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Adakah kelonggaran lesen memandu akan diberikan?

Ya. Kelonggaran diberikan kepada pemegang Lesen Memandu Kelas D untuk memandu kenderaan de-controlled dengan Berat Tanpa Muatan (BTM) sehingga 4,000 kilogram, walaupun had asal bagi lesen tersebut ialah 3,500 kilogram.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Garis Panduan Penggunaan Kenderaan De-Controlled dan Pick-Up Bagi Membawa Barangan, sila layari laman web MOT iaitu

Baca juga: Geran Padanan Penggantian Kenderaan Lama MOT – Insentif Hingga RM4,000

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *