Keputusan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) bagi peperiksaan tahun 2025 dijangka akan diumumkan pada bulan Mei 2026 berdasarkan trend tahun-tahun terdahulu. Contohnya, keputusan STAM 2024 yang diumumkan pada 20 Mei. Layari portal rasmi www.moe.gov.my/ untuk maklumat lanjut mengenai STAM 2025.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 akan dilaksanakan pada 12 hingga 24 November 2025.

Seramai 4,443 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2025 di 135 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing pada tarikh yang ditetapkan kelak.
Manakala, bagi calon persendirian boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan pada tarikh yang ditetapkan kelak.
Berikut dikongsikan info lanjut tentang keputusan bagi calon STAM 2025 dan cara membuat semakan secara online.
Apakah STAM?
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif.
STAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.


Tarikh STAM 2025
Peperiksaan bagi STAM 2025 akan berlangsung pada 12-24 November 2025.
Rujuk kenyataan media KPM :




Senarai Mata Pelajaran STAM
Senarai mata pelajaran STAM berdasarkan bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:
| BIDANG | MATA PELAJARAN |
|---|---|
| Bahasa Arab | 1. Nahu dan Sarf 2. Insya’ dan Mutala’ah 3. Adab dan Nusus 4. ‘Arudh dan Qafiyah 5. Balaghah |
| Syariah | 6. Fiqh 7. Hadith dan Mustolah |
| Usuluddin | 8. Hifz Al-Quran dan Tajwid 9. Tauhid dan Mantiq 10. Tafsir dan Ulumuhu |
BACA JUGA: STAM – Jadual Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2025
Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM
Format penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran seperti berikut:
| PERINGKAT | TAKRIF |
|---|---|
| Mumtaz | Cemerlang |
| Jayyid Jiddan | Sangat Baik |
| Jayyid | Baik |
| Maqbul | Lulus |
| Rasib | Gagal |
Tarikh Pengumuman Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025
Tarikh semakan Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 AKAN DIKEMASKINI setelah pengumuman rasmi.
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 dijangka akan diumumkan pada bulan Mei 2026, berkemungkinan sekitar minggu ketiga atau keempat jika mengikut trend tahun-tahun terdahulu seperti keputusan STAM 2024 yang diumumkan pada 20 Mei.
Cara Semakan Keputusan STAM 2025
Cara semakan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 belum lagi diumukan secara rasmi. Kaedah semakan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa selepas pengumuman rasmi dilakukan.
Berikut dikongsikan akedah semakan keputusan STAM tahun lepas yang mungkin sama seperti kaedah semakan keputusan STAM bagi untuk calon 2025 ini:
I) SEMAKAN DI SEKOLAH
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.
Manakala bagi calon persendirian boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan.
II) SEMAKAN ONLINE
Calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan yang akan maklumkan kelak untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2025.
III) SEMAKAN SMS
Selain itu, kaedah secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2025 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888 akan diaktifkan pada tarikh yang dimaklumkan kelak.
Semakan Semula Keputusan STAM 2025
Permohonan semakan semula keputusan boleh dibuat selepas pengumuman rasmi dengan mengikuti prosedur rasmi melalui Lembaga Peperiksaan KPM, termasuk muat turun borang dan bayaran caj semakan semula.
Calon boleh membuat permohonan semakan semula keputusan dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh pengumuman rasmi keputusan STAM 2025.
Caj RM100 bagi setiap mata pelajaran dikenakan.
Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua bulan dari tarikh tutup permohonan.
Jika keputusan kekal, calon akan menerima slip keputusan asal.
Jika keputusan berubah, calon sekolah perlu menghubungi sekolah, dan calon persendirian perlu menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri.
Cara-cara untuk membuat permohonan semakan semula keputusan STAM AKAN DIKEMASKINI dari masa ke semasa selepas pengumuman rasmi dibuat.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mengajukan sebarang pertanyaan, sila layari laman web
Soalan Lazim Keputusan STAM 2025
Keputusan dijangka diumumkan sekitar Mei 2026, biasanya pada pukul 10 pagi pada hari yang ditetapkan oleh KPM.
Semakan boleh dilakukan dalam talian, melalui SMS, atau dapatkan slip keputusan di sekolah masing-masing jika calon sekolah/JPN bagi calon persendirian.
Ya, calon persendirian boleh mendapatkan slip keputusan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau secara pos.
Calon boleh membuat permohonan semakan semula keputusan dalam tempoh 30 hari selepas pengumuman rasmi dengan bayaran RM100 setiap mata pelajaran.
Keputusan semakan semula adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.
Keputusan semakan semula akan dimaklumkan dalam tempoh dua bulan selepas permohonan dan dihantar melalui surat rasmi.
Segera maklumkan kepada pihak sekolah, JPN atau bilik gerakan Lembaga Peperiksaan bagi tindakan sewajarnya.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 akan dilaksanakan pada 12 hingga 24 November 2025.
Untuk memuat turun (download) jadual peperiksaan STAM 2025, anda boleh lawati portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Real Estate
Agen Togel Terpercaya
Bandar Togel
Sabung Ayam Online
Berita Terkini
Artikel Terbaru
Berita Terbaru
Penerbangan
Berita Politik
Berita Politik
Software
Software Download
Download Aplikasi
Berita Terkini
News
Jasa PBN
Jasa Artikel
