Panduan Mengurus Kewangan Selepas Bersara

Panduan Mengurus Kewangan Selepas Bersara


Mengurus kewangan selepas bersara merupakan kemahiran kritikal yang menentukan kualiti hidup warga emas di Malaysia.

Berbeza dengan fasa kerjaya yang mempunyai pendapatan tetap, persaraan memerlukan pendekatan pengurusan kewangan yang lebih strategik dan berhemah.

Menurut Kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi Warga Tua, kira-kira 30% warga emas di Malaysia mengalami tekanan kewangan, membuktikan betapa pentingnya perancangan yang rapi.

Ramai yang tersilap langkah apabila tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik selepas bersara sehingga terpaksa bekerja sambilan dan mengharapkan ihsan anak-anak dan saudara-mara untuk meneruskan kehidupan.

Memahami Peralihan Psikologi dan Kewangan

Proses mengurus kewangan selepas bersara bermula dengan memahami perubahan psikologi yang dialami.

Daripada sudut psikologi, peralihan daripada status “pencari nafkah” kepada “pengguna simpanan” boleh menimbulkan tekanan yang signifikan kerana anda tidak lagi mendapat pendapatan secara bulanan.

Ramai pesara baru mengalami anxiety kewangan akibat ketiadaan gaji bulanan yang tetap.

Dari perspektif kewangan, anda beralih daripada fasa pengumpulan kekayaan kepada fasa pengagihan kekayaan.

Ini memerlukan mentaliti yang berbeza sepenunya iaitu daripada fokus kepada pertumbuhan dan mengumpul kekayaan kepada penekanan untuk menguruskan wang simpanan dengan cermat bagi memastikan anda masih memiliki wang perbelanjaan sehingga akhir hayat.

Menilai Kedudukan Kewangan Semasa

Langkah pertama dalam mengurus kewangan selepas bersara ialah menilai semula kedudukan kewangan anda. Ini termasuk mengetahui jumlah keseluruhan simpanan, pendapatan tetap, hutang yang masih perlu dibayar, dan perbelanjaan bulanan.

Antara sumber kewangan selepas bersara ialah:

  • Simpanan KWSP atau pencen kerajaan
  • Pelaburan seperti unit amanah, saham atau hartanah
  • Simpanan peribadi dan akaun tetap
  • Pendapatan pasif seperti sewaan rumah atau bisnes kecil

Dengan mengenal pasti semua sumber dan tanggungan, anda boleh merancang bajet persaraan yang lebih realistik.

Ramai yang terkejut apabila mendapati jumlah sebenar yang diperlukan selepas bersara jauh lebih besar daripada jangkaan awal.

Mengurus Hutang Sebelum dan Selepas Bersara

Mengurus Kewangan Selepas BersaraMengurus Kewangan Selepas Bersara

Salah satu kesilapan besar ramai pesara ialah masih membawa beban hutang selepas berhenti kerja.

Untuk mengurus kewangan selepas bersara dengan baik, pastikan semua hutang seperti pinjaman peribadi, kad kredit, atau pinjaman rumah diselesaikan sebelum tarikh bersara.

Namun, jika anda masih mempunyai hutang:

  • Susun semula pinjaman dengan kadar faedah lebih rendah.
  • Utamakan bayaran hutang dengan faedah tinggi terlebih dahulu.
  • Elakkan membuat pinjaman baharu untuk menampung gaya hidup selepas bersara.

Hidup tanpa hutang memberi ketenangan emosi dan kewangan yang besar pada usia emas.

Artikel berkaitan: Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 & Pesara

Mengawal Gaya Hidup dan Perbelanjaan

rancang wang persaraanrancang wang persaraan

Ramai pesara terpengaruh dengan keinginan untuk menikmati kehidupan mewah selepas bersara, seperti melancong ke luar negara atau membeli kenderaan baharu.

Walaupun tidak salah untuk menikmati hasil kerja keras, ia perlu dilakukan secara terkawal.

  • Gunakan prinsip “keperluan dahulu, kehendak kemudian.”
  • Gunakan diskaun pesara yang banyak ditawarkan oleh kedai, pengangkutan awam dan institusi kewangan.
  • Kurangkan perbelanjaan tetap seperti menukar rumah besar kepada rumah lebih kecil dan mudah dijaga.
  • Amalkan gaya hidup sederhana dan berhemat.

Kunci utama dalam mengurus kewangan selepas bersara ialah disiplin dalam mengawal perbelanjaan agar tidak melebihi pendapatan yang diterima.

Ramai pesara yang gelojoh memulakan perniagaan atau pelaburan kerana mereka kini telah mempunyai jumlah modal yang besar dalam simpanan sendiri atau KWSP.

Ramai penjenayah yang menyasarkan golongan pesara kerana mereka tahu golongan ini mempunyai wang simpanan yang besar namun malangnya ramai yang akhirnya ditipu kerana rambang mata dengan pelbagai janji manis yang ditaburkan, misalnya pulangan pada setiap bulan pada kadar tertentu.

Bagi pesara, sekiranya anda baru ingin mula berniaga, mula dengan modal yang kecil dahulu agar kerugian dapat diminimumkan.

Sekiranya baru ingin mula terjebak dengan dunia pelaburan, pastikan anda memiliki ilmu pelaburan yang betul agar tidak tertipu dengan skim cepat kaya.

Perancangan Harta Pusaka dan Wasiat

wang hartrta pusakawang hartrta pusaka

Aspek yang sering diabaikan dalam mengurus kewangan selepas bersara ialah perancangan harta pusaka.

Tanpa perancangan yang betul, harta mungkin tidak diagihkan mengikut kehendak anda, dan proses pentadbiran boleh memakan masa dan kos yang tinggi.

Antara langkah-langkah penting termasuklah:

  • Dokumen Pusaka: Pastikan semua dokumen terkumpul dan diakses oleh waris yang dipercayai
  • Menyediakan Wasiat: Rujuk peguam untuk wasiat yang sah di sisi undang-undang
  • Pencen Terhadaph: Namakan benefisiari untuk pencen dan insurans
  • Pemegangan Amanah: Pertimbangkan amanah untuk harta kompleks atau benefisiari bawah umur



Real Estate

Agen Togel Terpercaya

Bandar Togel

Sabung Ayam Online

Berita Terkini

Artikel Terbaru

Berita Terbaru

Penerbangan

Berita Politik

Berita Politik

Software

Software Download

Download Aplikasi

Berita Terkini

News

Jasa PBN

Jasa Artikel

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *