Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2026 & Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal
Tarikh rasmi Hari Raya Aidilfitri 2026 di Malaysia hanya akan diketahui selepas proses cerapan anak bulan Syawal pada 29 Ramadan 1447H, iaitu Khamis, 19 Mac 2026.
Cerapan ini akan menentukan sama ada 1 Syawal jatuh pada 20 Mac atau 21 Mac 2026. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 19 Mac 2026 melalui siaran rasmi.

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal & Pengumuman Hari Raya Aidil Fitri 2026
Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun 2026 ialah pada Khamis, 19 Mac 2026 (29 Ramadan 1447H).
Cerapan rasmi akan dilakukan di 29 lokasi di seluruh Malaysia oleh pihak berkuasa agama dan pakar falak.
Keputusan cerapan ini akan menentukan sama ada Hari Raya Aidilfitri disambut pada 20 Mac atau 21 Mac 2026.
Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dan pengisytiharaannya akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui saluran radio dan televisyen pada malam tersebut.
Saksikan LIVE Streaming melalui RTM Klik :
Umat Islam Diminta Tidak Berspekulasi Tarikh Hari Raya
Umat Islam di Malaysia dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi mengenai tarikh sebenar 1 Syawal dan diminta menunggu pengumuman rasmi daripada pihak berkuasa agama.
Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Prof. Madya Datuk Dr. Faudzinaim Badaruddin, turut menjelaskan bahawa dakwaan yang mengatakan 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat adalah tidak benar.
Beliau menegaskan bahawa penentuan Hari Raya Aidilfitri hanya akan dibuat selepas proses cerapan anak bulan dilaksanakan mengikut prosedur rasmi.






Tarikh-Tarikh Penting Dalam Kalender Islam 2027
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting dalam kalander Islam di Malaysia yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh JAKIM.
Baca juga: Hari Raya Aidilfitri 2026 – Tarikh Cuti Umum & Sekolah KPM


| TAHUN | TARIKH | HARI | CUTI | NEGERI |
| 2026 | 21 MAC | SABTU | HARI RAYA AIDIL FITRI | SEMUA NEGERI |
| 2026 | 22 MAC | ISNIN | HARI RAYA KE-2 | SEMUA NEGERI |
Sumber: JAKIM
Kaedah Penentuan Hari Raya di Malaysia
Penentuan awal Ramadan dan hari raya di Malaysia serta sebahagian negara di rantau Asia Tenggara dan beberapa negara Islam yang lain adalah menggunakan keadah pencerapan dan pengiraan atau lebih dikenali sebagai rukyah dan hisab.
Antara kandungan resolusi daripada Persidangan Hilal Negara-Negara Islam di Istanbul pada tahun 1978 menyebut ‘hukum asal adalah dengan melihat anak bulan, sama ada dengan mata fizikal atau menggunakan instrument moden; menggunakan pengiraan astronomi bagi menentukan awal bulan dengan syarat hilal berada di atas ufuk dan boleh kelihatan selepas waktu matahari terbenam’.
Bagi menentukan kemungkinan penampakan hilal (Imkanur Rukyah) beberapa kreteria telah ditetapkan.
Melalui kaedah penyelarasan rukyah dan hisab ini, tarikh mencerap hilal ditetapkan pada hari ke-29 bulan Hijrah.
Pengumuman mengenai tarikh mencerap hilal akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja bersama senarai tempat melihat hilal yang rasmi.
Pada tarikh tersebut perwakilan rasmi yang akan diketuai oleh SS Mufti Negeri bersama jawatankuasanya akan melakukan cerapan hilal di lokasi yang telah ditetapkan.
Sama ada hilal kelihatan dengan jelas atau tidak kelihatan, hilal akan dianggap kelihatan dari segi hisab jika ia memenuhi kreteria Imkanur Rukyah.
Pengumuman mengenai tarikh berpuasa dan berhari raya akan diumumkan melalui media massa oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja sebaik sahaja menerima laporan dari seluruh Negara.
Sebahagian negara lain, pihak berkuasa mereka menetapkan kaedah rukyah semata-mata pada penentuan awal Ramadan dan hari raya. Bermaksud, jika pada hari cerapan hilal tidak dapat dilihat, maka pada keesokan harinya menjadi hari ke 30hb.
Maka tidak hairanlah, ada perbezaan permulaan Ramadan dan hari raya antara negara-negara oleh sebab berbeza kaedah penetapan.
Sebagai rakyat yang menetap disesebuah negara, wajib ikut dan patuh pada penetapan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara(Ulul Amri).
Untuk bacaan lanjut:
Soalan Lazim Hari Raya Aidilfitri 2026 di Malaysia
Tarikh rasmi Hari Raya Aidilfitri 2026 di Malaysia hanya akan ditentukan selepas cerapan anak bulan Syawal pada 29 Ramadan 1447H, iaitu Khamis, 19 Mac 2026. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam tersebut.
Berdasarkan proses cerapan anak bulan, 1 Syawal 1447H berkemungkinan jatuh sama ada pada 20 Mac atau 21 Mac 2026, bergantung kepada sama ada anak bulan Syawal dapat dilihat atau tidak.
Tarikh Hari Raya Aidilfitri di Malaysia tidak diumumkan lebih awal kerana ia perlu ditentukan melalui cerapan anak bulan Syawal. Kaedah ini selaras dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang menyeru umat Islam berpuasa dan berhari raya berdasarkan penglihatan anak bulan.
Malaysia menggunakan kaedah imkan al-ru’yah, iaitu kaedah yang menentukan kenampakan anak bulan berdasarkan syarat astronomi tertentu seperti ketinggian bulan dan jarak lengkung antara matahari dan bulan.
Anak bulan dianggap boleh kelihatan jika:
– Ketinggian bulan sekurang-kurangnya 3 darjah ketika matahari terbenam, dan
– Jarak lengkung antara matahari dan bulan tidak kurang daripada 6.4 darjah.
Cerapan anak bulan Syawal akan dilakukan di 29 lokasi rasmi di seluruh Malaysia pada petang 19 Mac 2026.
Pengumuman rasmi tarikh 1 Syawal akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas keputusan cerapan anak bulan diperoleh.
Menurut Mufti Negeri Sembilan, Prof. Madya Datuk Dr. Faudzinaim Badaruddin, dakwaan yang mengatakan 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat adalah tidak benar kerana tarikh sebenar hanya akan ditentukan selepas proses cerapan anak bulan.
Tarikh Hari Raya Aidilfitri boleh berbeza antara negara kerana setiap negara menggunakan kaedah penentuan awal bulan hijrah yang berbeza, sama ada berdasarkan cerapan anak bulan atau pengiraan astronomi.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
![[LIVE] Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2025 / 1 Syawal 1446](https://165612.com/storage/2026/03/pengumuman-hari-raya-1024x683.png)
